Friday, July 31, 2009

sekali sekala bernostalgik apa salah?

Kali ini, aku ingin berkongsi dengan kalian semua tentang pengalaman aku putus cinta satu masa dahulu.sekali sekala apa salahkan?yang aku tahu post kali ini aku akan padam pada masa yang cepat.Malu jugalah wei..

Aku dengan member-member yang lain baru sahaja selesai dari terkena hukuman dari sang cikgu disiplin atas kesalahan yang tidak berapa besar.Dan aku lupa pula pasal apa.Time aku melintasi satu kawasan yang yang dipenuhi pelajar-pelajar yang sedang bersedia diperiksa kuku,baju dan apa jadah semua,aku terpandang seorang gadis.Aku memandang dia lama sehinggakan aku rasa tiada apa benda yang berlaku didepan atau disekeliling aku.Yang aku tahu dia dan aku saja ada di waktu itu.Otak aku melopong seperti tidak ada satu benda pun yang telah berlaku.

Itulah, dia, cinta pertama dalam hidup aku. Aku masa tu sangat naif. Jauh aku fikirkan tentang masa depan aku dengan dia. Sangat jauh. Aku pun tidak faham kenapa aku sangat bodoh dan optimis tak tentu pasal. Masa tu bagi aku, dia adalah yang pertama dan yang terakhir. Tiada dua. Tiada tiga. Hanya satu. Demi Tuhan ketika itu aku tak dapat bayangkan hidup dengan orang lain selain dari dia. Ya, sampai begitu sekali.

Itulah jawapan kepada kenapa aku memilih untuk single selama 6 tahun. Selepas 6 tahun tu baru aku sedar. Aku ada masalah. Masalah yang menghadiahkan aku sebuah saiz impak dan kesan yang maha besar dalam hidup aku. Kesan yang aku akan heret sampai mati. Sejak dari kecil, aku ada masalah untuk 'letting go'. Tak kiralah ianya tentang perihal romantis atau persahabatan. Atau mainan sekalipun. Tapi bila aku dah tak suka aku akan pantas melupakan. Aku ada masalah untuk lepaskan perkara yang sepatutnya aku lepaskan.Dulu aku sangat suka menoleh ke belakang. Itu fiil yang kononnya sebati dengan diri sejak dari dulu. Aku akan buka kitab sejarah lipatan hidup bila mula berseloka. Bila mula mulut, aku cenderung memberi omong tentang perihal adam dan hawa. Malahan lirik bagi semua lagu EP pertama band aku adalah tentang ketidakpuashatian aku terhadap apa yang dia buat pada aku.

Dulu aku fikir aku sangat sayangkan dia. Aku susah nak lupakan dia. Tapi aku silap. Sayang itu bagi aku, akan hilang dimamah masa. Ianya tidak akan sama. Matematiknya bukan begitu. Apa sebenarnya yang terbuku dalam hati aku selama 6 tahun itu adalah rasa tidak puas hati. Aku tak puas hati dengan jawapan dia berikan pada aku ketika mahu meruntuhkan satu ikatan yang bagi aku sangat suci. Aku tak puas hati sebab diperlakukan seperti sampah. Kerana dia membohongi aku dan tidak jujur pada hubungan kami. Aku tak puas hati sebab aku seorang sahaja yang kecewa memakan diri sedangkan dia sedang bergelak ketawa dalam pelukan seorang adam lain. Aku tak puas hati sebab dia tidak hormatkan aku. Aku sangat tidak puas hati.

Tapi, apa sebenarnya yang ingin aku puaskan? Puaskan hati sendiri? Puaskah aku jika aku dapat membalas stiap detik kecewa aku kepadanya kembali? Begitu?

Kenapa aku biarkan diri aku terhenti pada satu titik sedangkan dia laju mara ke depan? Kenapa aku seksa diri aku sendiri pada tempoh itu? Untuk apa?

Bila umur sudah hendak masuk 20an ni,bagi orang lain umur ni masih muda,tapi bagi aku waktu inilah bermulanya sistem baru pergolakan minda aku,baru aku sedar...

Sebenarnya...

Aku sedar...

Aku sudah berjaya...

Sudah lama aku lepaskan dia. Cuma aku sendiri yang tidak sedar.

Kita boleh bahagia jika itu yang kita mahu.

Kata kalian?

tapi prejudis menghalangi..

Wednesday, July 29, 2009

kami tinggal dalam tin=kuarantin

puisi buat sang babi

tubuhmu yang kePINKan
kadangkala kehitaman
meloyakan

bau busukmu menjijikkan
dari jauh dapatku hidu
kandangmu yang tidak berbasuh
sungguh,boleh buatku muntah

apa jadah manusia
yang mendebik dada tinggi
sanggup menjadikanmu santapan
dengan berbagai rasa masakan

kini
kau telah mencipta fenomena
mencipta nama tinggi
selepas burung yang berkicauan
kau ganti dan rebut takhta

sialan
tauke-tauke babi
sihat sejahtera,gembira
perut maju kehadapan
poket tebal setiap masa


p/s:babi punya demam,manusia yag mati..

Monday, July 27, 2009

i wish i was her

macam mana caranya?
takkan guna bomoh kot?
hmm..
memang aku tidak layak pun..


*

perempuan hipokrit aku cakap dalam hati sambil tertawa riang.

tidak kisah.

clarking case

'hang tengok badan aku,cam 'chicken pox' la'

budak oldskol bertanya dengan budak macho.

'nangga..hmm,macam 'chicken pox'lah,minum air kelapalah'

budak macho balas.

'koya mung,wat bijok'

budak kiut menyampuk.

'saya rasa ko kena santaulah'

gua bagi pendapat.



*


'OUTSPOKEN'.

dorang berkata dengan seragam macam nyanyi lagu negaraku time assembly.

Saturday, July 25, 2009

abang gua sudah tunang



abang gua tunang semalam bersamaan hari sabtu 25/07/2009.Apalah pilih tarikh 25 pula?mungkin time berduit kot.Tapi apa pasal pertunangan ini tidak di infom gua awal-awal.Gua dah merajuk dah ni.tidak mahu jadi pengapit lepas ni.Biarpun ada 6 orang awek paksa gua jadi pengapit.supaya senang nak ambil gambar gua.Mamarazi betul.Lepas tu tayang dekat member-member dorang.Fuh..imajinasi gua kalah steven spielberg.Betulkah nama tu?lantaklah.

Friday, July 24, 2009

Kertas itu kuasa



cuti minggu ini aku keseorangan dirumah.Budak macho,budak kiut dan budak oldskol ada agenda masing-masing cuti minggu ini.Aku diajak oleh budak oldskol balik ke kampungnya.Aku tolak mentah-mentah.Aku penat dan mahu mencerahkan semula kulit aku yang cantik ini.Lepas tu budak kiut ajak aku pergi camping.Aku tolak lagi sebab sen aku tidak mengizinkan.Kalau aku join tentu tidak hidup aku sampai gaji ini.Last sekali budak macho.Aku bagitahu aku nak ikut dia.Tapi dia pula tolak aku mentah-mentah.Cis..

Aku dirumah sewa keseorangan.Hanya ditemani laptop dan telepon bimbit.Tapi inilah nikmat hidup sebenar.Inilah masa aku bertafakur sambil muhasabah diri.cis..ayat cam budak berpidato pula.

Aku lapar.Bahan-bahan makanan ada,cuma tinggal untuk dimasak lagi.Apakah ini satu ujian?

bila masa bakat memasak ada pada aku pula?tapi aku relak.Basuh beras macam ibu buat.Lepas itu sukat mengikut ukuran.Lepas masak.

fuh..

memang berbakat rupanya aku ini.Keturunan tukang masak di zaman silam mungkin?
sambil menunggu nasi masak aku pergi ke kedai sebelah rumah.Ambil bahan makan yang patut.Lepas itu aku nyanyi sebuah lagu dendangan p.ramli.Macam sebiji.
kedengaran pula ketukan pintu.Cis..dalam hati aku.

