Sunday, January 31, 2010

Kerja,uang,musik dan tekanan.......dan juga kawan-kawan

Woi apa barang ni bro?

tidur pun awal,bilang rok?

minum darah kambing?

Cakap bilang faking merah jambu?

Kami lepak ditempat tauke ni bro?




**********************************



Faking!!
gindaus mesej gua macam itu bunyi.
Gua ada dibumi rasisme,diorang dibumi bukit bukau.
Kalau jalan 2 minit,gua lepak sama lu orang.

Alah,niat sebenar mau bagi tahu dia ada henpon la tu.

Gindaus gindaus gindaus..
besar sudah konco-koncoku.
Majulah rockers untuk kampung.

si pemikir berahi

mahu saja waktu ini,kalau bilang langit sudah malap,
bila angin petang sudah pergi jauh,bila bintang mula mengitari-tari,
dibiar saja panjang waktu gelap..

Biar saja sang raja ada waktu,
pemikir jadi dua,Bila sudah ada yang ganti,
Kotakan inspirasi rasa simbolik,
supaya tenang saja terus..

sang raja buat janji,
bila lama,bila gerhana muncul lagi,
masih tetap sama,Tapi sudah lama berubah,
si ratna sudah mula terbang.

mula titik kala jatuh pecah,
itu bukan lagi rasa,cedera sama parah,
penawar bukan lagi macam biasa,
hanya satu kata kaya carut.

sekurang-kurangnya ratna tidak rasa.


'pemikir berahi'

Tuesday, January 26, 2010

Music when the light out

Sekarang umur dah meningkat lagi.Bila banyak waktu yang kita semua jalani,banyak benda yang kita terpaksa lalui.Tapi ada kalanya waktu itu kita memang tidak mahu terus berjalan.Kadangkala kita hanya ingin 'stay' pada satu tahap.

Dulu waktu gua kecik-kecik gua pernah fikir yang tidak mahu membesar dengan cepat.Gua suka zaman kanak-kanak gua.Penuh ceria,belum perlu fikir pasal tanggungjawab.

Tapi sewaktu gua pergi masuk sebuah tempat hiburan,Gua tidak dibenarkan masuk kerana umur gua masih lagi dibawah umur.Gua pun sakit hati.Rasa tidak sabar pulak melangkah masuk ke umur yang seterusnya.

Bila umur mula meningkat naik begini,jarang benda yang gua dapat gembira.Bila lagi gua terpaksa melangkah banyak masa-masa lelah dan sakit pada dunia sendiri.

Sekarang gua cuma akan gembira bila bersama famili sendiri,kawan-kawan lama yang bagi gua lebih memahami cara hidup gua.

Muzik adalah hidup gua.Hampir setiap masa yang gua langkah kebanyakkan berkisar pada hidup dalam muzik.Bagi gua muzik adalah cinta.Sesuatu bentuk hati yang sukar dizahirkan dalam bahasa manusia.

Muzik dapat memainkan banyak perasaan yang terbuku dalam hati.Tidak hairanlah kalau semua kawan-kawan gua terdiri dari mereka yang gila muzik.Gua rasa famili gua pun ada yang macam gua.

Sekarang gua rasa muzik adalah kawan dan teman wanita.Tapi tidak bermaksud gua tidak akan jatuh lagi.

Monday, January 25, 2010

mesin juga perlu rehat

Gua hari ni rasa badan macam tidak berapa sihat.
masuk kerja jam 2 petang tadi dah mula rasa macam ada sesuatu benda yang menghangatkan kepala gua.Demam.

Lama benar tidak merasai demam,Tapi kali ini gua mahu lawan sakit demam ni.Sebab dari psikologi kita sendiri juga penyakit ini datang.Jadi mulai jam 2 petang tu gua melawan.



...........................................


jam menunjukkan 12 tengah malam.Lepas makan 2 biji paracetamol Gua cari sweater lepas tu lapis dengan selimut tebal.Badan gua makin panas.Ini bukan demam biasa.


Law bagitau ini demam 'van'.

bye bye van.

Sunday, January 24, 2010

This is happen to me

something we dont know how long its running about
we just hanging round and got big smile on that day
something that we dont know how much we can pay it to get addicted

but that not a big deal
we can laugh much we can
cos we must run in different way
never way to turn it back
never way to turn around it
just run and run as much we can

im able to sleep
im able to think it
im able to talk bout it

talkative
speechless
loss of appetite
irrelevant speech

Thursday, January 21, 2010

in bloom

Hari itu gua balik bercuti balik sabah.
Macam biasalah kalau balik mesti jumpa kawan-kawan lama.
Gua macam biasa balik,lepak sama budak-budak kampung gua yang sudah gua anggap adik beradik gua sendiri.Mungkin sebab gua sayang terlampau denga diorang semua sebab semua cool macam gua.Kalau tidak percaya datang sendiri tempat gua baru lu orang tau camna budak kampung gua.

*ketawa

Gua mau cerita pasal seorang budak nama dia dirahsiakan sebab bukan hendak mengaibkan dia tapi bagi gua rasa dia orang jenis yang suka berlagak.Berlagak disini bukan sama dengan cara orang lain berlagak tapi budak kampung gua memang sudah kenal sangat dengan dia,jadi semua perkataaan yang keluar dari mulut dia memang kita orang tidak ambil port sangat.Kita orang tahu dia memang kuat ber'trip' orang kampung gua cakap.

Gua malas mahu cerita panjang tentang dia.Cuma gua mahu cerita sikit 'trip' terbaru dia.Dia sekarang berlagak tauke kedai handphone.Kerja sebenar dia cuma technician di kedai hp.Makan gajilah punya kerja,tapi dia 'trip' kedai itu dia punya.Memang kalau lu orang kalau diayatnya dia memang mungkin percayalah tapi bagi kami itu perkara biasa.Sikapnya kadang-kadang melawakkan perut gua.

Bila ada henpon yang ingin dibaiki sampai dia cuma membuka komponen dan meniup henpon tu.Lepas tu kalau pasang balik masih lagi sama dia akan bagi alasan henpon tu memang susah dibaiki.begitulah kisah yang sungguh melawakkan perut yan gua dengar dari kawan-kawan.Ada banyak lagi 'trip; beliau tapi malaslah mahu dijadikan cerita.Nanti macam mengaibkan dia pulakan.

Cuma disini gua berdoalah agar dia berubah satu hari nanti.Sebab gua sudah tidak mampu menahan perut yang terlebih ketawa.Gua mahu cipta sebuah lagu pasal dia nanti.Jadi nantikan lagu ini siap.Gua janji masuk dalam youtube.satu hari nantilah.bila gua tidak sibuk.mungkin tahu depan dapat disiapkan lagu gua tu.

*ketawa

Sunday, January 17, 2010

facebook

Semenjak gua ada facebook,maka terjumpalah kembali teman-teman zaman kecik yang lama tidak jumpa.kira fungsi facebook ni ok lah.Memang ada faedah juga laman maya ni.

Tapi baru-baru ni,gua perasaan satu benda.Pasal gambar dalam facebook.Ramai orang letak gambar dalam facebook.Tidak kurang ada yang di edit untuk bagi nampak lawa dari dunia realiti.Gua sama juga.Edit bagi hasil seni sikit,bukan niat untuk nampak lawa,palsu atau minta perhatian awek-awek.

Gua buat kesimpulan,jika gambar dalam laman maya tu diletak banyak gambar,maka memang orang tu memang lawa/kacak.Diorang letak banyak-banyak sebab mereka yakin dengan penampilan atau wajah mereka yang indah berbanding dengan orang lain.Maka gambar dalam laman mencapai 3 angka.

Bagi yang wajah tidak berapa nak lawa tu adalah lebih kurang berbelas atau cuma berpuluh,itu pun dikira sama dengan gambar artis-artis.

Jadi,motif sebenarnya bukan pasal kecantikan jadi bahan ukuran cuma keyakinan diri.Lantaklah kalau lu hodoh,gigi kurang,wajah gelap,jerawat banyak,hidung besar.
Yang penting orang tidak 'indah khabar dari rupa'.

*ketawa

Benda lain gua peka,tapi assigment berlambak belum siap,deadline sudah dekat tapi masih releks..

pergh..tahun depan 2011 yang gua tidak sabar tiba.

Thursday, January 14, 2010

Rasisme Melayu dan egois..

Ayat paling ringkas untuk mereka berikan kepada seluruh negara ialah “Hei jangan kamu cuba untuk bermain api dengan kami, ini tanahair kami, ini tanah nenek moyang kami, jangan cabar agama kami, jangan rampas hak kami”


Rampas hak kepala bana, engkau! Mereka yang berdemo dihadapan Masjid Negara tengahari tadi usai solat Jumaat itu khabarnya adalah para pemimpin agung pertubuhan-pertubuhan pelajar daripada university tempatan. Mereka membawa sepanduk “Jangan rampas hak kami”. Bodoh! Gua ingin bertanya, sejak bila hak kamu dirampas? Siapa yang merampas hak kamu?


Kalimah Allah itu sudah digunapakai sejak ribuan tahun, sejak sebelum kemunculan Muhammad s.a.w lagi. Sebelum kamu semua lahir, dan sebelum bapak-bapak kamu lahir.


Apa yang istimewa sangat dengan bangsa Melayu ini? Apa yang eksklusif sangat dengan bangsa Melayu ini? Islam itu telah wujud sejak ribuan tahun sebelum orang Melayu pandai bersunat, sebelum orang Melayu pandai membaca Al Quran, sebelum orang Melayu mengenal istilah-istilah Arab yang kemudiannya dibukukan dan diakui sebagai bahasa Melayu.


Kenapa bangsa Melayu ini begitu bongkak, begitu rasis dan sombong kononnya mereka lah bangsa yang paling “Islam” atas muka bumi ini, kononnya mereka lah bangsa yang paling suci, bangsa penyelamat ummah, bangsa yang mempunyai hak eksklusif ke atas agama Islam sedangkan satu “alif” pun tidak disebut tentang bangsa Melayu sama ada dalam Al Quran mahu pun Sunnah. Tiada. Zilch. Ma Fi. Nothing. Ilek.


Dalam surah Al Hujurat ada disebut "Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain).


Orang Melayu-Islam yang membaca Al Quran tidak begitu mudah menerima ayat yang sangat mudah pemahamannya ini. Ini kerana bangsa rasis seperti orang Melayu, bangsa yang bongkak seperti orang Melayu, bangsa yang perasan diri mereka adalah Islam tulin seperti orang Melayu, sengaja terlepas pandang tentang seruan mudah dan jelas ini.


Apakah apabila perkataan Allah itu sudah digunapakai agama lain, bermakna kita terpaksa menerima akidah mereka? Apakah akidah orang Melayu-Islam itu hanya terletak pada perkataan Allah?


Apakah yang lebih penting, memantapkan akidah dan ajaran Islam dengan mendepani segala cabaran untuk memantapkan institusi agama, dakwah, akhlak dan ibadat kepada seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, atau pun berkokok menentang penggunaan perkataan Allah yang tidak langsung menggugat akidah, merampas agama, let alone merampas hak eksklusif bangsa Melayu “rasis” ke atas agama suci ini?


Kononnya, apa yang berlaku di negara Arab dan negara lain itu adalah berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia. Kumpulan manusia rasis dan bongkak ini seringkali mengatakan, ini adalah dalam konteks Malaysia sendiri. Gua pun tidak berapa faham konteks apa? Kepala hotak engkau konteks Malaysia. Bodoh punya manusia! Islam itu sudah cukup lengkap, Islam bukan diturunkan untuk bangsa Arab, bukan untuk bangsa Toureg, let alone untuk bangsa Melayu di Malaysia yang rasis dan bongkak. Islam itu adalah untuk semua, lengkap walaupun lu sebarkan ke Kutub mahu pun ke pendalaman Amazon.


Jadi, kenapa kamu begitu bersungguh-sungguh membakar rumah ibadat agama lain, mencaci penganut agama lain dengan kononnya kamu lah bangsa pilihan, benteng kukuh untuk agama Islam, pengamal ajaran Islam yang tulin, menyemarakkan semangat kebencian dan perkauman, hanya kerana satu perkataan yang bukan pun milik kamu, yang tidak pun menyentuh akidah kamu dan tidak langsung dirampas kerana ia memang bukan milik kamu - telah cuba untuk dikongsi oleh penganut agama lain?


Bodoh dan bebalnya Melayu-Melayu Islam yang menyebarkan rasisme dan kebencian itu, celakalah ke atas kamu semua yang berselindung atas nama agama ketika mana diri kamu dan keluarga kamu penuh dengan dosa-dosa rasuah, penipuan, isteri yang hipokrit sekadar bertudung untuk ke majlis tahlil, penahanan tanpa bicara, konspirasi politik, salahguna wang rakyat, monopoli gula dan beras, membunuh, memfitnah dan pelbagai dosa lain yang seribu kali lebih utama untuk diperbetulkan.


Kamu adalah bangsa yang paling hina, bangsa rasisme, bangsa bongkak yang sebenarnya tiada tempat dalam agama Islam yang terang-terangan menganjurkan perpaduan itu, yang mengajurkan kesamarataan, sifat rendah diri, dan diturunkan untuk seluruh umat manusia, tanpa menyebut pun bangsa Melayu.

Celakalah ke atas kamu kumpulan manusia rasisme, sombong dan bongkak. Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa kamu semua.



Sungguh celaka.

p/s:cedok entry..

Wednesday, January 13, 2010

Rapuh




aku tak pernah pergi
setelah waktu itu
walau kau membisu

segala yang kau beri
masih ada padaku
ku simpan dalam hati
ku simpan sungguh rapi

masa yang pergi itu
tak mungkin dapat diputar lagi
walau dunia sudah didepan

sehingga waktu ini
aku sedang rapuh



P/s:Time balik bercuti,gua jumpa semula satu buku yang kaya dengan hasil conteng-conteng gua.Antara tulisan dalam buku ini seperti yang anda nampak diatas.Lepas tu gua bakar buku itu.Gua tak tahu siapa yang tulis benda camni dalam buku conteng gua.Konspirasi jahat.

Tuesday, January 12, 2010

Hati hati keras..

Sang ilut cakap dengan gua.
"Woi,kimak ko dmna?"

gua"buduh punya budak,ada di rumah"

Ernang cakap sama gua.
"pa barang layan awek,bilang rok..ni macam mat bunga"

gua"kurang ajar,tumbuk mata ko sana"

Shafik cakap sama gua.
"wei babun laut,rambut pendek mana rock"

gua"anjing laut,ko rambut panjang macam gay,ada berus gigi ka ni"

jepal cakap sama gua.
"gay juga ko ni"

gua"gay tapi tidak hitam macam ko"

boyd cakap sama gua.
"Ko ingat adik wa mo sama lu ka?"

gua"ala,wa cam ni ada juga orang minat,lu jerawat banyak"



dengan selamba kitaorang ketawa lepas menganjing satu sama lain.
Tapi bila gua pergi tempat lain,benda ni jadi sesuatu yang terlalu sensitif.


Inilah orang bilang rock luar dan dalam.

Inilah erti kawan.Lu boleh kongsi semua benda.

bukan macam budak skema-skema yang konon okay.sembang berapi.

Monday, January 11, 2010

hari-hari rock,sekali sekala ingin juga cair..


lepas kerja,gua tidur sampai matahari tukar syif.Bangun-bangun kepala rasa berat macam baru kena haloperidol 2mg.Boleh jadi gila kalau hari-hari tetapi hari ini memang gila babi penat.Walaupun kerja relek saja tapi bila bergaul dengan orang yang tidak berapa betul ni buat kepala sendiri penat.Penat yang bukan main lagi.

Gua buka Fb.Bukan main pening lagi gua tengok shout out orang-orang pikiran kelas atas kononnya.Golongan yang kononnya mengkelaskan diri mereka golongan yang urban dan mengikuti peredaran zaman.Golongan yang pakai baju branded,makan di tempat-tempat yang guna garfu sama sudu.Pergh..

Jiwa rock gua kadang-kadang teruji sama dunia sekarang.Dari perempuan sampailah selipar jepun.Sekali sekala gua dengar lagu seventeen,tajuk 'selalu mengalah' kalau tidak silap.Layan juga kadang-kadang bila dengar lagu macam ni.Macam unta.

dapat juga gua lupa pasal assigment,case study,praktikal,vNc dan kamera nikon.Benda yang selalu bikin gua bingung.Bingung macam 'bouncer' tangga hijau yang kena serbu lepas tu masuk tv3 tadi.Lepas tu mulalah gua berangan yang gua jadi macam itu 'syawal' bapa ahmad albab.Tiba-tiba jadi kaya,banyak duit tapi cool.

Saturday, January 9, 2010

menaruh harapan lebih indah dari memiliki

sedang gua lepak lepas kerja,gua terbaca satu entry dari blog penulis yang gua rasa memang humor tapi banyak benda yang ditulisnya memang jelas dari sudut pikiran manusia dizaman ini terutama lelaki yang senasib dengan gua.

*ketawa*

sila lihat tajuk entry gua.Begitulah cerita yang ditulis olehnya.Bagi gua,benda ini memang betul.Gua memang sangat setuju dengan pendapat dia.Sememangnya cukup betul bagi gua.Masuk tahun ni,gua masih lagi menaruh harapan bukan saja dari segi perasaan bahkan semua segi yang gua rasa boleh memilikinya tapi bila ingin memiliki sesuatu tu gua rasa ada sesuatu yang bermain dipikiran gua.

bila gua memiliki sesuatu,gua akan selalu berasa sekejap puas dan sekejap tawar hati pada sesuatu benda tu.Bagi gua menaruh harapan itu lagi indah dari dapat memiliki sesuatu itu.sesuatu yang agak kurang tipikal.

Bukan maksudnya gua ni abnormal,tapi gua memang sekejap puas.Gua rasa gua lagi sanggup menaruh harapan dari dapat benda itu.Ini sebab gua suka berfantasi dan berfikir terlalu mendalam dan terlalu jauh untuk sesuatu benda itu.

pernah juga member-member lain menasihatkan gua supaya jangan memikirkan panjang sesutau perkara yang bagi mereka agak remeh tapi gua lagi suka fikir panjang.Gua fikir dari setiap sudut.

sekarang gua sudah terbiasa agaknya cara begini,jadi gua malas untuk memiliki sesuatu benda itu kerana keseronokan itu akan sekejap saja lagi baik gua cuma menaruh harapan.

menaruh harapan buat kita terinspirasi.Tiada benda akan rugi dan cedera berbanding dari memiliki yang kita tidak tahu hujung pangkal cerita selepas itu.

selamat maju jaya buat gua.

Kerja dalam psikiatrik buat gua gembira.Bercakap dengan orang yang tidak betul dan sentiasa gembira buat gua lupa menjaga perasaan orang.Gua rasa cuma seorang yang betul dalam satu masa.Tidak perlu menjaga hati orang.Cuma perlu setiakawan dan ketawa yang berpanjangan berbanding dengan manusia yang ada akal tapi tidak tahu menggunakan dan bergurau.

Tinggal 1 tahun setengah lagi.

Friday, January 1, 2010

berita baik buat bro abut dan bro Ed

time gua balik..
ibunda sama abahhanda ada cakap mahu kasi balik bro abut sama bro Ed tahun ini..
2010 bos..

dari hasil perbualan ini,kemungkinan akan jadilah cerita ini.Jadi..

segala hasil bumi mesir dari selipar,baju sampailah kurma sila simpan untuk ole-ole dan yang dikhas untuk gua...

amacam?