Wednesday, April 13, 2011

4/4/2011

Aku bangun pagi ini dengan emosi yang stabil.
seusai sarapan musik pengeras diri,aku mandi.


Duduk seketika memikirkan diri.


Ya,lelaki kurus ini perlu pedoman juga pada zahirnya masa yang mulai memaksa untuk digest waktu-waktu penting dalam diri.Baru 2 hari setelah bergaul semula dengan orang yang lebih tua dari umur aku.Aku masuk kembali ke dalam dunia orang besar.

Cuba masuk dalam dunia yang lebih realistik.Umur aku bukan lagi dizaman hingusan cuma wajah yang nampak kebudakan sebenarnya bukan untuk aku banggakan seperti yang sebelum ini.

Aku lebih memikirkan ruang hidup aku yang sempit waktu sekarang ditambah dengan keperluan hati yang benar-benar menyesakkan dada aku setiap masa.Semalam aku duduk seharian diluar rumah sehingga lupa akan masa yang berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.Ya,aku semakin memikirkan faedah yang aku dapat setiap sesaat masa yang berlalu.

Aku fikir adakah selama ini aku hanya mengikut rentak orang lain?
Tapi dalam kepala aku ligat berkata selama ini aku sendiri yang merentakkan hidup aku.Sebab aku bukan jenis suka ikut rentak manusia lain zahirnya.Bagaimana pun aku sedar semenjak dua menjak ini aku lebih banyak mengikut rentak hati sendiri tanpa berpada-pada.Yang aku dapat kegagalan.Tapi fikir positifnya,banyak kekurangan itu ada pada tempat aku.Dari fizikal paras hingga ke hidup atau mungkin budaya yang berbeza.

Sekarang,aku cuma ada beberapa ribu jam lagi untuk meninggalkan zaman belajar aku dan tidak pasti bila lagi aku sambung belajar.Dan aku mula terfikir apa benda yang aku tinggalkan dan pencapaian terbaik yang aku sudah buat yang pasti tiada pencapaian terbaik lagi setakat ini sebab aku tidak pernah berjuang bersungguh sesuatu dalam hidup aku kecuali baru-baru ini dalam misi aku memenangi sekerat hati yang sudah pun menemui kegagalan dan menginfeksi seluruh jiwa aku untuk tidak lagi mencuba untuk berusaha dalam bidang jiwa jiwa.Sakit,pedih,gila,air mata semua sudah tumpah pasal sang hati.Baru aku tahu sakitnya bagaimana.kasihankan.Semua kegagalan aku puncakan dari diri sendiri.

Dalam masa muhasabah diri,aku terfikir semula pasal angan dan impian aku sebelum ini yang hampir aku jadikan kenangan iaitu muzik.Kadang-kdang aku fikir apa ada dengan impian aku yang tidak hebat ini.Tapi bila aku fikir dalam dalam,kepuasan aku ada pada muzik.Tapi aku tidak mahu jadikan impian aku merosakkan diri aku sebelum dan selepas.

Aku sekarang seperti orang yang baru saja mengalami kemalangan teruk dan sedang proses penyembuhan.Trauma dan parut semua masih jelas.Aku semakin banyak membaca,semakin cuba mematangkan diri dan cuba nampak biasa seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku sebelum ini walhal dalam hati aku sedang mengalami trauma yang berpanjangan.Betapa seriesnya sakit itu.

Baru aku sedar,betapa manusia ini bijak mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah walaupun dalam sedar kau semua sedar akan benda ini namun jika hati kita sudah membutakan,semua nampak seperti berbaloi dan baru aku sedar teman teman yang terdekat betapa bodohnya dahulu.Sanggup mengadaikan ringgit,masa dan cakap cakap orang demi mendapatkan benda yang disukanya dan akhirnya menemui jalan buntu.Aku faham dan tahu perasaan itu semua setelah diri sendiri terkena.

Kadang-kadang aku sungguh cemburu pada mereka yang punya luck dalam hidup mereka.Semua benda yang di ingini sungguh mudah mendapatkannya berbanding dengan aku yang terpaksa bermati-matian untuk mendapatkannya.Sekarang yang aku mahu penyesalan tapi bukan aku,untuk mereka-mereka yang pernah mempersampahkan aku.


Sekarang,aku mesti teruskan semuanya kembali.Aku harus melihat kedepan dan menjadi se'cool' seperti dahulu tanpa memikirkan kekurangan diri.

Aku mahu dikenali,mahu di hormati dan dicemburui oleh mereka mereka yang sebelum ini memandang aku sebelah mata.Aku janji akan berusaha mendapatkan sebuah benda yang dapat aku banggakan.Yang penting benda itu tidak lari dari nilai hidup aku sebagai seorang hamba kepada Tuhan yang maha esa.




Dan setiap kali aku jatuh,lagu ini memaniskan semula hati aku yang kelat.Ya,inilah sebabnya aku sangat menyukai muzik.Ia sebuah terapi.

Thursday, March 31, 2011

Pada satu hari..

Pada satu hari..

pergh..Gua hampir lupa menulis.

Biasalah hidup selalunya berubahkan.Dulu kau semua janji itu ini.Selepas itu benda itu bukan sampai macam yang kau kau semua harap termasuk gua lah.

Gua baru lepas mati dan sekarang hidup semula.

Sekarang sudah benar benar keras balik.

Gua menyesal pula berazam benda macam ini.Bila berazam,apa yang kau azamkan tidak dapat dapat jadi gua janji tidak mahu berazam.Apa gila berazam benda benda tidak steady,mo kena karate leher?

Sebenarnya gua

























































Patutlah mat bunga hari itu hempas telefon pasal awek,gua hampir bunuh diri.maknanya gua lagi teruk.

SSHHH..jangan bagitahu mat bunga nanti gua kena balas bala.

Tapi gua sudah rock balik.Series!tengok kening gua bersambung.

Monday, January 31, 2011

Darurat

Egypt darurat.
Abut darurat.
Ando darurat.
Ibu darurat.
Abah darurat.
Bro-bro darurat.
Gua darurat.
Adik-adik darurat.
Mak cik mak cik darurat.
uncle uncle darurat.
Burung burung darurat.
Unta unta darurat.

Thursday, January 27, 2011

Shit happen sometimes



forest gump say 'shit happen sometimes'.

But i said 'shit happen everyday and you can smell it'

shit!
research gua hilang pasal silap format.

shit!
gua kena mengorat!

shit!
gua belum bayar wimax.

shit!
gua baru tau rumah sebelah ada pondan tegap!

Guni guni



Gua lama tidak balik rumah sewa.
Sebab gua terpaksa lepak tempat lain untuk kasi habis masa praktikal tempat lain.
Hari ini gua balik rumah.Gua perasaan sesuatu.Rumah kosong sebelah peningalan senior gua ada penghuni baru.Orang biasa.

Rupanya dia kawan punya kawan.
Berbekalkan bakat gua dalam menilai orang bila berjumpa pertama kali,dia kaki guni-guni.

Gua masuk rumah terus tebuk lubang dinding.

Wednesday, January 26, 2011

post jiwa racau

pre jiwa racau:

zaman kecik lu semua zaman tiada rasa ragu kan.Macam gua.Rakan sekecikan semua ada sama.Lu semua belum tahu betapa harga nilai kawan itu.Gua sama.

Post jiwa kacau:

bila teman itu sudah tiada,baru lu semua tahukan betapa besarnya itu kenangan.Gua sama.


Tribute to 'ernang'

terus terang

Ini tahun baru.

Selepas tahun tahun lalu.
Tahun ni gua masuk alam kerjaan.
Itu otak sudah makin melarat fikir panjang.


Azam?
Gua malas berazam.
Gua malas mengejar.
Apa ada depan mata gua mahu terima seikhlas apa.
Sebab gua sudah malas.

Tapi pasal apa gua dilema pilih baju untuk sukan besok?
sebab ada awek.
mungkin ini azam baru gua kan?

*ketawa