Saturday, August 21, 2010

Sokongan Moral



Satu hari pada waktu cuti di bulan ramadan.
seorang rockers macam gua tetap berpuasa untuk menyeimbangkan antara dunia dengan akhirat seperti yang disuruh syariat.

Gua ada chat dengan adik bongsu gua.
Adik gua bakal ambil SPM,jadi sebagai abang gua mesti bagi sesuatu kata-kata atau hadiah supaya dia bersungguh-sungguh dalam belajar.

Gua:Belajar sungguh-sungguh,nanti kalau lulus saya bagi hadiah.

Adik:ya la bah.

Gua:hadiah apa ko mau?kereta?handphone?

Adik: *(ketawa)..

Gua:Jadi mo apa?


kali ini adik gua lambat sikit balas.Tengah fikir mungkin hadiah yang paling best.

Adik:saya mahu ko kawin.

Gua:HUH?


*pening.

gua Masih muda.Gua harap jangan ada awek yang mengorat gua buat masa sekarang.


*ketawa

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan

Rasa macam masa tahun 2010 ni sungguh laju.
rasa perlu untuk buai tanpa henti.
Tup tap tu tap sudah sampai ramadan.
Bulan mulia yang perlu dirasa nikmatnya.

Gua mula rasa mahu sahur sama-sama famili.
Rindu.sudah tiga tahun tiada rasa ramadan sama dorang.
Tapi gua ada misi lagi yang penting untuk masa depan gua.
biar hati tengah kosong,tengah ribut dan tiada sesiapa tahu.
semua ini bikin gua rasa kalut semacam.

dengan rasa tidak puas hati sama kaum kaum lawan.
Dengan assigment yang makin lama makin bertimbun.
Dengan hala tuju jalan masih belum ada haluan betul.
Semoga ramadan ni ada hikmah buat gua.

teringat zaman kecil.
puasa cukup gembira.
puasa cukup nikmat.
puasa penuh ceria.
puasa penuh cerita.

bila besar macam ni.
puasa cuma seorang-seorang.
makan minum sahur sungkai semua sendiri.


Ya Allah ya Tuhan sekalian makhluk.
semoga ramadan ini penuh dengan berkat.


Selamat menyambut bulan ramadan.

Sunday, August 8, 2010

tiada satu atau dua,semua kosong

Bangun pagi.
siap sedia untuk hadap matahari.
kalau terus begini tiada lagi curahan cahaya panas terik matahari.

gua mahu seorang.
untuk isi tempat yang ada tiada penjawat.
Siapa mahu isi borang.
tapi memang kelayakan sangat tinggi.
sebab hanya satu sampai bila-bila.
kalau mahu kerja hanya untuk satu dua tiga masa,sila jawat tempat lain.


Tapi.
Tiada satu tiada dua apa lagi tiga.
semua kosong.
sebab janji makan hati.

puja sampai kecewa punya pasal.

gowol gowol dua.

Wednesday, August 4, 2010

Tinggal berapa bulan berapa minggu..

Jalan dan jalan terus masa.
Gua sudah sedia ikut arus masa.
supaya gua lepas dari penat jadi plastik.
Gua rasa gua bukan gua lagi.
gua sudah jadi lelaki lain walau dalam cermin sekalipun.

cepatlah datang julai 2011.
Gua rasa bukan gua seorang saja yang mahu cepat.