Monday, August 31, 2009

nostalgik ramadhan

Tiada yang dapat menandingi menyambut ramadhan di kampung sendiri.Gua masih ingat waktu gua masih lagi bersekolah menengah.Bila saja tiba waktu ramadhan ada sesuatu yang menyentuh hati kecil gua.Seraya gua terdiam sekejap dari menaip.Gua cuba kenang kembali lipatan sejarah dan kitaran hidup gua 21 tahun yang lepas.

Gua paling rindu tatkala bila waktu berbuka atau "sungkai" nama yang biasa diguna tempat gua.Biasanya bila jam menunjukkan 6.00 pm waktu sabah especially keningau,abah akan memasang radio siaran tempatan untuk mendengar Azan.Sebelum azan berkumandang,banyak iklan-iklan yang akan menyelit sebelum tiba waktu azan maghrib.salah satu iklan yang gua tidak pernah lupa sampai sekarang 'Ayam segar Desa'.Gua tidak tahu sama ada masih ada lagi kah iklan ini.Sungguh nostalgik.

Waktu malam gua akan ke masjid beramai-ramai.Selalunya gua dengan member-member kampung.Sambil menunggu waktu terawih gua dan member-member lain lepak di rumah si mat bunga.masa itu si mat bunga belum lagi jadi seorang muslim.Dia masih lagi melayang tanpa tali diawangan.Begitulah bahasa yang paling sedap untuk dia.gua senyum panjang tatkala mengenang waktu-waktu itu.

Menginjak diwaktu sekarang,Gua berpuasa macam biasa.Tapi sunyi,tanpa perasaan yang berdebar-debar menunggu waktu berbuka,tiada kegembiraan macam dulu,tiada gelak ketawa dan usikkan dari teman-teman.Gua sedar gua punya umur sudah berganti silih berganti.

Banyak dugaan yang gua lalui,dari hal pelajaran sampailah pergaduhan gua dengan akal sendiri.Gua hidup antara lojik dengan nostalgik sekarang.Tapi nostalgik lagi bererti bagi gua.Semua manusia punya jalan yang berbeza.Ada yang pilih untuk lawan arus dan yang yang pilih jadi lalang.Biar ditiup angin sambil mengikut lenggang-lenggok deruan angin tapi gua lebih senang pilih lawan arus.Orang berpusu-pusu menjadi beruang gua jadi gagak hitam.

Sunday, August 30, 2009

satu malaysia?haktuih..



abang-abang dressing semat,pakai seluar slek kain licin,baju kemeja,kasut kulit,potong lembu lepas tu pijak,banner bukan dari kad manila atau D.I.Y,rambut potong 3 kali seminggu,cuci kereta setiap minggu,cuti-cuti malaysia,jumpa rodblok senang-senang boleh lepas,ada rumah sendiri dan yang penting memiliki otak udang.

Brader lu pakai songkok menandakan lu tu orang islam.Cuba lu fikir tindakan lu ni bro?apa pandangan agama lain tentang agama islam?Islam sendiri larang kita hina agama lain,tapi lu?Gua syak lu ada kepentingan sendiri.Tempat gua gereja,masjid dan kuil berdekatan,tiada pun kes-kes murtad atau gaduh pasal ini.Lu yang mulakan brader,camna orang islam kena respek kalau lu punya kepala mahu fikir kepentingan sendiri.

AMACAM?LU ORANG JERIT MAHU 1MALAYSIA TAPI LU SENDIRI GULING KEPALA..
mentaliti orang melayu.

Lu tengok sabah.Kaum ada berapa puluh?hidup sama-sama.Lu orang baru 3 bangsa duduk sama sudah rasict.Dalam tv bukan main cakap itu ini tapi realiti sebenar?

gua yakin sampai anak cucu cicit terus camni.Bodoh dan terus bodoh.

Allahuakbar.

Saturday, August 29, 2009

jarak penglihatan gua



beginilah penglihatan gua dijarak 30 inci dibelakang.Gua pakai spek mata cam river cuomo,nampak oldskol skit tp gua kan rock bukan cam budak macho atau budak comel tu.hehe.


ya sekali lagi gua pakai spek mata cam river cuomos..

p/s:apasal kerang cuba tiru dress gua?jangan jadikan gua idola lah..hahaha

Friday, August 28, 2009

carl barat dengan pete doeherty


BOYD TAUPIK


gua mahu cerita pasal satu makhluk yang lebih kurang sama dengan gua.Nama makhluk kasar ni boyd.Kitaorang kenal sewaktu sekolah di teknik dulu.Gua sama dia sama-sama dari dulu.Gua sama dia memang ngam kepala.Gua respek dia,dia respek gua.Itu yang best.Kalau cuti-cuti mesti gua lepak dengan dia.Kami dulu satu kelas.Kira kami banyak persamaan.

Dia ada kakak dan adik yang lawa.Gua selalu gurau dengan dia.konon gua mahu tackle adik dia.Dia mesti jawab 'kalau lu mahu ngorat adik gua,jangan anggap gua kawan lagi'.lepas itu kami ketawa.Gua faham kenapa dia cakap macam itu.Dia takut rasa janggal dengan gua lah tu kalau jadi bf adik dia.

*ketawa*

tapi gua pun janggallah mahu ngorat adik dia.Gua sudah dia sebagai salah seorang keluarga gua sendiri.Sekarang dia ada dirumah dia.sedang tunggu kerja.Apa pasal lu tunggu kerja?

zaman sekarang tidak boleh pilih kerjalah.tapi apa-apahal,time gua kerja nanti gua mahu dia lepak sama gua.Gua dengan dia minat satu benda yang sama.MUZIK.

Muzik boleh buat kita jujur cari makna hidup.Keserasian yang penting.Gua dengan dia bandmate.Sekarang kitaorang buat projek solo.Dia solo dan gua pun sedang cari material untuk lagu solo gua.Kitaorang bergerak secara underground.

Yang terpenting sekali gua dengan dia minat awek dari kelas yang sama.Tapi kami ditolak mentah-mentah.Kami tak frust.Gelihati.


tidak apalah bro.Lu sama gua boleh hiduplah tanpa benda ni semua.yang penting gua jeles sama lu,rambut lu panjang dah.Gua apa ada?terikat sama sistem ciptaan manusia.Apasal kerja kerajaan tidak boleh panjang rambut?otaklah ynag penting..

gua PETE DOEHERTY dan lu CARL BARAT.Amacam?

hari ini hari jumaat

adik gua dan rapidin (classmate gua kecik-kecik dulu)




Hari jumaat.Macam biasa bulan ini bulan puasa.Member rumah yang lain balik rumah.Cuti 1 minggu geng.Kalau gua di sabah pun gua balik rumah.Waktu ini yang best lepak dirumah oswald mat bunga itu.Gua suka buat onar dibulan puasa ini.Lebih-lebih lagi mengenakan si mat bunga.Tapi sekarang amat berbeza.Jadi perantau.Gua cuma duduk diam sambil layan chatting.Gua sudah ada Wimax sendiri.Gua nama gua sendiri.Ada promosi gua angkat satu.Lagi pun gua memang mahu ambik sebenarnya.Bosan.

Hari ini budak negeri lepak kat rumah.Tidak terasalah sunyi sikit.Semalam gua dengan budak mata sepet jak,macam gay pun ada,tapi gua jiwa keras,tak mainlah gay-gay ini.Satu hari hujan.Bangun pagi gua basuh pakaian walaupun diluar hujan.Malas dah mo tangguh-tangguh kerja ni.lepas itu nasiq budak mergong datang rumah.Gua kenal dia dari budak oldskol.Dia ni jenis lawak-lawak sikit.Gua senang kawan dengan dia.Sememangnya gua jenis suka berkawan.gua tolong dia isi borang spa.Kesian gak nasib dia.dia bermula ok tapi pengakhiran dia tidak berapa baik.Itulah nasib,qada dan qadar yang manusia mesti pasrah.

petang gua chatting adik gua.Sebenarnya gua rindu sama dorang.gua rindu sangat.Gua rasa bila kami bejauhan baru rasa kehilangan yang teramat sangat.Adik lelaki gua satu lagi akan berangkat ke egypt.Gua doa dia berjaya lah.Dulu gua ingat kalau dia jadi pergi jepun gua mau lawat dia setiap tahu tapi dia pergi egypt.3 orang adik beradik gua ada sana.Yang gua ini masih berpijak di malaysia.

Gua dengan adik gua yang rock cam gua cerita pasal plan masa depan kami.Banyaklah plan dari rumah sampailah kehidupan sendiri nanti.Gua rasa tidak sabar lagi.Gua rasa mahu kasi ok keputusan exam ni.Ada 1 sem lagi gua belajar.Lepas tu dah posting.

Kadang-kadang gua banyak fikir.Apalah maksud hidup gua ini kalau tiada muzik.Bukan cara hidup tapi sebahagian hidup gua.Hidup mati muzik tapi balance dengan akhirat,baru hebat..

Tuesday, August 18, 2009

gua buat salah lagi..

gua rasa penatlah..
rasa penat dan malasan yang jarang sekali berlaku dalam diri gua ini.
tengahari tadi gua rehat dengan budak mata sepet.Kitaorang makan sama.
gua sudah buat salah.Salah yang salah sesalahnya buat gua fikir gua sekarang freethinker.What the bloody hell.

Nekad

setelah hampir 2 jam gua begaduh dengan akal sendiri,Gua ambik keputusan.Gua sudah nekad yang nekad yang lebih nekad dari nekad nekad gua sebelum ini.Gua sudah kira berapa banyak gua punya jiwa terkorban.

Sebagai seorang lelaki yang beriman pada qada dan qadar gua mahu maju ke hadapan.Gua sudah survey-survey kereta import.Gua sudah cari tanah sesuai untuk buat rumah,gua sudah cari bahan untuk studio gua satu hari nanti.Lepas ini tiada lagi makhluk tanpa halkum selain ibu gua.Ini bukan janji tapi nekad yang gua rasa paling afdal buat masa ini.Sebelum ni mungkin bidaah semata.

sebagai lelaki yang berdarah kacukan orang puteh yang gua kira moden,gua akan lebih utamakan kesihatan terutama body gua.Dulu gua rasa kool berbadan sebiji gitar kapok tetapi gua mahu sesuatu yang lebih berotot supaya gua dapat kawan lebih banyak makhluk anpa halkum untuk menjana kewangan gua.Ini bukan janji tapi nekad.Sekali lagi gua ulang,INI NEKAD GUA.

Gua mahu hidup gua tiada halangan dari jembalang dan makhluk-makhluk semacam ini.
hidup dalam khayalan ini kadang-kadang ajar gua banyak benda,lalu gua ambil sedikit sebanyak cara mahu hidup senang.Itu pun kalau dapat.Sebab itu gua percaya qada dan qadar,jodoh gua buang jauh sikit.Gua masuk 30 baru mula cari.babai,roger n out.

entri ditulis selepas housemate sudah tidur,takut dicium plan B gua.

Monday, August 17, 2009

waktu kerja yang panjang kami pendekkan dengan kuasa motor dua lejang

Pagi tadi en.Tuah masuk kelas.Gua memang suka kelas En.Tuah.Suka psiko yang dicipta beliau sendiri.Walaupun kepala gua memang ting tong dengan cara dia yang sungguh psiko tapi gua minat benda-benda psiko-psiko ni.Gua ada angan-angan jadi pensaiko.Gua sudah pasang niat yang nekad mau serius bidang psiko ni tapi bergerak secara underground pa barang guna nama indie,budak kecik bolehlah guna perkataan indie.Gua benci dilabel dengan indie,bukan gua tidak faham maksudnya apa,tapi gua malas trend sekarang.Kalau jadi rock attitude mesti ada juga,pa barang untuk femes?.

Tapi gua memang mengherokan En.Tuah dalam diam.Macam sial pun ada.

Rehat jam 10 lambat sikit tadi,jadi kitaorang lambat kuar kelas.Lepas rehat pula kelas tiada.Semua lecturer jalan pergi konvokesyen budak senior,group berapa tak tau,lupa dah..

Gua dengan budak sepet mata eskep.Balik rumah sewa.Tempat persembunyian paling selamat di kawasan Alor Star.Bak kata pepatah melayu 'rumahku syurgaku'.

wei gua mau exam dah ni.Tapi pasal pa gua terlampau relak?Mudah-mudahan gua lulus la..oh ya,perempuan mata keranjang tidak sms gua selepas gua maki dia semalam.tapi gua serba salah dowh..Orang baik nak jadi jahat..PA CERR??

gua cuba,tapi macam susah dowh..


sedangkan idola gua kahwin dengan perempuan inspirasi beliau apatah lagi gua cuma insan biasa.Gua fikir ini tahun gua banyak fikir pasal hubungan jiwalah.Ini bukan gua yang sebenar.Dulu benda ini senang gua tolak tepi tapi sekarang gua semacam mengejar seperti orang gila.Mungkin inilah dinamakan revolusi.

Lu orang semua,gua tengah beranjak dewasa lagi.Gua baca blog orang,cerita pasal bola,tapi gua cerita pasal jiwa,apa macam?masihkah label gua ditempat-tempat real rockers?yang gua tahu evolusi minda tahap koma sudah sampai.Exam gua tolak tepi.Yang penting gua lulus.Ada life sendiri,harta sendiri,bagi parent gua makan duit gua sudah kira ok.Gua mahu bunuh itu perempuan.Tapi bukan diri dia,jiwa dia.

kira oklah,tidak kena masuk lokap pun.

betapa senangnya jadi seorang lawa


'bukan sombong,tapi busy bah,praktikal..'

setelah berpuluh-puluh sms dihantar,satu jawapan yang tidak munasabah gua dapat.Dalam hati gua mengiyakan walaupun tahap kebenaran jawapan mati-mati gua tidak percaya.

wait and see..I will revenge.

sepetang dirumah baru


gua dengan budak oldskol dah kuar dari rumah sewa lama.Kitaorang pindah rumah.Dengan suasana baru dan 2 orang penghuni baru.Budak mata sepet dengan budak motor besar.Budak macho dengan budak kiut masuk hostel semula.Rumah sekarang lebih ceria dan enjoy berbanding dengan rumah lama yang terlalu kongkong jiwa gua sebagai rockers.

sekarang setiap petang gua lepak depan rumah,hisap rokok sambil tengok awan.Fuhh..syok.Ketika inilah banyak persoalan timbul dalam benak yang terdalam gua.Mula dari masaalah kritikal dunia,h1n1,cerita-cerita member,kewangan dan yang paling menusuk dalam ialah cerita pasal hidup gua sendiri.

budak mata sepet sound gua.

'wei,lu umur sudah kira 20an ni napa tak da awek?'

diikuti ketawa mengejek beliau.Gua ketawa sambil memikir kebenaran kata-kata beliau.Gua kisah apa.Tapi benda ini ada benarnya.Gua single.Adakah gua volunter menjadi single selama hayat gua?

jawapan yang gua bagi 'tidak'.Gua suka merendah diri.Bagi gua awek-awek ni bagai merak kayangan dan gua cuma burung gagak dirimba.Layakkah gua ini untuk mereka?semestinya tidak.

gua kaitkan dunia realiti dengan dunia gua.

dari tukang kebun sampailah ke ahli politik.Semuanya mempunyai pasangan jiwa.Member-member gua yang bagi gua tidak sekacak dan secomel gua sekurang-kurang mempunyai 2 orang awek,DALAM MASA YANG SAMA!!Apakah perkara ini betul dikepala otak gua sekarang??semestinya tidak.Gua tidak pernah menyalahi diri gua,tapi gua salahkan sikap perempuan sekarang.Gua prejudis tahap maut dengan sikap perempuan sekarang walaupun gua sering dinasihat oleh Manzoskin supaya tidak memprejudis sedemikian rupa.Bagi gua,dia bukan tahu pasal gua.

Gua masih lagi macam dulu bro.Susah hendak dipecahkan dinding prejudis dalam diri gua.Lu cuba fikir,betapa terasanya hati gua dipersampah suatu ketika dulu.Luka yang kronik walaupun dulu bersifat akut.Gua sudah janji,dendam mesti dibalas satu hari nanti.Gua jenis suka diam,tidak suka menzahirkan marah gua yang sering diperkotak katik oleh member lain.Gua tidak kisah sebab gua penting member gua lebih dari seorang perempuan.

Gua panas.panas tahap gila babi.Gua bukan sampah.Gua bukan penjahat.Jangan samakan gua dengan manusia ataupun makhluk lain.Hati gua berpandangan liar,Menjudge sesuatu perkara melebihi tempurung kepala.

Gua sudah plan baik-baik hidup gua sekarang.Sekarang gua tengah cari jalan memperototkan body gua sekarang.Baru boleh mengamuk dibandar-bandar.Korang tunggu dan lihat sajalah.Sebab gua pun tidak pasti plan gua berjaya atau tidak.

Yang pasti gua mahu revenge dua makhluk tidak berhalkum yang memandang gua semacam sampah.Kenapalah makhluk ini melabel gua seperti sampah.Gua mahu bagi korang tengok yang sampah ini adalah satu kuasa regim zalim lebih kejam dari zionis.


*ketawa

p/s:Gua tulis pasal perasaan gua time lepak-lepak petang diluar rumah setiap petang.Gua pinjam wimax dari Skinnyman dari koBE untuk satu minggu.Boleh gua bermain dialam maya seminggu ni.Aiyak..exam minggu depan dowhh..