Sunday, November 8, 2009

Selamat hari lahir big bro..


Sedang aku sibuk mahu angkat kain dijemuran,tiba-tiba telepon yang aku rampas dari adik kecik aku dulu berbunyi.Aku check,mana tahu sms ka apa kah..

tup tup..

rupanya peringatan hari lahir big bro aku.Tanggal 8 nov dia birthday.Sebetulnya aku bukan jenis pengingat dalam benda-benda macam ni,dan aku sendiri tidak pernah sambut hari tarikh lahir aku sendiri.Seingat aku lah.

Cuma dalam masa yang tidak kita jangka satu perkara yang bagi orang lain biasa,maksud aku orang macam aku yang tidak ambil kira benda yang bagi aku remeh temeh ni terdetik untuk mengucap hari lahir sama big bro.

Semakin lama umur kita menginjak umur yang makin bertambah angka,mungkin banyak perubahan mentalogi yang berlaku,samada kau sedar atau tidak.Dulu aku memang tidak akan meraih benda macam ni,cuma sekali dulu aku disuprise senior aku di sekolah menengah.Tapi itu pun aku tipu tarikh lahir aku,tidak terfikir pulak ada orang yang mengambil berat hal ini.

Ya itu dulu.tapi aku rasa banyak benda yang terubah pada diri sendiri.Lebih banyak dari segi pemikiran.Aku lebih suka mengkhayalkan dan memikirkan cara aku untuk mencapai impian sendiri.Tapi hal pasangan jiwa memang jauh sekali.Walaupun dalam masa yang sama ada orang menganggap aku teman lelakinya.

Aku tidak salahkan diorang,maksud diorang bukanlah sesorang tapi lebih dari satu.Buaya?.tidaklah.Mungkin sikap terbukaan aku disalah fahamkan.Dan aku tidak mahu menyakitkan hati orang lain,jadi aku mengiyakan dan membiarkan mereka main peranan.Aku cuma seperti lalang,jika ditiup angin cuma mengikut kemana arah.Biar mereka faham sendiri,tidak kisahlah aku dianggap siapa kan?

*ketawa

Aku cuma menunggu 2 orang.Yang aku sudah janji pada diri sendiri.Mahu atau tidak itu terpulang pada diorang sebab aku sudah merisikokan diri sedemikian lama hari.Bukan sepurnama,malahan berpuluhan musim.Jiwang?ini bukan jiwang,cuma dengan cara ini,kau akan terinspirasi untuk hidup lebih baik dan bererti.Malah jika kau seorang yang cinta pada seni,kau boleh gubah banyak lagu bukan saja pasal dia tapi pasal hidup.

Oklah,lari dari topik asal..

Aku call big bro.
Dia ucap terima kaseh sebab ini.Dia bagitau dia ada di KK.Tengah lepak-lepak sadong.Baru hendak tengok filem,lepas tu tengok manchester united lawan chelsea.Semestinya aku pilih Chelsea.Walaupun bukan kaki bola,tapi bila kau ada inspirasi luar,dan dia meminati benda ni,mungkin kau akan cuba menyukai untuk merasa feelnya.Dalam pada masa yang sama,ia boleh jadi bahan cerita bila mula berkata-kata.

Walaupun sekarang waktu exam,aku masih relaks..
Sebab aku sudah sedia..
sedia mahu pulang sabah.
bro-bro sekalian..jangan jeles..

Oh ya..
Mungkin ibunda sangat rindu pada kamu semua.Sebab dia selalu tanya,adakah Ed chat?abut?endo?

jangan risau,aku takeover dorang sekarang.hihi..

bro ed..jaga adik-adik sana..Ibunda kirim kata saja.ok

0 comments: