Monday, February 1, 2010

hey mr.cool

Gua sedar,masuk tahun ni gua makin jarang bercakap sama kaum tanpa halkum.Bila berjumpa secara tidak sengaja,walaupun dia gua kenal,mesti gua cari jalan mahu mengelak.Kalau jalan yang mahu dilalui tu jauh pun tidak kisah yang penting dapat elak.

Cerita hari ini pulak lain.Gua kena kerja di kesihatan sekolah.Kalau mahu tahu,lelaki dalam kumpulan kesihatan sekolah dalam kumpulan gua cuma ada seorang,pak cik pemandu van.Yang umur dia seabad awal dari gua.

ya.
dua alam yang sangat berbeza,dua pendapat yang susah selari sama.Macam biasa bila dalam keadaan begini gua akan sehabis mungkin berdiam.Sebab gua tidak tahu memulakan bicara.

Gua sebenarnya tiada masalah semua ni.Tapi gua lebih kepada sifat menyopan dan hormat pada dua jenis klasifikasi manusia dalam hierarki gua.Jadi macam tiada bendalah yang dapat gua jadikan cerita.Cuma dapat berdiam,kerja dan diam.

Besok macam biasa...Diam,kerja dan diam..


Wake up mr.cool!!!

0 comments: