Saturday, February 27, 2010

February

Selamat menyambut Maulidur rasul untuk semua.Time ini ngamlah kita semua Mengingati time-time yang besar dalam agama kita sendiri,Biar rock janji balance dunia dan akhirat,apa yang patut dijauhi biarlah benar-benar dijauhi dan biarkan mereka-mereka tengok anda dari luar yang anda ini penjahat tapi belum tentu dalam diri kita jahatkan?

February?
kenapa bulan ni?gua sendiri tidak tahu kenapa tapi gua rasa dalam bulan ni banyak perkara yang berlaku,ada yang baik dan ada yang buruk,jadi biar gua simpan dalam kepala untuk pedoman masa depan sahaja.

Gua mahu ucap Takziah buat keluarga mak cik gua,yang anaknya (ikhwan)mamun,munir,daus dan ada yang lain gua tidak sebut sebab mereka 3 orang ni gua rapat.Setelah pemergian Ayahanda kandung mereka sayangi,menyusul pula kepemergian ayahanda tiri mereka dan baru-baru ini kepemergian seorang lagi ahli keluarga mereka iaitu abang tiri mereka kerana penyakit paru-paru berair.

Jadi?
Umur bukan penghalang untuk matikan?
pernah korang fikir pasal mati?
Kalau anda pernah terfikir untuk mati itu tandanya engkau tu masih lagi dikategorikan baik.Gua selalu terfikir.Gua takut.Gua banyak dosa geng.Belum cukup amal.Gua ada fikir untuk berhenti jadi rockers,tapi gua tidak sanggup sebab rockers bukannya jahat.Rockers boleh jadi baik dan balance banding dengan bohsiakan?

Dalam bulan ni juga gua kenal seorang manusia tidak berhalkum.Gua suka dia macam gua suka manusia tiada halkum sebelum ni.Tapi kalau dia sambut gua,gua akan naikkan taraf dia sama dengan vnc.

Gua sedang memancing dalam laut tanpa hidupan selain dia.


*dunia ini makin panas sebab kerakusan manusia sendiri.Aircond jadi benda penting sekarang.

Thursday, February 25, 2010

kali ini kalau dapat biar sampai hujung bintang..

kali ini kalau Tuhan mengkimiakan dia pada aku,biar sampai hujung bintang.
Biar jauh berapa nautika,aku sudah cakap 'ini kalilah'.
Kalau mata-mata itu sudah dikimiakan buat aku,janji aku sampai hujung bintang.

Biar langgar kata aku sudah tiada peduli,sebab aku mahu sampai hujung bintang.
Mungkin langkah kamu buat aku sudah sedia,bukan pura-pura lagi.

Aku sudah penat lari,biar cuba kalau boleh sampai hujung bintang.


Aku baru mahu mula,kalau dapat kali ini janji sampai hujung bintang.

n i n i oh n i n i.

walaupun Ic lu -03- aku mahu cuba sebab mata itu ada pada kamu ya..


*ketawa puas*

Saturday, February 20, 2010

oh sorry..

eva mendez:bah,makan dululah.

Gua:makanan belum sampai..

eva mendez:makan banyak-banyak,biar gemuk sikit..

Gua:kenapa pulak?ko tidak suka?

Eva mendez:ko pun begini saya suka..

Gua:kalau saya kayalah kan..

Eva mendez:Ko ingat saya 'pok' yang kaya ja kah?HISSHHH!!!

Gua:marahkah??

***************************************************************

Eva mendez langsung tidak 'reply' text apa lagi sambut 'call'.Apa-apa sajalah.Gua cuma cakap melalui tipikal perempuan yang gua baca,dengar dan tahu.Bukan saja-saja cakap.Walaupun ada kesilapan dan kebenaran tapi takkan orang mahu mengakukan?

Ya,Eva mendez gua silap.Silap cakap tapi gua tidak boleh tarik balik kata-kata gua.Gua harap jangan simpan text itu dalam 'outbox'.


p/s:ini semua pasal gua tengok pisau cukur.Oh my gucci!!

terima kaseh sampai hujung bintang

aku lelaki sama macam kamu lelaki-lelaki yang diluar sana.Setiap hari akan timbul masalah yang memang kita tidak hendak jadi,tapi akan jadi juga.Inilah yang dinamakan hidup,tanpa masalah itu bukan hidup.Kita hidup memang untuk menyelesaikan masalah.Tanpa masalah mungkin kita bermasalah kemudian.Okay,siap disini.

Bila aku ada masalah,aku cuba lari dari masalah itu walaupun bagaimana sekali pun tanpa memalukan diri sendiri,itu perkara yang paling penting aku buat jika bermasalah.Aku akan sedaya upaya ttidak melibatkan orang lain bila bermasalah,biarlah masalah yang aku cipta,aku sendiri selesaikan.Tapi bukan semua benda dapat kita selesaikan sendirian.Mestikan ada pihak ketiga yang akan jadi pendengar dan penasihat mahupun pembagi jalan.

Kalau ada satu 'award' yang terkhas untuk diberikan aku akan bagi kepada abahanda sama ibunda.Mereka adalah orang yang pertama sekali aku cari walau bagaimana pun besar atau kecik masalah.Kadang-kadang aku kasihankan tahap mereka ambil berat sesuatu perkara itu,semacam terlebih ambil berat pun ada.Kadangkala terasa bila aku mempunyai masalah,bila bagi tahu abah sama ibu mereka lebih risau berbanding aku sendiri.Mereka tidak pernah abaikan tanggungjawab mereka.Sampai satu masa aku berfikir aku lebih rela hidup bersama mereka selamanya bahkan salah satu impian terbesar pernah aku fikir adalah untuk memberi segala kebahagian kepada mereka suatu hari nanti.

Bagi aku abah dan ibu adalah manusia yang mengilhami aku dari segala perkara,dari segi pemikiran yang abah sentiasa bawa,sikap keterbukaan dalam mendidik kami,dia tidak pernah memarahi apa yang kami adik beradik minat seperti muzik.Tapi mesti dalam cara yang betul dan boleh diterima.Aku suka cara abah,dia tetap ada cara sendiri dan dialah orang yang amat berhak menerima kesenangan dunia akhirat tidak lupa juga ibu.Abah seorang lelaki yang mempunyai fikiran kehadapan,mementingkan persahabatan,mempunyai plan sendiri yan bijak bagi keluarga dan seorang bapa yang paling mengambil berat dalam hal pelajaran.Dia tidak kisah untuk bersusah payah menguruskan hal pembelajaran kami walaupun dalam pada masa yang sama terpaksa melayan karenah anak-anaknya yang pelbagai dan dalam diam aku amat mengkagumi abah.Pernah satu ketika abah sakit dan terpaksa dimasukkan kedalam Wad rawatan kecemasan kerna sakit hipertensinya melonjak naik disebabkan penat menguruskan hal pembelajaran adik aku ke luar negara.Itu belum pasal kerjanya lagi,memang tidak menang tangan.Itulah sebab aku selalu nasihatkan adik-adik yang lain,bila berjaya nanti kita belum berhak untuk merasai segala kesenangan hidup dulu sebelum kita semua menyenangkan ibu dan abah.

Ibu selalu berpesan,jangan silap mencari pasangan dan itulah perkara yang paling ibu takut.Bagi aku mempunyai ibu dan abah yang bersikap terbuka adalah baik,baik dalam semua.Tadi aku punya masalah kewangan.Memang masalah yang paling teruk dalam umur dalam angka 20 ini.Aku memang ingin mengelak dari masalah ini.Aku malu untuk meminta apalagi dengan ibubapa sendiri bila umur sudah menginjak 20 kerna bagi aku ini masa adalah waktu untuk kita membuktikan pada mereka kita sudah boleh berdikari sendiri dan bukan bermaksud kita membuang mereka tapi kita dapat meringankan beban mereka.Biarlah masa ini kita bagi peluang untuk adik-adik kita pula untuk diberi perhatian kecualilah kau itu anak paling kecil.Aku cukup terharu bila kesanggupan mereka untuk menunggu didepan bank sekadar untuk menunggu mesin deposit online semula.Waktu ini aku sungguh memaki mesin deposit bank itu.Aku lebih rela menyuruh mereka balik daripada menunggu.Aku cukup terharu setiap pengorbanan abah sama ibu.Ibu seorang yang penyayang walaupun ibu seorang yang suka cakap banyak.Cakap banyak bukan bermaksud jahat cuma anak-anak tidak mengerti.Aku sendiri akan membalas balik kata-kata ibu bila dia mula berkata-kata tapi percayalah itu bukan niat melawan cuma sekadar seorang anak yang ingin perhatian dan memang habit seorang anak memang begitu kecualilah kamu itu jenis anak yang sungguh berbudi bahasa.Tapi ibu masih lagi seorang yang 1st class bagi aku.1st class dari setiap sudut.


Terima kaseh sampai bulan,bintang dan langit yang jauh tidak nampak untuk abahanda sam ibunda.Aku doakan semua yang terbaik bagi kamu.
.

Friday, February 19, 2010

inspiration



aku mahu menulis tentang kuasa besar yang telah menyebabkan aku kedalam kancah musik.Aku mengkagumi dia kerna musik dan sikap rock n roll nya.

jadi malas mahu cerita,sila google sendiri tentang kurt donald cobain.


assignment belum buat lagi....

Wednesday, February 17, 2010

Cinta itu pembodohan

Seorang konco ini baru sahaja menginjakkan umur masuk ke angka 20.Mengikut pemikiran yang diamalkan hasil dari pengaruh kampungnya,agak malang kalau dia tidak mempunyai awek diumur itu.Berbeza dengan gua,perasaan macam biasa saja.

Jadi dia selalu bercerita pasal nasibnya yang malang pada gua.Rasa ingin tampar selalu hadir dalam jiwa gua,tapi kerna dia hanya seorang kawan yang naif,gua nasihatkan dia dengan mempengaruh dia ke alam musik.

Dari seorang 'pure' sampailah ke 'moden' dia dapat mengikut rentak yang gua ajar.Tapi hati dia tetap memberontak.Kadang-kadang gua tidak faham,apa sebenarnya yang dia ingin kan.Nampak sangat bahalol.Dalam kepala dia awek-awek dan faking awek.

Dari hari ke hari,atas usaha dia yang tidak seberapa,dia dapat mencari awek.Yang bodohnya dia pasang kayu tiga dalam permainan jiwa dia yang baru setahun jagung dan yang bodohnya lagi semua awek-aweknya adalah berkawan,tidak kau rasa bodoh?

hanya beberapa hari sudah kantoi.Lepas dari itu,mulalah gua nampak banyak perubahan
terjadi pada dia.Dari seorang happy go lucky keapda seorang yang moody.Pernah satu ketika gua hampir tertikam dia menggunakan rokok.Astagfirullah.

Dia sudah mula pandai dating,padahal duit tidak pernah mencukupi untuk diri sendiri,bahkan bayaran ansuran untuk motorsikalnya tertangguh beberapa bulan.

Motif gua bukan pasal jeles dia ada awek,tapi inilah sering berlaku pada seorang lelaki bila tidak pandai mengatur strategi dalam cinta.Lebih mementingkan seseorang dari mereka yang telah lama kenal.Ini bukan baru pertama member-member gua terjadi macam ini,banyak sudah gua tengok.Macam-macam jenis.Sanggup putuskan hubungan persahabatan atas sebab hubungan yang tidak tahu hujung pangkal sebenar.FAKING.

Tapi itu hidup mereka punya,gua cuma doa jangan sampai gila.

Monday, February 15, 2010

kuasa jiwa

Kimia dalam badan gua sudah lama luput.Tiada lagi ikatan kimia yang ada,cuma mungkin ada sedikit sisa-sisa yang belum dirembes keluar yang perlu pemangkin kuat.Gua malas berfikir tentang masalah jiwa dan memang tiada masa cuma terkadang bila senyap dan tengok kawan lain gembira dengan main jiwa-jiwa dengan teman sejiwa mereka buat gua ingin merasa.Tapi cuma 45%.Tidak sampai separuh.Itu bukan masalah.

Gua cuma sibuk berfikir pasal hari untuk esok dan esok dan esok.Gua mahu gembira apa yang gua buat.Pasal jiwa?

sudah lama tiada.Bukan tiada langsung cuma hati langsung tidak mahu cair.Keras,cukup keras.

Tapi benda ni memang gua cair.Dari mula gua kenal waktu gua masih umur beli spender guna duit ibunda sama abahanda.Gua kenal dia secara tidak sengaja.Tiap malam gua mesti bersama.Bila gua sepi,dialah yang paling pertama gua cari.Tiada orang lain.Bila ingin buat kerja selalunya mesti sama dia.Dia tidak pernah mengeluh.Dia tahu apa yang gua mahu.

Dia banyak membuat gua berfikir untuk berjaya,yang penting dia yang membuat gua untuk mencuba berkarya sendiri dalam dia.Dia bagi gua terlalu ikhlas.Gua sayang dia.Dia tidak pernah curang.


Tapi sekarang...

Gua makin jarang bersama dia.Sebab atas urusan kerja yang menyukarkan bersama.Gua makin melupakan dia.Gua rasa bersalah.Gua janji lepas habis saja semua ini gua mahu luang lebih masa dengan dia.

Dia..

walaupun kau bukan manusia,kau bukan benda yang dapat dilihat tapi gua dapat dengar.Musik,kau sama penting dengan angin,matahari dan air bagi gua.

Sunday, February 14, 2010

2 hari

Anak mata kuning
kelopak mata jadi gelap
selera makan hilang
berat badan turun
mood tidak bagus
ruam
badan lenguh
susah tidur

selama 2 hari dalam cuti tahun baru cina ni gua rasa sakit.

Tuesday, February 9, 2010

pening

semalam gua keluar makan-makan.
lepak sampai jam 3 pagi.
Gua lupa besok ada keja.








Jadi ini pagi gua bangun.
bangun dan buka internet.


malas keja.

Monday, February 8, 2010

this is fuckin awesome

Kena paksa bagi ceramah untuk budak-budak perangai yang bukan macam orang yang bapa sama emak dia suka cerita pasal anak sebelah rumah keluar malam,dalam masa yang sama anak keluar merempit tapi dibiar.Macam taik..

Lepas tu gua gaduh cakap sama nurse.Memang macam mo tumbuk perut saja rasa.
Nasib dia mengandung.Memang dasar.

tapi ini Fuckin awesome.sekurang-kurangnya dorang tidak tahu yang gua ada jahat.

jahat tapi sikit.Tidak sampai merogol.

Monday, February 1, 2010

hey mr.cool

Gua sedar,masuk tahun ni gua makin jarang bercakap sama kaum tanpa halkum.Bila berjumpa secara tidak sengaja,walaupun dia gua kenal,mesti gua cari jalan mahu mengelak.Kalau jalan yang mahu dilalui tu jauh pun tidak kisah yang penting dapat elak.

Cerita hari ini pulak lain.Gua kena kerja di kesihatan sekolah.Kalau mahu tahu,lelaki dalam kumpulan kesihatan sekolah dalam kumpulan gua cuma ada seorang,pak cik pemandu van.Yang umur dia seabad awal dari gua.

ya.
dua alam yang sangat berbeza,dua pendapat yang susah selari sama.Macam biasa bila dalam keadaan begini gua akan sehabis mungkin berdiam.Sebab gua tidak tahu memulakan bicara.

Gua sebenarnya tiada masalah semua ni.Tapi gua lebih kepada sifat menyopan dan hormat pada dua jenis klasifikasi manusia dalam hierarki gua.Jadi macam tiada bendalah yang dapat gua jadikan cerita.Cuma dapat berdiam,kerja dan diam.

Besok macam biasa...Diam,kerja dan diam..


Wake up mr.cool!!!