Tuesday, December 29, 2009

miyaka

the word you read is nothing
this is fake

Friday, December 11, 2009

visi

Musim cuti.
Aku bangun awal setiap hari,mungkin kalau tidak silap dalam jam 5 pagi.
Sebab aku rindu waktu pagi di kampung.Tapi cuti kali ini lain sikit.
sebab member datang lepak rumah.Member dari tanah seberang.Slang lari dari sabahan.
Jadi aku jadi pen'translate'.terus terang aku bukan jenis yang suka melayan orang-orang ni.Jaga kebajikan makan minum orang.Aku lebih suka dorang buat apa yang dorang rasa patut.Malas rasanya temankan turun tingkat bawah sekadar mahu temankan ke tandas.Apa,ingat masih budak lagi kah?

Sebab itu aku lebih suka berkawan dengan orang yang lebih tua dari aku.Tapi,sekarang semua kawan sudah ada tanggung jawab sendiri.Aku masih baru mula melangkah beza dengan kawan lama yang aku rasa sungguh masuk untuk berkawan berbanding 'kawan' yang diumur bawah aku.Bukan bermaksud aku ni rasict pada mereka yang bawah aku tapi gurauan untuk budak-budak macam ni lebih sukar berbanding dengan kawan yang lebih tua dari aku.

banyak beza.Series.
kadang-kadang budak jenis macam ni banyak perangai yang aku rasa tidak berapa suka.Tidak masuk.mungkin Sebab aku bersikap kebudak-budakan tapi bukan bermaksud itulah cara aku berfikir,lain.Kadang-kadang bila aku bergurau benda yang sama dengan mereka yang budak-budak bagi aku,selalunya jadi sesuatu yang sukar,memang sangat sukar.Jadi sesuatu yang sangat komplikated contohnya terasa hati.Tapi aku malas minta maaf.Sebab etika diri sendiri itu mungkin bagi aku lebih penting.

Aku kalau tidak satu benda itu,aku akan diam dan mula kaji barulah bercakap,tapi aku ada kenal seorang manusia yang sangatlah berlagak bagi aku.Bercakap sesuatu benda yang dia hanya tahu sedikit dan bercakap seolah-olah dia mengetahui semua.Cakap banyak dan isi yang kosong.Budak kecil.Bukan bermaksud aku tahu semuanya,tapi cara dia berlagak yang berisiko.Penegak benang basah.

hmmm...
bila bercakap macam ni,barulah aku sedar betapa konfliknya hidup aku sekarang.Banyaknya konflik.Dari luar dan dari dalam.Aku cuma berfikir,adakah aku sudah berubah?satu benda yang aku tidak mahu berlaku contohnya dari cara pergaulan dengan orang-orang yang telah lama aku kenal.Ya,memang nasib aku dalam hidup ini boleh dikira baik,tapi bukan bermakna ada satu perubahan telah berlaku pada aku.Mungkin ada tapi aku rasa aku ada 'reason' sendiri kenapa itu berlaku.Dalam bab ni sikap berpura-pura aku susah untuk muncul,susah untuk senyum secara plastik,susah untuk bergaul kerna tiada 'point' untuk duduk lama semeja di kedai kopi atau bercerita pasal dulu-dulu.Aku sendiri tidak tahu kenapa cuma mungkin disebabkan aku terlalu pada dunia sendiri,tapi tidak bermakna aku sombong.

Aku terlalu banyak memndam banyak perkara,aku jadi pelupa.Aku sedar juga perasaan orang terhadap sikap sebegini gila.Tapi ini bukan bermakna aku berubah sepenuhnya cuma aku seperti mulai jadi mendiam dari perkara dulu-dulu.Cuma tinggal sekerat perkara lagi aku mahu terus aku ingati.

Ingat lagi kata-kata seorang kawan baru-baru ini.

"jangan sombonglah"

sombong?
sesuatu benda yang tidak pernah terlintas dalam kepala aku.Menyombong untuk apa?kerna aku punya kerjaya yang baik?maksud aku masa depan yang ada cahaya sedikit.Sebab menyombong untuk paras memang langsung tidak masuk akal.

Aku cuba untuk tidak dikatakan semacam itu.Perlukah aku bersikap seplastik yang mungkin?

Aku sedang rancang untuk hijrah ke luar tempat yang berbeza budaya dan lebih ada life berbanding dengan tempat sekarang walaupun aku percaya lebih baik ditempat sendiri tapi aku mahu sesuatu yang sangat baru untuk aku.


United kingdom
jepun

**********************************************************************************


selamat kahwin pada yung.Lu kawan yang paling siok gua pernah kenal!!!