Thursday, May 6, 2010

selamat hari ibu buat ibunda yang sempoi

Dalam banyak-banyak ibu didunia,gua rasa ibunda seorang sahaja paling sempoi dan paling sporting buat gua.

Ibunda suka membebel,tapi ibunda memang mengaku dia suka membebel.Amacam?sportingkan.

walaupun gua tahu dia bukan sahaja atau suka-suka,tapi bebelan itu lebih terarah kepada kebaikan gua dan adik beradik yang lain.

Gua rasa bila bercakap dengan ibunda macam sedang bercakap dengan seorang malaikat dan akan rasa lapang bila bercerita masaalah ibunda.Sebab ibunda akan mengambil berat terhadap semua luahan gua padanya.Bagi gua,ibunda bukan sekadar mendengar tapi berusaha untuk join dalam luahan gua.

Nanti gua ada bini,gua mahu dia belajar banyak dari ibunda.

ibunda akan melayan semua orang macam anaknya sendiri,sebab itu kawan-kawan gua senang lepak dirumah gua,tidak kisah kawan dari semananjung atau dari sabah sekalipun.

jadi,gua sudah sepakat menobatkan ibu yang termithali tahun ni jatuh kepada ibunda gua.


P/s:hari ibu sebenarnya bila?

0 comments: