Monday, April 26, 2010

kuda besi dihambat lari orang


semalam,duit keluar jadi budak cina pergi menunaikan kewajipan dia sebagai pembeli motor ansuran tanpa berat hati dan mengeluh.

******

hari ini,25 hb 5 tanggal bersejarah bagi budak cina,motor yang dibelai manja,dianggap anak sendiri,awek sendiri yang sudah memberi sinar hidup dia dan kawan-kawan sekeliling sudah di culik orang yang tidak dapat dikenali lagi,kalau dikenali bukan pencuri namanya.Peratus untuk menemukan semula adalah sungguh rendah dan selalu nya kosong.

motor yang diberi nama KCN2689 sewaktu disunting dulu sudah pergi entah kemana,harap jangan kau disakiti tuan mu yang tidak halal itu.Tapi dalam hati gua,kau mungkin ditelanjangkan dan dijual kepada orang-orang yang tidak makan benda tidak halal tapi ambil barang haram.


Dan dengar khabar budak cina bakal dapat peneman baru selepas rundingan dengan peminjam yang dijalankan semalam.

Gua kena tempias juga sebab ajar ilmu berlakon dengan budak cina.

Wednesday, April 14, 2010

'kalau'

kalau gua kaya..




tapi itu cuma kalau..

6 huruf punya pengertian yang selalunya menyakitkan..

kalau gua tumbuk lu..amacam?

Sunday, April 11, 2010

Jiwa Jiwa keras




Bro gua yang duduk di padang pasir balik malaya,jadi dia cakap mahu lepak di tempat gua.

Gua pula tengah fikir mahu balik borneo.Apa-apa pun selamat lihat dunia gua sekarang.

no life,no fun..

apa-apa pun gua boleh main gitar sambil ada orang boleh jamm sama sebab kami kongsi jiwa yang sama.

Musik.

Friday, April 9, 2010

spirit to rebel

setiap hari jiwa gua kacau.
Gua takut juga kalau jadinya semacam perkara yang tidak di ingini berlaku antara aku dengan orang lain.Kecenderungan untuk rebel semakin hari semakin membesar.Gua perlu rehab supaya jiwa ini tidak terus kacau takut gua jadi gila.

Saturday, April 3, 2010

Life is'nt easy ya..


satu hari,waktu hujan turun selebatnya,guruh lebih mendominasi keadaan dari ringtone henpon pinjaman dari adik gua.

Gua bingkas bangun dari posisi duduk yang kurang selesa masuk ke dalam bilik.Baring diam sambil pandang atas syiling rumah sewa.Lantas masa itu fikiran gua jadi berjalan jauh.

Gua sedang khayal pasal hidup gua sekarang.

lu rasa kerja gua sekarang ada life kah?

life ada mungkin,tapi fun and joy?


Gua tarik nafas panjang-panjang sambil mencapai henpon pinjam.

korek-korek lagu dalam list.


Gua jumpa lagu yang boleh gua tenang.



BIAR JIWA-FYN JAMAL

Thursday, April 1, 2010

ahkim pengembala kambing

Hari ini memang 1 april.Awal april ni ,gua kena april fool dengan abang muscle.
Gua hari ini pindah wad.Biasalah hidup sebagai ahli mekanik badan ni perlu jalan banyak tempat.

Wad gua sekarang banyak budak-budak baru kerja.Budak-budak misi yang masih getah-getah lagi,tidak kurang gua yang masih bergetah dan masih malas macam waktu sekolah menengah 5 tahun lalu,gua pun naik hairan,kenapa tiada beza?

kadang-kadang gua fikir mahu saja jadikan membaca satu hobi.


Hobi?
Selain cinta dalam diam dengan gitar orang tiada lagi hobi yang siok.Kumpul setem?apa gila gua jadikan kumpul setem sebagai hobi?posmen sekarang cuma tukang hantar bil astro ataupun hutang PTPTN.Gua mana ada hutang sama ahlong PTPTN.Jadi mahu jumpa posmen lagilah mengarut.Gua ingat surat PTPTN tu pun mana ada setem.

gua ternampak gambar lama waktu sekolah menengah di page sekolah lama gua.Sumpah,satu pun gambar gua memang tiada.Boyd,yuri dengan gua dulu mana lekat dengan sekolah rupanya.Awal pagi budak-budak berebut-rebut takut lambat masuk kelas,gua?tengah sibuk cari alasan supaya tidak mahu kesekolah.Sampai satu tahap guru disiplin gua datang rumah.nasib baik gua jadi orang juga akhirnya.

bro besar,bro ed,bro abut,bro endo semua belajar tinggi-tinggi.Gua saja yang dibawah,tapi gua memang pilih sebenarnya,kononnya suka rebel melawan arus.Jiwa muda masa itu walaubagaimanapun gua masih muda lagi sekarang.

*
ketawa


oh ya..
wad gua sekarang sedap sikit.

HO dengan MO panggil gua.

"can u takin blood bed 9 and 1o?"


gua jawab.

"im busy right now"

dalam hati.


tapi Mo tempat gua sekarang sempoi tidak macam wad satu lagi.
Rugi gua bina otot.


*
ketawa


P/s:bro abut gua mahu balik.Gua mahu ole-ole kurma atau daging unta sebab sana mana ada maggi asam laksa.