Sunday, November 22, 2009

money

hey money..
where are you?
you know you so important to me?
not just to throwing away
but for my family
for my dignity
for my brother
for my sister
for my entire life

.................




p/s:rm7000 is lot?how can i need this shit?

Friday, November 20, 2009

cikgu

Tengah layan FB,aku terlihat satu muka yang familiar sangat.Ya,awek.Bukan sembarang awek yang aku cerita selalu tapi awek yang pernah aku kongsi zaman kecil-kecil dulu.Sebelum ni ada juga aku tanya dengan kakak awek ni,dan tanya dimana lokasi adiknya,tapi lepas tu aku macam dipangkah terus dari Fb milik perempuan tu.Mungkin dia ada alasan sendiri kenapa tapi kalau kau sudah prejudis sama ini kaum kau akan terus salahkan dia,maksud aku bukan prejudis semua perempuan tapi kecenderungan mudah untuk membenci senang-senang saja datang untuk kaum ni kecuali yang ada kaitan darah dengan aku.

okay.cukup mengarut.

Dulu kalau tidak silap aku,kami ini satu kelas.Waktu tu aku masih bijak lagi bukan macam sekarang,belum pandai hisap rokok,belum kenal siapa kurt cobain,belum pandai pakai seluar levis.Biasalah budak lelaki yang belum kenal dunia sebenar.

Kalau tidak silap kami sekelas dari aku darjah 3,waktu itu aku sudah dihantar tinggal diasrama.Umur yang terlalu muda mungkin tapi bersyukur jugalah sebab banyak benda yang aku dapat belajar tentang dunia dan jenisan manusia.Sebab itu aku tidak takut untuk pergi mana-mana tempat cuma sekarang aku cuma mahu pergi tempat yang boleh buat aku hepi.

Dulu aku selalu kacau dia.Nasib dia tidak gila.Waktu tu keputusan periksaan selalu dapat atas 90 paling kurang pun 80.Bukan macam sekarang.Paling teruk dan pemalas.Perangai langsung tidak macam Albert einstein.

okay.
malas mo cerita pasal dulu-dulu.



*2009


Sekarang dia Bakal jadi cikgu.Bakal ajar subjek B.I dan B.Arab.Satu peluang tu bro.Okay.relax and steady mulai sekarang.Tangkap rama-rama ni susah sikit sekarang.
Ini bukan macam kumpul setem.Aku respek dia banyak sebab.Banyaklah.Dari aspek ni satu,dari aspek tu satu.


Banyak rahsia aku yang dia tahu.

'Kau masih cari A*i*ah?dulu kecik-kecik ko suka dia kan?'

hmm..
aku ingat tapi pura-pura cakap lupa.

Cikgu.
cikgu.
cikgu.
cikgu.


Aku rasa aku kenal banyak bakal cikgu dan semuanya perempuan.

Wednesday, November 18, 2009

The crush

I had a crush, I'm crushing on you
this must be heaven
Did she smile when we sweet spoke together?
And I remember I had this dream I was tripin’ with you
I'm your Lucifer and you were the goddess herself



Selepas aku puas layan lagu-lagu lama dari band OAG,tiba-tiba telepon berbunyi.
Cuma nombor yang keluar,tanpa nama.
Nombor yang langsung tidak familiar.
Aku malas sambut sebenarnya,tapi macam ada tenaga yang menyuruh menyambut itu panggilan.Aku sambut.

Bla Bla Bla.

Hampir sejam lebih bercakap.Aku tekan butang merah pada henpon nokia oldskol.
Duduk sekejap.Diam.Dan senyum sendiri.

*malam

Aku dengar lagu OAG 'the crush' sambil pandang langit,bulan dan bintang.Sepatutnya aku tidak sambut panggilan petang tadi.Perasaan yang perasan makin membuak-buak.

ini bukan jiwa-jiwa punya cerita.

kolesksis yang bakal direvoulusi..



Sila beli semua kaset yang dijual pada harga murah.
simpan ditempat selamat.
Sila beli radio yang boleh main kaset.


sebab benda ini bakal jadi barang antik yang berharga.
Aku tengah kumpul kotak rokok tanpa kaki,mulut dan baby.

Tuesday, November 17, 2009

coca cola dan rokok ERA seludup..




first sekali,aku mahu bagitahu siapa-siapa ada adik yang ambik SPM mulai 18hb ni yang dikategorikan bengap,sila tanya adakah samada diaorang konfiden jawab untuk exam ni,sebab aku baru terima sindiket jual paper ni infom kat aku jual Rm150 per paper.Dijamin lulus katanya.Habis aku kena tangkap kejap lagi.

*ketawa

Hari ini masuk 3 hari praktikal di sg.petani.Aku macam biasa tiada masalah dengan management klinik sini.Aku cuba mencuba sedaya mungkin untuk serap pengetahuan yang ada.Semangat yang baru tiba-tiba muncul.Sebab semester depan aku tidak mahu merumitkan waktu posting tempat lain.Sekurang-kurangnya Ilmu ada sikit didada,kaki dan kepala.

First rumah ok.Sebab bangunan sini semua masih baru lagi.Tandas dalam bangunan ini pun aku percaya ada lagi belum pernah terima najis-najis dari manusia.Memang selesa.Dingin berbeza dari rumah sewa tapi tahap keselesaan tidak berapa memuaskan.Mana sama dengan rumah sewa sendirikan.

Team.Semua okay kecuali seorang budak kaca mata yang selama ini dalam kelas nerd tunjuk lagak dengan kononya dia gangster.Tapi macam biasa aku tidak ambil port.Cuma rasa dalam hati 'Alah,badan besar cam ni kalau tikam guna garfu mati juga'.Cuma dalam hati yang rebel.Diluar?luar kemampuan tapi awas.

*ketawa*
lupakan.

Wimax line sini okay juga.Bolehlah lepak tengok internet.tidak bosan semacam tempat jah yang langsung tiada life.Syukur selama 3 semester tempat posting aku semua okay-okay belaka.M.A sampailah cleaner semua okay kecuali doktor semua tembirang,bergaya,minta kena ludah muka tapi harus hormat.Aku harap bro kecik jangan ikut perangai cam depa-depa ni.Semua ni nasib yang Tuhan bagi bukan sebab kemampuan sendiri.Ingat tu bro.Biar kita besar,biar kita kena senang,jangan bagi depa pijak kepala sajalah.Sebab kita patut ingat,jika kita tidak bernasib macam ni,kita juga sama macam orang-orang biasa,Syukur sebab Tuhan mengkehendak kita untuk berbakti pada manusia lain.Macam ustaz pulak dah.

Petang tadi tiba-tiba shahrol kol.Lama benar tidak dengar cerita budak ni.1st sekali benda yang aku tanya dia pasal berat badan.Sebab berat badan kami lebih kurang sama.Tiada beza.Lepas tu tanya pasal awek,masih juga sama.Aku baru rasa hidup sikit sebab masih ada member yang mengamal ke'rock'an yang pernah tebal dalam jiwa kami masa muda dulu,cuma ada beberapa member yang jadi mat bunga.Not you fault bro,that normal thing but mungkin belum sampai masa kami kan.Tapi masa ni kami bolehlah sindir-sindir kamu.Dia minta nombor telepon boyd,ajik dan member yang lain.Dia bagitau henpon dia kena curi.Dia tanya aku samada balik sabah hujung tahun ni atau tidak.Aku bagitau balik.Dia tidak balik sebab baru juga dari sabah raya baru-baru ni dia cakap.Lepas tu dia tanya samada aku jadi pergi konsert rock the world tahun ni.Aku bukan tidak mahu pergi,tahun lalu nyaris aku masuk dalam stadium merdeka untuk tengok konsert ni tap pasal jiwa muzik aku tidak mahu menyokong band-band yang hipokrit tiada attitude rockers sebenar,Itu aku,tidak tahu kamu smeua macamana kan.

Petang-petang sikit lagi giliran pajil pulak kol,Dia infom ada gig waktu aku cuti di sabah nanti.Dia mahu aku luang masa tengok gig sama dia nanti.Pajil sekarang layan TRASH.Aku pun layan juga trash ni tapi segan sikit lah sebab malu pulak kena tuduh poser.Tapi aku tetap support muzik yang ber'attitude' sebenar-benar rock.

Lepas tu,bro besar kol,bagitahu ada member jual nikon D60.Aku cuma dapat cakap yang aku gigit jari.Sebab duit aku belum dapat lagi.Member punya pasal.Yang pasti elaun keluar aku cuma dapat 350 bersih sebab selebihnya ganti duit bro besar.Cibai.

Sejuk macam ireland rumah ni.Selimut lupa bawa,tilam tidak cukup dan rokok kedapatan oleh pengajar.Tapi sentiasa kool untuk semua.

Salam rock untuk semua,
love to prejudice,hate to love!!

Thursday, November 12, 2009

karangan



Sunday, November 8, 2009

Selamat hari lahir big bro..


Sedang aku sibuk mahu angkat kain dijemuran,tiba-tiba telepon yang aku rampas dari adik kecik aku dulu berbunyi.Aku check,mana tahu sms ka apa kah..

tup tup..

rupanya peringatan hari lahir big bro aku.Tanggal 8 nov dia birthday.Sebetulnya aku bukan jenis pengingat dalam benda-benda macam ni,dan aku sendiri tidak pernah sambut hari tarikh lahir aku sendiri.Seingat aku lah.

Cuma dalam masa yang tidak kita jangka satu perkara yang bagi orang lain biasa,maksud aku orang macam aku yang tidak ambil kira benda yang bagi aku remeh temeh ni terdetik untuk mengucap hari lahir sama big bro.

Semakin lama umur kita menginjak umur yang makin bertambah angka,mungkin banyak perubahan mentalogi yang berlaku,samada kau sedar atau tidak.Dulu aku memang tidak akan meraih benda macam ni,cuma sekali dulu aku disuprise senior aku di sekolah menengah.Tapi itu pun aku tipu tarikh lahir aku,tidak terfikir pulak ada orang yang mengambil berat hal ini.

Ya itu dulu.tapi aku rasa banyak benda yang terubah pada diri sendiri.Lebih banyak dari segi pemikiran.Aku lebih suka mengkhayalkan dan memikirkan cara aku untuk mencapai impian sendiri.Tapi hal pasangan jiwa memang jauh sekali.Walaupun dalam masa yang sama ada orang menganggap aku teman lelakinya.

Aku tidak salahkan diorang,maksud diorang bukanlah sesorang tapi lebih dari satu.Buaya?.tidaklah.Mungkin sikap terbukaan aku disalah fahamkan.Dan aku tidak mahu menyakitkan hati orang lain,jadi aku mengiyakan dan membiarkan mereka main peranan.Aku cuma seperti lalang,jika ditiup angin cuma mengikut kemana arah.Biar mereka faham sendiri,tidak kisahlah aku dianggap siapa kan?

*ketawa

Aku cuma menunggu 2 orang.Yang aku sudah janji pada diri sendiri.Mahu atau tidak itu terpulang pada diorang sebab aku sudah merisikokan diri sedemikian lama hari.Bukan sepurnama,malahan berpuluhan musim.Jiwang?ini bukan jiwang,cuma dengan cara ini,kau akan terinspirasi untuk hidup lebih baik dan bererti.Malah jika kau seorang yang cinta pada seni,kau boleh gubah banyak lagu bukan saja pasal dia tapi pasal hidup.

Oklah,lari dari topik asal..

Aku call big bro.
Dia ucap terima kaseh sebab ini.Dia bagitau dia ada di KK.Tengah lepak-lepak sadong.Baru hendak tengok filem,lepas tu tengok manchester united lawan chelsea.Semestinya aku pilih Chelsea.Walaupun bukan kaki bola,tapi bila kau ada inspirasi luar,dan dia meminati benda ni,mungkin kau akan cuba menyukai untuk merasa feelnya.Dalam pada masa yang sama,ia boleh jadi bahan cerita bila mula berkata-kata.

Walaupun sekarang waktu exam,aku masih relaks..
Sebab aku sudah sedia..
sedia mahu pulang sabah.
bro-bro sekalian..jangan jeles..

Oh ya..
Mungkin ibunda sangat rindu pada kamu semua.Sebab dia selalu tanya,adakah Ed chat?abut?endo?

jangan risau,aku takeover dorang sekarang.hihi..

bro ed..jaga adik-adik sana..Ibunda kirim kata saja.ok

Wednesday, November 4, 2009

Superstar wars

Hari ni aku rasa hari yang paling nda true dalam hari-hari aku biasa.

*ketawa

Macam tulis diari pula.

sekarang waktu final tempat aku belajar.Ke'strugle'an dalam menganalisis semua nota aku pandang sebelah mata,sebab semester ini sudah diberitakan -ve marking yang mengkiller banyak student sudah dititik hapus,Rahmat bagi student-student jenis memandang sebelah mata macam aku,tapi ini tidak bermakna aku tidak buat sebarang strategi ingin lulus.

Tapi bila ke'strugle'an tu cuma tahap yang rendah,banyak macam yang terjadi,series.
Mula-mula 2 kertas aku tidak dapat siap dengan jaya.Aku sakit hati.

Paper seterusnya aku happy sikit.Ternyata strategi yang diguna waktu itu menjadi.

Hari ini OSCE.
Peperiksaan Amali.Aku macam biasa orang pertama.Sebab kalau ikut Alphabet huruf nama aku dipetak terbaik,didepan tapi tiada orang ingin merebut tempat ini,semua suka nama yang boleh lepak ditengah,maksud aku bukan orang pertama dan juga bukan bukan orang terakhir.

Pertama aku masuk buat prosedur Chocking.Aku dengan konfiden masa tu kononnya ilmu penuh didada,buat prosedur yang aku hafal semalam.Dalam hati tidak sia-sia study sampai jam 3 pagi.

Buat punya buat,aku kena sound Tuan pengarah daru belakang.Aku tengok belakang semua model-model OSCE yang merangkap senior aku ketawa suka.Macam tengok badut sarkas.Aku tengok pemeriksa,En.tuah.Dia Sound aku.Dalam hati tidak senang.Blur terus.

Orang pertama kena sound hari ini.Model gelak-gelak.Macam mo tampar muka satu-satu.Aku orang jugalah.Rasa gementar bila ramai orang tengok.Memang lepas tu blur terus.Tidak tahu mo buat apa.Pengarah,penyelaras dan semua orang tengok aku.Aku rasa maca jadi pelawak hari ni.

masuk stesyen seterusnya,prosedur trisep tendon reflex.Dalam kepala langsung tidak dapat scan apalah jadah binatang ni.Yang pasti model waktu tu aku mo pukul kepala dia satu hari nanti.Perangai perasaan bagus.Tunggulah kau nanti.Dengan perasaan tidak puas hati.

Stesyen lepas tu,plantar reflex kalau tidak silap.Model tolong,tapi aku lagilah langsung tidak tahu mo buat macam mana,Masuk bagi salam.Pegang-pegang body model,lepas tu berdiri macam tiang.Dalam kepala berfikir apalah bentuk prosedur tu sebenarnya.Memang blur gila.

stesyen yang seterusnya ada ok sikit.Boleh buat.Walaupun bukan yang terbaik punya.Tapi memang teruk gila.Langsung tidak mencerminkan yang aku ada study walaupun malam tadi bersungguh-sungguh hafal apa benda semua,last-last jadi macam ni.Satu prosedur saja yang masuk dari beribu-ribu yang distudy.Macam gampang betul.

Orang yang last-last kira okay la.kami tolong Bagi bocor juga semua.Bolehlah lulus.Kami tikus putih jadi macam sial.Kalau gagal aku terima ja lah.Jangan repeat sudahlah.

Purata markah aku tiada pun sampai 6 aku rasa.