Monday, September 21, 2009

raya kedua sama anak-anak kecil

masih mood raya.
Walaupun mood raya gua malas layan,tapi demi menjaga hati kakak sepupu,gua terpaksa akur.

Gua bertolak jam 11am dari alor star menuju ke jitra.Gua naik motor member gua yang berkuasa kuda belang.Walaupun masih belum ada lesen tapi gua relaks.Gua bawa motor genap 4 tahun tanpa lesen.Belum pernah kena saman.Gua bukan bangga tapi gua tidak faham sistem ambik lesen ni.Bagi macam IC dah lah.

sampai rumah kakak sepupu,gua terus konvoi sama diorang pergi ke rumah mak andak.Pertama gua makan lontong.Kalau disabah,lontong ni kira bagi makan untuk orang lu benci lah,biar mati tu orang.Tapi lontong sini lain,ada kuah kacang,kuah sotong dan kuah sayur.Tidak tahu tempat lu camna kan.

Ramai gak orang masa tu,tapi gua jenis relek and steady punya orang.Gua makan macam gua makan dirumah.Masa ini anak-anak buah gua masih kool lagi.

kakak sepupu datang dekat dengan gua.Dia bisik.

'em,perempuan yang disana kirim salam sama kau'

Gua tengok koloni-koloni perempuan yang duduk kerusi panjang luar.Semua gua syak didalam umur lepasan sekolah menengah.Semua senyum tengok gua.Gua senyum balas balik,niat dalam hati supaya jangan ganggu gua makan.Tapi diorang buat isyarat nombor telepon pulak.

sebagai lelaki yang penuh rasa syak wasangka sama kaum ni,gua tidak layan permintaan diorang.Gua rasa ada 3-4 orang patah hati waktu itu.gua minta maaf secara batin.
lepas tu kami berpindah ke rumah seterusnya merangkap rumah bapa mentua kakak sepupu.
Rumah banglo.Kucing bulu tebal harga ribu-ribu,pasu import,lampu ikea,sofa order oversea,kereta mercedes,BMW,dan kereta honda vios yang gua syak orang tiada guna dan bini baru.

masuk rumah ni,anak buah gua sudah menunjukkan kelakian sebenarnya mereka.2 orang kanak-kanak kecil yang mempengaruhi keadaan sekeliling.Dari pasu mahal,kucing ribu-ribu,kereta mahal dan tandas semua di aniaya mereka.Gua dalam pada yang sama jadi baby keeper untuk mereka masa ini.Dari disimbah air sirap,digigit tangan,digusti sampailah mengejar mereka diluar rumah sudah perkara biasa bagi gua waktu itu.Gua suka tapi penatlah sikit.

tapi pasal apa pulak waktu ramai orang anak-anak kecil beraksi.Gua penat.
lepas tu kakak sepupu marah sikit kedua hero kecil.Tapi gua tengok,cuma Tuhan saja yang dapat memberhentikan anarki yang mereka lakukan.Gua suka.

lepas tu kakak sepupu bisik sama gua.

'em,pompuan yang rambut panjang kirim salam'

kakak sepupu cakap sambil ketawa kecil.Gua pancar sikit mata perempuan yang kakak sepupu maksudkan tu.Boleh tahan.Nampak urban sikit.Dia senyum sama gua.Tapi macam biasa gua senyum lepas tu kejar anak-anak kecil.seronok.

sekali lagi kakak sepupu bisik gua.

'em,dia minta nombor telepon ko'

masa itu kakak sepupu sudah jadi macam posmenwati.Gua senyum dan bagi tahu gua tiada telepon.Gua syak lepas ni,awek tu tidak keluar rumah selama sebulan.

Kitaorang pindah rumah lagi,kali ini di kampung kuala pisang.Gua tidak tahu pasal apa kampung tu nama cam tu.Yang penting gua tidak nampak pun sebatang pisang disana.Orang pertama jumpa kampung tu nama pisang mungkin.Disini rumah tok wan suami kakak sepupu.Rumah oldskol sikit,nampak kemelayuan.Disini walaupun anak-anak kecil beraksi baik tapi gua tidak kisah sangat sebab kawasan rumh tok wan luas.Gua tengok anak-anak kecil berguling-guling ditanah.Gua biarkan.Baru kenal dunia punya budak.

waktu ini gua penat.Tidur sekejap.Anak-anak kecil ini gua tengok boleh dikategorikan kanak-kanak yang comel dan aktif.Berbekalkan wajah yang comel,dua anak-anak kecil ni mungkin bila besar boleh apply jadi model ataupun angkasawan.Tapi jangan jadi kumbang penghisap madu sudahlah.Gua dalam diam doa sama ini anak-anak kecil supaya tidak hanyut sama dunia bila mereka besar.

Rumah yang last.Rumah tok wan sebelah emak suami kakak.Masa kami datang,banyak kereta diluar.Semua kereta mahal.Berflat nombor penang,kuala lumpur,selangor dan sabah.Gua ikut masuk.Gua macam tidak diambil peduli.Macam anak kucing yang kena buang pun ada.Tapi kakak sudah sound sedia.Dalam rumah ni semua berpangkat.Gua faham.Manusia jenis dunia punya sikap.Alah,duit hang bawa mati pun takpa lah,tengok ada bantu atau tidak dalam hati gua.

Gua duduk didalam.Kira-kira ada ramai juga orang.pompuan lagi ramai.Kakak datang sambil senyum-senyum.dia berbisik,kali ini bunyi dia lain sikit.Adakah patut diorang konfius gua ni lelaki atau perempuan.Bila kakak bagitau gua lelaki,baru diorang kirim salam sama gua.Macam biasa gua cakap sama macam tadi.

lepas tu kakak tanya gua.Dia tanya gua ada awek atau tiada.Pertanyaan dia pelik sikit.

'em,ko ada awek disini?'
gua jawab tiada.

'disana (sabah)'
tiada.

Gua rockerslah.Belum ada masa untuk ini.Tapi sekarang macam ada.Tapi siapa gua tidk tahu.Antara agnes monica atau megan fox.Anak-anak kecil beraksi baik.

Lepas rumah tu gua surrender mahu jalan lagi.Gua penat kejar anak-anak kecil,malas layan peminat.hahaha.


p/s:gua kena tanya,raya sini dengan sana ada beza?mana best?jadi secara psikologi gua jawab sini best.Dalam hati gua cakap,tempat sendirilah best,gua yang mengorat.

0 comments: