Sunday, May 9, 2010

tahun depan

Gua mo simpan uang bikin:

-buat studio
-beli rumah
-beli kereta caldina
-uang untuk abahanda sama ibunda pergi haji
-untuk adik-adik gua

hmm..Apa lagi kurang?

pinjam duit boleh?

Thursday, May 6, 2010

selamat hari ibu buat ibunda yang sempoi

Dalam banyak-banyak ibu didunia,gua rasa ibunda seorang sahaja paling sempoi dan paling sporting buat gua.

Ibunda suka membebel,tapi ibunda memang mengaku dia suka membebel.Amacam?sportingkan.

walaupun gua tahu dia bukan sahaja atau suka-suka,tapi bebelan itu lebih terarah kepada kebaikan gua dan adik beradik yang lain.

Gua rasa bila bercakap dengan ibunda macam sedang bercakap dengan seorang malaikat dan akan rasa lapang bila bercerita masaalah ibunda.Sebab ibunda akan mengambil berat terhadap semua luahan gua padanya.Bagi gua,ibunda bukan sekadar mendengar tapi berusaha untuk join dalam luahan gua.

Nanti gua ada bini,gua mahu dia belajar banyak dari ibunda.

ibunda akan melayan semua orang macam anaknya sendiri,sebab itu kawan-kawan gua senang lepak dirumah gua,tidak kisah kawan dari semananjung atau dari sabah sekalipun.

jadi,gua sudah sepakat menobatkan ibu yang termithali tahun ni jatuh kepada ibunda gua.


P/s:hari ibu sebenarnya bila?

Wednesday, May 5, 2010

Suka suka kamu suka


Sepanjang hidup aku,cerita pasal jiwa merupakan perkara yang paling remeh sekali.Setiap kali jiwa aku mula rasa suka pada makhluk tidak berhalkum,dengan secepat mungkin aku cuba lari.Mungkin aku lebih suka bercinta dalam fantasi dengan ayu ratna atau megan fox yang selama ini langsung tidak pernah berlaku curang.

Kecualilah pada satu masa sekolah menengah,aku pernah suka pada seseorang dan berakhir dengan penyesalan sebab ketidak percayaan pada diri sendiri.Memang,aku memang suka merendah diri bila bab-bab semacam ini.Dan disebabkan benda itulah yang menjadikan aku kalis dari mana-mana serangan jiwa jiwa.

Bukan tidak pernah makhluk tidak berhalkum cuba mendekat dengan aku,tapi sungguh,bagi aku hubungan jiwa ini selalunya tidak berfaedah dan mungkin disebabkan jiwa aku lebih terarah kepada dunia muzik rock harfiahnya.

Aku selalu nasihatkan diri sendiri supaya jangan langsung memikirkan pasal benda ini,dan memang pun aku tidak pernah pun terfikir untuk ada hubungan pada mana-mana wanita kecualilah untuk meyukai dalam diam.

Tapi,sekarang aku sudah mula menyukai seseorang.Tiba-tiba jiwa aku mula mengiyakan dan membenarkan rasa itu hadir dalam pelusuk jiwa yang terdalam.Mungkin banyak sebabnya.

Aku tidak pernah rasa dia itu menyusahkan aku walaupun selama ini bagi aku,perempuan selalunya akan menyusahkan hidup si lelaki,tapi itu cuma pandangan sinis seorang lelaki yang sudah lama tertanam rasa prejudis dengan kaum lawan jenisnya.

Aku senang dengan dia.Aku rasa dia ada kriteria yang aku cari.Pemikirannya lebih kehadapan dengan umurnya dan mungkin penyimbangan hidupnya agak teratur.Dan yang penting,aku rasa dia mudah untuk menerima pandangan dan boleh membawa diri.


Tapi aku cuma serah pada Allah.Sebab waktu ini adalah yang benar-benar pertama kali dalam hidup aku sebagai seorang lelaki yang selama ini mengaku 'kalis' jatuh dalam scene jiwa-jiwa.

Tapi aku masih lagi tutup mulut yang dia orang pertama sekali aku pernah serius dalam hubungan jiwa-jiwa.Sebab aku sudah 20 tahun lebih hidup kan,mungkin tiada orang yang percaya kecualilah sang erlurt dan boyd.

Apa-apa pun,harap dia punya jiwa kuat,tidak mudah lusuh.


amcam bro?tidak salahkan mencuba?

Jadi,hati aku sudah penuh.

*ketawa

Sunday, May 2, 2010

pagar tidak pernah makan padi

WOI boyd,Woi erlurt..

gua sudah terlanggar pagar yang kita buat hari itu.Tapi gua rasa,satu hari nanti pagar yang kita buat tu memang patut kena ganti.

kalau dulu kayu,kan bagus kita ganti pigi bata?

*ketawa