'siapa pula ketuk pintu ni,nak beli barang bukan sinilah'

oppss..abang india sebelah rumah.Suruh aku senyap sikit.Anak dia nangis-nangis dengar aku nyanyi.Rasa nak sidekick pula dengan bro ni.Tapi tidak apa,aku hormat jiran.Aku syak anak abang itu terharu dengar aku nyanyi.Aku senyum bangga sambil melompat-lompat tanpa mengeluarkan bunyian bising.

Aku tengok nasi.Dah masak.Tapi...

**

aku pergi ke kedai sebelah rumah lagi.Kali ini beli maggi dan telur.
Alhamdulilah.kenyang jugak akhirnya.


p/s:nasi sudah menjadi bubur.Kenapa aku benci peribahasa ini?tukarlah nasi sudah menjadi nasi gorengkah?sesiapa boleh tolong masakkan untuk aku silakan.Hadiah misteri menunggu dan semesti gambar dan tandatanganku dibagi free.Jangan berebut ok..

Thursday, July 23, 2009

KONSPIRASI JAHAT CUBA JATUHKAN AKU

gua pergi ke bilik senior di tingkat 2.
member gua cakap dia ada benda mahu marah.Gua dengan hati baran gua pergi sepantas kilat ke bilik senior tu.Ingat gua di tingkatan 2 takut denga dia yang dah tingkatan 5?Tapi apa kesalahan gua dengan budak-budak senior?rasanya tidak ada pun.Nak cakap buang selipar senior,kunci senior dari luar bilik pun tiada?hmm..

Gua tengok bilik yang ingin dituju.Lampu masih pasang.Gua sedia inform seorang member gua supaya bagitau konco-konco gua di luar hostel.Kalau ada apa-apa terjadi kepada gua,minta dorang 'revenge' untuk gua.sampai depan bilik senior,gua tendang pintu bilik dorang,biar dorang rasa gentar sikit.Badan gua masa itu masih lagi berketul-ketul bukan macam sekarang.Kurang zat betullah.Nama saja 'undergoverment' tapi makan pun tidak cukup..cis..

Gua sidekick pintu bilik senior tu.Gua tengok ada 6 orang senior didalam.Badan mereka lebih besar dari gua.Dalam hati gua,biar kalah yang penting maruah.Lepas tu gua masuk dengan gaya seorang tukang tarik kereta datang.Gua berdiri didepan mereka semua.


Lepas tu gua salam abang senior semua.Bagi salam.Lepas tu minta maaf sebab terlanggar pintu time masuk tadi,kononya tidak sengaja.Dalam hati gua,tunggulah konco-konco gua datang.

semua senior tadi pandang aku macam tidak puas hati.Salah seorang dari mereka keluar bilik.Dan seorang lagi memadam lampu.Apa jadah taktik perang mereka guna ni?hati gua makin panas.Tapi gua masih lagi diam.Gila kah?dah lah semua didepan besar-besar dari gua.Dalam hati gua cuma bacaan hafalan gua dan ilmu pengasih yang gua belajar dari seorang member.Gua baca dengan tenang.

tiba-tiba gua rasa dibelakang ramai dah makhluk.mereka macam mengelilingi gua.Matilah gua kali ini.Tiba-tiba..



BUZZZ!!!


yarrrkkk...busuk sungguh air ni.Lampu dipasang.Gua tengok member-member gua semua ni ditepi sambil ketawa.

'selamat hari jadi'

mereka ucapkan kepada gua.

sial korang.dari hati yang panas gua sejuk.Tapi apa kejadah siram gua dengan air busuk ramuan senior ni?cubalah siram dengan air coke ka?

Konspirasi jahat member-member gualah.Sebenarnya gua tipu seorang member yang gua befday besoknya,padahal gua saja supaya dapat makan kfc ke?mcdonald ke?

tapi yang gua dapat hanyalah air yang busuk.


*

birthday member gua:

dia menangis sebab gua dengan member lain angkat time tidur ke dalam stor yang gelap dan tiada pengudaraan.Memang hororlah tempat itu.Besoknya kami kena panggil dengan warden sebab ada bekas air kencing dalam stor tu.

pengalaman mengambil lesen

'tok..tok..'

terdengar ketukan di pintu bilik.

'em,bangun..jam 5 pagi dah ni'

arrrgghh..aku menguap,mengeliat.Sedapnya mengeliat waktu subuh ni.Mata aku masih lagi tertutup.Aku buka lampu dan tengok jam.hmm..awal lagi,baru jam 5 a.m.Aku terpaksa akur,capai tuala dan yang penting sebatang rokok daripada stok semalam.

Aku keluar rumah,cari port yang sesuai lepaskan gian rokok.Waktu itu aku belum lagi mempunyai lesen untuk merokok depan orang tua aku.Biasalah budak sekolah.Tidak pasal-pasal aku kena belasah abahku nanti.

sampai tempat yang sesuai,aku mencari mancis.seluk dalam kocek.tiada.lepas tu seluk poket sebelah pula.tiada juga.

isk..ni mesti abang aku yang ambil ni.Biarlah.Dengan penuh nekad mengharungi kabus pagi,aku kembali ke rumah.Ketuk pintu bilik abang aku.

cis.ketuk punya ketuk langsung tiada jawapan.Aku syak abang aku tengah mimpi memancing ikan besar kot.lupakan.

AHH..tetiba idea datang.Lagi senang aku bakar di dapur.Aku turun ke dapur.Ibu sedang menyediakan sarapan.Kenapalah malang sangat ni.

'haa..jam berapa dah ni?belum sedia lagi?cepat'

ibu sedar kehadiran aku.Teknik halimunan aku tidak berkesan diwaktu gian begini.Aku ambil keputusan untuk mandi dan bersiap.Aku ambil risiko untuk melepaskan gian dibilik saja.Nanti pandai-pandailah aku coverkan.

Ah..terbaik,Api ubat nyamuk semalam masih lagi menyala.Aku tengok jam menunjukkan jam 6.15 am.Masih sempat lagi sedut 7 puff ni.

Aku cucuh rokok.Lepas tu sedut.Ahh...baru rasa lega.Takut pula habit aku.Macam mat gian pun ada.

'em..'

dush..ibu menjerit dari bawah rumah.Apalagi ini.Kataku dalam hati.

'ya,napa?'

aku turun dan bertanya.

'hisap rokok kah?'

ibu tanya.

'bukan,eg lah,bukan saya'

aku sandiwara sikit.

'ha..jangan mau tipu,eg pergi kk semalam'

BUZZ!!

kantoi.mengaku sajalah.Bukan hisap dadah pun.Aku kan rock.

*ketawa*


2009:

'jangan lupa padam api rokok lepas hisap tu,terbakar rumah'

kata ibu.alright mami aku jawab.

Wednesday, July 22, 2009

hidup ini macam roda,Alah..ayat cam ni budak-budak pun pandai guna...

keberangkalian untuk gua balik raya ini tahun 10/100..
tahun lalu lagilah..0/100,cis..

*

Takut pula jadi Tanggang zaman moden ini,jadi batu?
lepas tu orang akan masukkan aku dalam youtube..
publisiti murahan betul.Gua dah bagitau orangtua gua.Tidak dapat balik.
Alah macam tidak biasa pula,Gua kan rock..
tapi kadang-kadang jiwa rock gua kacau akhir-akhir ini..
Abah gua sakit.Masuk 'emergency'.Sebab hipertensi.
Mungkin Abah gua banyak fikir.Aku lagi risau,sebab di rumah tinggal ibu,abang sulung dengan adik bongsu aku.Semoga abah sihatlah.


*


Hujung tahun ini gua bawa 2 orang member semananjung gua balik rumah.Bagi dorang rasa
kehidupan seorang rockers.gua plan bawa dorang pergi ke gunung kinabalu,boring-boring gua 'support' pergi hollywood.Itu pun kalau gua ada mood lah.Saja bagi dorang rasa hidup Orang borneo macam manakan.Hujung tahu ni gua dengan line up band gua mahu rekod.Mahu rakam single.Band gua sekarang masuk pasaran UK,Us dan negara-negara barat yang lain.Saja tidak mahu jual kat malaysia.Apa barang jual malaysia?Jual sayur lagi baguskan..

*

Gua tidak sabar lagi ke tahun 2011.Gua dah malas jadi student.Gua nak kerja,nak bermuzik,bantu orang sakit,bantu famili gua.Plan untuk ber'kapel' gua tolak tepi.Cukuplah cinta gua buat ****** yang dipersampah.sekarang masa untuk 'revenge'.
Yang penting sekarang 'MONEY'.nanti gua kerja mahu beli rumah.Bawa member-member tinggal sama.Sebab dorang pun macam gua juga.Rock.kalau pasal awek?satu orang pun tidak ada hati,kadang-kadang gua syak dorang ni gay.Gua bukan gay,gua straight punya orang.Cuma awek yang gua suka tidak pernah layan dengan gua.Ini pasallah gua mahu kerja cepat.Mahu simpan duit banyak-banyak.Cukup 1 juta,gua akan berlagak depan dia.Masa itu hati gua tertutup dah.Jadi silalah ambil tindakan awal-awal bagi sesiapa yang sudi.

*

kriteria awek pilihan gua:

rock
tidak hisap rokok
tidak poyo
belum pernah disentuh atau melayan nafsu lelaki lain
fashionable (street wear)
tahu pasal agama
suka dengan famili gua
famili dia suka dengan gua
pandai main gitar
cantik
rambut panjang
kulit putih
pandai cakap orang putih
berkerja
sayang gua sampai mati
pandai masak


*

gua rasa memang dunia ini sedang berputar.Kadang-kadang gua diatas tapi selalunya dibawah.


P/s:selamat kahwin cik nurol hernani..

bermula era baru,dan aku sedang rindukan rokok era

aku berlari laju.cari tempat yang selamat.Dan aku ternampak sebuah rumah di tepi sawah.Rumah itu berwarna kekuningan seperti warna standard sebuah hospital kerajaan.Aku menuju ke pagar rumah itu.

tidak berkunci.Aku berlari masuk kedalam kawasan rumah itu.Aku bersembunyi disebalik kereta BMW berwarna biru.Aku lihat segerombolan wanita-wanita sedang liar mencari aku.Dan mereka terus berlalu pergi.

'oh,selamat lagi kali ini'

ini kali ke 165 aku dikejar seperti ini.Dimana-mana tempat yang aku pergi,mesti akan terjadi kejadian seperti ini.susahnya menjadi pujaan ramai.Aku telah banyak lukakan hati mereka.Dengan alasan aku belum sedia.Apa jadah mereka inginkan aku?
Tidak layak sama sekali aku dengan mereka.Aku cuma penganggur biasa,tanpa rupa yang kacak tapi punya harta berbilion ringgit.Hasil dari peluh aku sendiri.

Sedang aku duduk mengelamun disebelah kereta BMW,yang bagi aku kereta itu hanya layak untuk tukang kebun aku,datang seorang gadis.

'nak curi kereta kah?'

wah,cabul sungguh mulut gadis tu.Tidakkah dia kenal dengan siapa dia tengah terjah ni?lelaki kabaret zaman 2109.Lelaki yang menjadi pujaan datin,janda,gadis-gadis seluruh dunia?Mesti gadis ini ketinggalan.Tapi tidak mengapa,lagi selamat aku sekarang.

'bukan nak curi kereta,cuma kagum sikit dengan kereta ni"

aku saja bagi dia rasa bangga sikit.setakat BMW,50 biji pun aku boleh belilah,kataku dalam hati.Aku pandang mata gadis tu.Cuba mencari unsur-unsur chemistry.Inilah power aku yang menjadi ilham banyak lelaki didunia.CNN news datang temuramah aku hari tu pasal keboleh pancaran mata aku.Tapi aku saja tidak layan.Malaslah publisiti murahan begini.Cukuplah publisiti murahan artis malaysia zaman ini.Tidak rock langsung.

*

bersambung...



P/s:waktu baru ini gua mahu format hidup gua balik.

Saturday, July 4, 2009

ini lagi anak kecil


ini pulak anak buah aku.Ada macam radhi OAG?belum lagi anak gua.mesti lagi hensem..


p/s:tunggu megan fox lamar aku dulu la,semalam dia sms nak datang ke rumah I..

grow up kids..



ini dah kira macam cucu aku.
anak buah aku punya anak..