Thursday, January 21, 2010

in bloom

Hari itu gua balik bercuti balik sabah.
Macam biasalah kalau balik mesti jumpa kawan-kawan lama.
Gua macam biasa balik,lepak sama budak-budak kampung gua yang sudah gua anggap adik beradik gua sendiri.Mungkin sebab gua sayang terlampau denga diorang semua sebab semua cool macam gua.Kalau tidak percaya datang sendiri tempat gua baru lu orang tau camna budak kampung gua.

*ketawa

Gua mau cerita pasal seorang budak nama dia dirahsiakan sebab bukan hendak mengaibkan dia tapi bagi gua rasa dia orang jenis yang suka berlagak.Berlagak disini bukan sama dengan cara orang lain berlagak tapi budak kampung gua memang sudah kenal sangat dengan dia,jadi semua perkataaan yang keluar dari mulut dia memang kita orang tidak ambil port sangat.Kita orang tahu dia memang kuat ber'trip' orang kampung gua cakap.

Gua malas mahu cerita panjang tentang dia.Cuma gua mahu cerita sikit 'trip' terbaru dia.Dia sekarang berlagak tauke kedai handphone.Kerja sebenar dia cuma technician di kedai hp.Makan gajilah punya kerja,tapi dia 'trip' kedai itu dia punya.Memang kalau lu orang kalau diayatnya dia memang mungkin percayalah tapi bagi kami itu perkara biasa.Sikapnya kadang-kadang melawakkan perut gua.

Bila ada henpon yang ingin dibaiki sampai dia cuma membuka komponen dan meniup henpon tu.Lepas tu kalau pasang balik masih lagi sama dia akan bagi alasan henpon tu memang susah dibaiki.begitulah kisah yang sungguh melawakkan perut yan gua dengar dari kawan-kawan.Ada banyak lagi 'trip; beliau tapi malaslah mahu dijadikan cerita.Nanti macam mengaibkan dia pulakan.

Cuma disini gua berdoalah agar dia berubah satu hari nanti.Sebab gua sudah tidak mampu menahan perut yang terlebih ketawa.Gua mahu cipta sebuah lagu pasal dia nanti.Jadi nantikan lagu ini siap.Gua janji masuk dalam youtube.satu hari nantilah.bila gua tidak sibuk.mungkin tahu depan dapat disiapkan lagu gua tu.

*ketawa

0 comments: