Tuesday, March 30, 2010

folie a deux


satu tengahari yang panas sedang-sedang gua dapat text dari bro besar.

'insyallah bulan 6 ni kalau ada rezeki saya kahwin'

Gua duduk senyum seorang.Terbayang tiba-tiba kelibat anak-anak kecil yang bakal panggil gua uncle.

Uncle?
Gua bakal jadi uncle lah ni.Gua cuma doakan yang terbaik buat kami semua,pencorak generasi anak-anak yussof.

Bro besar bagitahu temuduga dia sudah berjaya,Alhamdulilah gua tanda syukur.Terus benda pertama gua fikir pasal penat lelah abahanda sama ibunda yang berjuang mati-matian untuk kami semua.

Dulu kalau gua pilih jalan jadi pemuzik mungkin gua sudah terbelakang dari semua bro-bro gua.Tapi kadangkala hidup kita ini mesti ada pengorbanankan.Bukan kadangkala lagi selalunya.Hanya mahu hati yang deras sahaja memintas semua.

Lepas tu gua ada bagi sedikit perkataan yang mungkin berbentuk nasihat dan idea kepada bro besar.

'Jangan siok dulu,kasi siok dulu abah sama ibu'

Itulah sebaiknya.Gua tidak mahu jadi macam orang lain.Bila dapat sesuatu,paling jadi keutamaan mereka diri sendiri,mereka terus lupa pada mereka yang banyak membantu dalam kejayaan mereka.Ibubapa itu Tuhan bagi kita sebagai anak-anak.

Gua terus teringat nenek gua atau lebih mesra kami sekeluarga panggil 'aru'.Ibunda bagitahu aru dalam keadaan tenat,makan guna 'ryle's tube'.Gua dalam bidak mekanik badan ni sudah tahu tahap ketenatan aru.Aru pun sudah berumur 80 keatas,bayangkan ibunda sekarang sudah menginjak umur 50an,sudah mula sakit-sakit apatah lagi aru.

Gua tahu perasaan ibunda sekarang,tiada senang.Kasih ibunda dan adik beradik ibunda sama aru sangat mendalam.Lu orang tidak boleh bagi kalah rasa sayang dorang,series gua cakap.keluarga ibunda naik pasal aru.Dia banyak memberi inspirasi dalam hidup sehari-hari ibunda dari cara mengasuh dan nasihat.

Gua tersangat bersyukur akan adanya aru dalam hidup ibunda dan kami semua.

Gua bagitahu ibunda untuk terima apa sahaja keadaan yang akan terjadi.

sedar tidak sedar dalam hidup sehari-hari gua ada saja benda yang terjadi dalam bentuk baik dan buruk.Ini pula dinamakan roda hidup.Kadangkala dibawah,dan kadangkala diatas.


Hidup lu semua didunia paling atas mesti lu letak keluarga,barulah benda-benda lain,tapi gua beza sikit sebab gua sudah pilih muzik diatas sama dengan keluarga.Dua benda yang sama penting walaupun gua tahu satu hari nanti gua akan pilih salah satu,dan semestinya gua pilih keluarga.

Tidak semestinya kau buangkan?
Jadi apa kata kalau gua terus rock lagi..

Monday, March 29, 2010

Terima kasih pada kamu yang malu untuk aku,sebab aku nda tahu macamana untuk malu

Sesi soal jawab dengan Local presptor hari tu aku guna bahasa kampung bahasa gurau.

"bladder irrigation itu indikasinya apa?"

aku besereloroh.

"untuk appendisitis"

aku jawab dengan niat gurau sebab tiada siapa yang menjawab.Niat berseloroh.


pup pap pup pap jadi isu.Budak MA jawab salah,jadi isu satu wad,jadi bahan lucu perut staff-staff wad.Macam biasa benda macam ini biasa bagi aku kecuali abang macho dan budak mata palsu.

Mereka malu untuk jawapan aku.Tapi aku tidak malu.Tapi kasihan mereka sebab jawapan aku mereka yang kena tempiasnya.

Terima kasih sebab malu untuk aku.

**
ketawa.




yang bengongnya doktor yang berlagak bijak pandai dan ada sindrom MBBS (manusia bangang bodoh sombong) join sekali sambil buat muka.

Doktor?
aku rasa dia hanya layak jadi pesakit bukan jadi doktor.

dalam perubatan malaysia,ubat-ubatan diabetis melitus dan hipertensi adalah ubat yang paling simple.Kategori paracetamol.

"doktor,patient ni blood pressure dia tinggi,bagi prazosin ya"

kata budak nurse.Pup pap pup pap dia keluarkan kebodohan dia dengan bodoh sombong.Dia cakap ubat ni bukan untuk hipertensi,dia cakap pasal 'tropikal' apalah segala.Konon dia lebih tahu dari manusia lain.

"awak jangan nak kurang ajar dengan saya ya"

jawab dia dengan budak nurse tu.Lepas tu budak itu menjawab untuk tuntut bela dirinya.Aku dari jauh tengok doktor tu dengan buat muka.Doktor itu tengok aku lepas tu tunduk bawah.kalau aku sudah lama aku bawa dia bertumbuk masa tu.Tapi otot badan masih belum keluar,mesti perlu masa untuk bina semula.

**
ketawa.


Apalah ada dengan tittle anda didunia ini?kalau aku tikam perut anda semua,darah yang keluar tetap merah kan?



Aku sedang proses untuk belajar,jadi malu itu untuk apa?

Aku cuma malu bila seseorang tatap mata aku lama-lama.Itu baru true punya malu.Ego itu perlu juga tapi bukan pada bidang ini,sebab bapa,emak,isteri,suami,anak,datuk,nenek,girlfren,boyfren,musuh anda punya nyawa adalah keutamaan kami.

Sedia berkhidmat untuk manusia sejagat.


P/S:Hari itu aku eskep dan kononya lepak dalam bilik linen dalam wad.Aku kunci diri dalam bilik linen.Rupa-rupanya bilik linen tiada tombol dari dalam.Bayangkan keadaan aku dalam bilik linen yang gelap?last-last budak hijau datang buka,aku buat-buat tengah cari blanket.Dia tengok sambil ketawa kelucuan.Aku?


Aku suka orang ketawa.Selepas dari hari tu,aku eskep balik rumah.

Friday, March 26, 2010

Apa kata..

Apa kata gua berhenti kerja jadi orang biasa?

apa kata gua jual satu brodband gua?

apa kata gua kahwin muda?

apa kata gua jadi rockers sampai tu?

apa kata gua mula duduk satu meja sama rockers otai?

apa kata gua tumbuk pengarah gua?

apa kata gua tumbuk mulut sister wad gua?

apa kata gua bakar rumah pengetua?

apa kata gua tampar muka kau?

apa kata gua cuti cukup setiap hari?

apa kata gua simpan rambut panjang-panjang?


semua orang kata..........jangan.

Sunday, March 21, 2010

Anjing

Gua bukan mahu kata apa sebenarnya.
Gua lagi sakit hati sama satu budak.
Gua bukan apa cuma rasa diambik kesempatan.
Gua jelaskan sini,ini bukan sebab tamak atau apa sahaja jenis penyakit hati tapi cuma rasa diambik kesempatan.

Bayangkan lu berhabis-habis bayar duit untuk bayar sewa rumah,api dan air tapi orang lain senang-senang buat seperti tempat dia yang punya.maaf.

Sini gua spesifikkan anjing ni kepada seseorang.Bukan dua orang tapi seseorang.Anjing yang kalau ada makanan dia ada disana.Gua samakan dia dalam bahasa kasar.Suka ambik kesempatan.Anjing ni langsung tiada kaitan persahabatan yang kukuh ataupun semangat setiakawan pada kami orang semua dan langsung tidak pernah pun membantu.

Kalau kawan-kawan yang lain gua tidak kisah tapi dia ni gua sangat kisah.

Situasi 1.

Masa malam.Lu sangat penat mahu tidur tiba-tiba ada dia lepak rumah.Masih ok lagi.Dengan selamba dia buka komputer dan main game sampai ke pagi.Satu hari masih ok lagi.

Malam kedua dan seterusnya dia datang dan jadikan rumah ni tempat dia berhiburan dengan percuma.Bukan pasal duit tapi agak-agaklah.Lu orang ada akal,kami orang duduk luar sebab kami suka hidup yang aman.

Budak letak komputer ini dirumah sebab 'fed up' dengan habit kurang ajar kamu.

Bayangkan.
member gua guna broadband.Tapi pengguna komputer dan internet utama ialah kamu.Setiap bulan yang pening-pening bayar orang lain.

"anjing ko ada perasaan kah?

Bila benda lu kena guna lu buat muka,Gua bukan tamak tapi gua rasa semenjak gua kenal lu memang tiada benda pun yang lu bantu gua.

Menyusahkan gua adalah.Makin menyusahkan.


cakap lu besar,cakap macam kepala orang boleh pecah.

Saturday, March 20, 2010

haru biru

perut gua bunyi.
gua tengok jam.
jam9.45 malam.

gua pusing 'throttle' motor laju sikit sampai sebuah kedai.
rasa penat dari kerja masa lagi terasa yang tersangat-sangat walaupun tadi gua berehat hampir 2 jam.
penat berdiri sambil mengelamun.Baju uniform masih dibadan lagi.

Gua punya tujuan ni memang satu saja.Benda tu.

dengan baju uniform gua masuk dalam kedai tu,sambil tengok-tengok benda itu.
Ramai pula orang masa ini.Malu pulak kalau beli benda tu bila pakai baju unifom ni.Nanti pa orang cakap?

gua mundar mandir depan dan belakang sambil menunggu akan perginya manusia-manusia dalam kedai.

******
hampir 30minit orang masih ramai.


gua pulang dengan hampa sambil menyalahkan dompet yang tertinggal dirumah sewa.



Gua sampai sambil pandang syiling atas teringat benda tu.Perut keroncong lagu bukan-bukan.



megi oh megi.Gua malu ambik lu time beruniform.Kementerian marah.


*
hish

Friday, March 19, 2010

selamat pergi almarhum sayed tantawi

lu kenal dengan dia?
dia telah pergi 10 mac lalu.Orang kuat universiti al-azhar,seorang ulama yang sederhana.

Dalam hidup beliau juga banyak konterversi terjadi.



konterversi artis?
puih!!!
buang jauh-jauh..

'Google'la kalau mo tau banyak,tapi kalau lu jenis suka pasal cerita siti nurhaliza dengan datuk k makan nasi campur tiga lauk lupakan atau pasal akademi fantasia sini bukan lorong yang betul.


sebelum gua kagum melodiclyric ciptaan thom yorke,gua lebih kagum beliau dulu.


*ketawa




sungguh..

Tuesday, March 16, 2010

Gua isytihar jalan cerita bunga-bunga

Hari tu aku balik dengan hati penuh bunga-bunga.nama nini aku sisip kemas ke dalam poket baju aku yang berbutang. Takut cicir.muzik waktu itu aku sudah set playlist yang boleh terbang,tiada lagi suara malas julian.

Sampai rumah. Mandi. Makan?Tak payah.Dah kenyang masa tengok muka nini tadi. Budak umah aku tengok aku macam nak lempang muka aku. Aku dah angau. Semangat nak pergi kerja meningkat secara mendadak. Dah pikir mo kerja dekat nini.

Malam itu dengan penuh senyuman aku searching nama dia dalam fesbuk.
aku add.Dia approve.Aku hantar komen.

"Hai nini,suka mata u"

komen ni memang tak boleh blah. Salam pun tak bagi.

ada tanda merah di atas kanan page fesbuk aku.

"Hmm.Saper ni?"

Lupa pulak aku nak bagitau aku sapa. Dia bukan tauaku sepa walaupun keja sama tempat. Ni amalan yang kurang bagus Jangan amalkan. Mengambil barang orang tanpa pengetahuan seumpama mencuri. Berdosa.Walaupun bukan mencuri.

"Saya budak satu keja dengan u. "

"Ooo..****..Oh ya.ada apa2?" Dia mereply.

Ada respon tu. Usha sikit jari beb. Ada can.

"teda,semua ok,i sihat,u?."
Alasan biasa la. Ayat nak pancing memang cenggini. Dia reply lagi.

"Ok.No problem.:) So,ada apa2 lg yg sy leh tlg?"
Tanpa ayat yang berbunga-bunga aku secara direct selling dengan dia:

"Saya nak berkenalan dengan awak la nini"

Hah!Itu ayat yang paling bodoh aku pernah taip dalam sejarah hidup aku. Macam budak sekolah. Sebagai nasihat jangan pakai ayat ni secara meluas,terbuka dan membabi buta. Kesannya amat jelas dipenghujung nanti. Dia membalas komen.

"Ooo.Ok ok.Kenapa awak nak berkenalan dengan saya?"

Soalan ni lagi susah aku nak jawab berbanding soalan matematik masa SPM 2005 dulu. Berpeluh jugak aku pikir nak jawab.

"Sebab mata awak comel." Ringkas jawapan aku seperti mana jawapan aku dalam paper matematik dulu.

"Hmm.Habis tu kalau semua awek comel,awak nak berkenalan ke?

Jawapan balas bercampur soalan bonus untuk aku jawab. Habis terus peluh aku dalam badan. Kering dan membasahi permukaan kulit secara meluas. Aku dapat merasai kegagalan seperti mana aku rasa masa menjawab paper matematik dulu. Baru 2-3 soalan aku dah rasa macam nak gagal. Belum masuk bab formula-formula lagi tu. Belum sempat aku membalas,dia potong dengan satu komen:

"Ok.Saya sibuk skit skrg.If ada apa2 problem awak bole inform saya ye"

"Ok.No hal. Next time saya msg awak." aku membalas dengan harapan lepas ni boleh SMS gudnite or sweet dream kat dia tiap-tiap malam. Sweet kan?Harapan tinggi betul. Baru jak mo try wish gudnite dengan takecare.




Harapan?

***
aku tengok punya banyak dia punya komen tempat lelaki kacak.


Hancur...


Lelaki tidak kacak sering jadi mangsa bunga-bunga.Itu pasal kalau kau semua sedar napa banyak penyanyi tidak kacak nyanyi lagu macam bunga berdengung-dengung.

Aku?

Ini baru cerita jiwa-jiwa sepenuh hati aku kedua.



plastik plastik plastik..

Monday, March 15, 2010

karen

siapa dia?

gadis?
bukan.

maybe 'ya'.




*diam

Monday, March 8, 2010

eksen

satu pagi,hari semakin panas walaupun jam baru menunjukkan angka 10,ayam-ayam baru keluar cari makan terpaksa berteduh dibawah pokok sakura yang ditanam sendiri oleh tuan mereka.Mata gua asyik pandang seekor ayam sedang bermain-main dengan pasir halus dibawah pokok bunga raya.Mungkin ini cara terbaik untuk menyejukkan badankan.

Gua masuk dalam rumah,hanya berbekal boxer dan angin kipas yang membawa haba masuk.Fungsi kipas masa ini memang tidak excellent.Gua masuk bilik,buka internet.Buka fesbuk.

**********************************************


gambar langsung tidak menunjukkan dia dimana.

tapi dia dengan bangga menjawab komen.

"ni gambar lepas baru makan 'starbuck',di disneyland dekat vegas"


manusia.Suka benda popular dan suka sangat berlagak.Ya,kami ini miskin.Tidak sanggup makan ditempat macam itu.

Tapi gua pernah berkawan dengan seorang anak jutawan kira terkaya di malaysia,tapi gua rahsiakan namanya.pertama kali jumpa gua pun tidak sangka dia ini anak jutawan,tapi bila lama kenal dan barulah gua percaya,tapi dia tidaklah berlagak.Dia cool.Macam orang kebanyakkan.

Dia pasal duit 'no hal'.Tapi dia tidak suka makan di tempat-tempat yang korang cakap cool itu,macam kepsi atau pizza.Sama macam gua.

Alasannya senang,Itu makanan orang barat yang difrancaiskan.Makannya pun bukan sedap berbanding dengan tom yam atau nasi goreng yang memang ngam dengan lidah kita dan berpatutan?Jadi apa barang layan kepsi?sekali sekala boleh.Tapi jangan masukkan gambar dalam intenet.Mengarut.eksen.Memalukan.

Gua pernah gak layan makanan ini,tapi pasal ikut member.Gua makan tidak sampai separuh dan boring.balik-balik cari tomyam.

Masuk shopping mall pun boleh jadi bahan berlagak?




wtf..

Tuesday, March 2, 2010

lagi-lagi penat..

Kalau lu kerja enjoy mesti tidak rasa masa tu ada perasaan cemburukan?

Gua kerja macam bukan orang akhir-akhir ni.Tiada masa masuk tandas sambil hisap rokok apalagi main sms dengan Jepal,daus dan shapik.

Setiap minit itu sungguh penting,sekejap buat itu,sekejap buat ini dan sekejap pergi tanya pakcik katil hujung,siapa nama anak dia.

Jadi gua sudah mula jatuh cinta sama ini bidang mekanik tubuh.

besok ingat mahu cuti.Series otot gua sudah ketat sangat,gua rasa kalau angkat tong gas naik gunung kinabalu bolehlah sampai dalam 50 minit.

Monday, March 1, 2010

memancing

memancing bukan benda senang.
secara harfiahnya memancing memerlukan ketekunan dan kesabaranan yang tinggi.
memancing yang gua cakap sini bukan calang-calang punya pancing.

Memancing yang boleh buat lu orang punya jiwa jadi kacau.Bila jiwa kacau lu akan jadi paranoid,prejudis tanpa sebarang sebab.Gua tidak pernah rasa tapi dapat merasai rasanya macamana.

Jadi gua mahu tukar hobi pulak.

main boling ataupun main kayu tiga,tapi badminton pun layan gak kan?

ok..

P/s:kurt cobain pun pernah jadi kaki pancing juga satu masa dulu.