Tuesday, August 10, 2010

Ramadan

Rasa macam masa tahun 2010 ni sungguh laju.
rasa perlu untuk buai tanpa henti.
Tup tap tu tap sudah sampai ramadan.
Bulan mulia yang perlu dirasa nikmatnya.

Gua mula rasa mahu sahur sama-sama famili.
Rindu.sudah tiga tahun tiada rasa ramadan sama dorang.
Tapi gua ada misi lagi yang penting untuk masa depan gua.
biar hati tengah kosong,tengah ribut dan tiada sesiapa tahu.
semua ini bikin gua rasa kalut semacam.

dengan rasa tidak puas hati sama kaum kaum lawan.
Dengan assigment yang makin lama makin bertimbun.
Dengan hala tuju jalan masih belum ada haluan betul.
Semoga ramadan ni ada hikmah buat gua.

teringat zaman kecil.
puasa cukup gembira.
puasa cukup nikmat.
puasa penuh ceria.
puasa penuh cerita.

bila besar macam ni.
puasa cuma seorang-seorang.
makan minum sahur sungkai semua sendiri.


Ya Allah ya Tuhan sekalian makhluk.
semoga ramadan ini penuh dengan berkat.


Selamat menyambut bulan ramadan.

0 comments: