Monday, March 29, 2010

Terima kasih pada kamu yang malu untuk aku,sebab aku nda tahu macamana untuk malu

Sesi soal jawab dengan Local presptor hari tu aku guna bahasa kampung bahasa gurau.

"bladder irrigation itu indikasinya apa?"

aku besereloroh.

"untuk appendisitis"

aku jawab dengan niat gurau sebab tiada siapa yang menjawab.Niat berseloroh.


pup pap pup pap jadi isu.Budak MA jawab salah,jadi isu satu wad,jadi bahan lucu perut staff-staff wad.Macam biasa benda macam ini biasa bagi aku kecuali abang macho dan budak mata palsu.

Mereka malu untuk jawapan aku.Tapi aku tidak malu.Tapi kasihan mereka sebab jawapan aku mereka yang kena tempiasnya.

Terima kasih sebab malu untuk aku.

**
ketawa.




yang bengongnya doktor yang berlagak bijak pandai dan ada sindrom MBBS (manusia bangang bodoh sombong) join sekali sambil buat muka.

Doktor?
aku rasa dia hanya layak jadi pesakit bukan jadi doktor.

dalam perubatan malaysia,ubat-ubatan diabetis melitus dan hipertensi adalah ubat yang paling simple.Kategori paracetamol.

"doktor,patient ni blood pressure dia tinggi,bagi prazosin ya"

kata budak nurse.Pup pap pup pap dia keluarkan kebodohan dia dengan bodoh sombong.Dia cakap ubat ni bukan untuk hipertensi,dia cakap pasal 'tropikal' apalah segala.Konon dia lebih tahu dari manusia lain.

"awak jangan nak kurang ajar dengan saya ya"

jawab dia dengan budak nurse tu.Lepas tu budak itu menjawab untuk tuntut bela dirinya.Aku dari jauh tengok doktor tu dengan buat muka.Doktor itu tengok aku lepas tu tunduk bawah.kalau aku sudah lama aku bawa dia bertumbuk masa tu.Tapi otot badan masih belum keluar,mesti perlu masa untuk bina semula.

**
ketawa.


Apalah ada dengan tittle anda didunia ini?kalau aku tikam perut anda semua,darah yang keluar tetap merah kan?



Aku sedang proses untuk belajar,jadi malu itu untuk apa?

Aku cuma malu bila seseorang tatap mata aku lama-lama.Itu baru true punya malu.Ego itu perlu juga tapi bukan pada bidang ini,sebab bapa,emak,isteri,suami,anak,datuk,nenek,girlfren,boyfren,musuh anda punya nyawa adalah keutamaan kami.

Sedia berkhidmat untuk manusia sejagat.


P/S:Hari itu aku eskep dan kononya lepak dalam bilik linen dalam wad.Aku kunci diri dalam bilik linen.Rupa-rupanya bilik linen tiada tombol dari dalam.Bayangkan keadaan aku dalam bilik linen yang gelap?last-last budak hijau datang buka,aku buat-buat tengah cari blanket.Dia tengok sambil ketawa kelucuan.Aku?


Aku suka orang ketawa.Selepas dari hari tu,aku eskep balik rumah.

0 comments: