Monday, October 25, 2010

Suka


Barulah teringat yang gua ada blog.
Sudah berbulan lama tiada yang baru.
Tahun ini tahun layu.

Banyak benda jadi.
Yang jadi semuanya tumpah air mata.
Sedih itu macam biasa,tiada yang dapat lari.
Benda macam ini mengubah pegangan hidup gua.
Gua mesti megaruskan perubahan juga.

Yang dapat gua bagi hanya kata-kata dan doa pada kaum kerabat berkaitan.
Gua sudah malas untuk bersedih,tiada tahan hati untuk semua itu.
Lagipun gua makin meningkat umur.
Gua mahu kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini.
Kehidupan dan impian gua mesti bagi seimbang,insyallah.

Gua mahu mencari cinta mulai sekarang.
Semua jenis cinta yang ada dalam dunia yang ke arah positif.
Sebelum ini gua memprejudiskan diri dari bentuk kecintaan tapi umur mematangkan gua.
Series.Tapi gua bukan seperti orang lain.
Gua masih lagi sedikit sebanyak berpegang kepada impian gua yang diimpi dengan teman dan adik beradik gua.


Gua sudah lalui tanpa ketiadaan pengaruh cinta dalam hidup gua sebelumnya.
Tapi gua tidak boleh kufur pada nikmat yang Tuhan berikan.
Kepada bro gua,selamat ke alam berkeluarga milik penuh sendiri.
Gua tiada sabar untuk ada anak kecil dalam keluarga mungkin sebab gua masih belum jumpa lagi seseorang dalam hidup kecuali seseorang yang mulai pengaruhi hidup seharian gua.

Mungkin dia di hantar Tuhan untuk gua atau sekadar membunga-bungakan hati ini gua. Apa pun tidak berani komplen setakat ini.
Sebab sebelum ini dalam diam banyak juga DIA DIA yang singgah berteduh dipayungan gua.
Paling lama pun ada yang bertahun-tahun tanpa kata sepakat antara dua rasa.
Gua tiada kisah.

Seseorang Dia itu sentiasa mengkonfiuskan perjalanan cerita gua.
Banyak benda yang konfius.
Antara mahu atau tidak hanya si dia itu yang ada jawapan.
Tapi gua sudah 'set' sedia kepala gua,benda pengaruh cinta bagi gua akan berakhir dengan kosong.Macam biasa.

Tapi gua mahu mencuba.
Mungkin gua terlalu memilih dia yang tidak sepadan dengan diri.
Manakan seorang model akan bersama dengan seorang pemungut sampahkan?
Itu cuma perumpamaanlah,kecuali di waktu sekarang duit adalah segala-galanya.

***
Ketawa
***



Makin jiwang pulak.