Tuesday, November 17, 2009

coca cola dan rokok ERA seludup..




first sekali,aku mahu bagitahu siapa-siapa ada adik yang ambik SPM mulai 18hb ni yang dikategorikan bengap,sila tanya adakah samada diaorang konfiden jawab untuk exam ni,sebab aku baru terima sindiket jual paper ni infom kat aku jual Rm150 per paper.Dijamin lulus katanya.Habis aku kena tangkap kejap lagi.

*ketawa

Hari ini masuk 3 hari praktikal di sg.petani.Aku macam biasa tiada masalah dengan management klinik sini.Aku cuba mencuba sedaya mungkin untuk serap pengetahuan yang ada.Semangat yang baru tiba-tiba muncul.Sebab semester depan aku tidak mahu merumitkan waktu posting tempat lain.Sekurang-kurangnya Ilmu ada sikit didada,kaki dan kepala.

First rumah ok.Sebab bangunan sini semua masih baru lagi.Tandas dalam bangunan ini pun aku percaya ada lagi belum pernah terima najis-najis dari manusia.Memang selesa.Dingin berbeza dari rumah sewa tapi tahap keselesaan tidak berapa memuaskan.Mana sama dengan rumah sewa sendirikan.

Team.Semua okay kecuali seorang budak kaca mata yang selama ini dalam kelas nerd tunjuk lagak dengan kononya dia gangster.Tapi macam biasa aku tidak ambil port.Cuma rasa dalam hati 'Alah,badan besar cam ni kalau tikam guna garfu mati juga'.Cuma dalam hati yang rebel.Diluar?luar kemampuan tapi awas.

*ketawa*
lupakan.

Wimax line sini okay juga.Bolehlah lepak tengok internet.tidak bosan semacam tempat jah yang langsung tiada life.Syukur selama 3 semester tempat posting aku semua okay-okay belaka.M.A sampailah cleaner semua okay kecuali doktor semua tembirang,bergaya,minta kena ludah muka tapi harus hormat.Aku harap bro kecik jangan ikut perangai cam depa-depa ni.Semua ni nasib yang Tuhan bagi bukan sebab kemampuan sendiri.Ingat tu bro.Biar kita besar,biar kita kena senang,jangan bagi depa pijak kepala sajalah.Sebab kita patut ingat,jika kita tidak bernasib macam ni,kita juga sama macam orang-orang biasa,Syukur sebab Tuhan mengkehendak kita untuk berbakti pada manusia lain.Macam ustaz pulak dah.

Petang tadi tiba-tiba shahrol kol.Lama benar tidak dengar cerita budak ni.1st sekali benda yang aku tanya dia pasal berat badan.Sebab berat badan kami lebih kurang sama.Tiada beza.Lepas tu tanya pasal awek,masih juga sama.Aku baru rasa hidup sikit sebab masih ada member yang mengamal ke'rock'an yang pernah tebal dalam jiwa kami masa muda dulu,cuma ada beberapa member yang jadi mat bunga.Not you fault bro,that normal thing but mungkin belum sampai masa kami kan.Tapi masa ni kami bolehlah sindir-sindir kamu.Dia minta nombor telepon boyd,ajik dan member yang lain.Dia bagitau henpon dia kena curi.Dia tanya aku samada balik sabah hujung tahun ni atau tidak.Aku bagitau balik.Dia tidak balik sebab baru juga dari sabah raya baru-baru ni dia cakap.Lepas tu dia tanya samada aku jadi pergi konsert rock the world tahun ni.Aku bukan tidak mahu pergi,tahun lalu nyaris aku masuk dalam stadium merdeka untuk tengok konsert ni tap pasal jiwa muzik aku tidak mahu menyokong band-band yang hipokrit tiada attitude rockers sebenar,Itu aku,tidak tahu kamu smeua macamana kan.

Petang-petang sikit lagi giliran pajil pulak kol,Dia infom ada gig waktu aku cuti di sabah nanti.Dia mahu aku luang masa tengok gig sama dia nanti.Pajil sekarang layan TRASH.Aku pun layan juga trash ni tapi segan sikit lah sebab malu pulak kena tuduh poser.Tapi aku tetap support muzik yang ber'attitude' sebenar-benar rock.

Lepas tu,bro besar kol,bagitahu ada member jual nikon D60.Aku cuma dapat cakap yang aku gigit jari.Sebab duit aku belum dapat lagi.Member punya pasal.Yang pasti elaun keluar aku cuma dapat 350 bersih sebab selebihnya ganti duit bro besar.Cibai.

Sejuk macam ireland rumah ni.Selimut lupa bawa,tilam tidak cukup dan rokok kedapatan oleh pengajar.Tapi sentiasa kool untuk semua.

Salam rock untuk semua,
love to prejudice,hate to love!!

0 comments: