Tuesday, March 30, 2010

folie a deux


satu tengahari yang panas sedang-sedang gua dapat text dari bro besar.

'insyallah bulan 6 ni kalau ada rezeki saya kahwin'

Gua duduk senyum seorang.Terbayang tiba-tiba kelibat anak-anak kecil yang bakal panggil gua uncle.

Uncle?
Gua bakal jadi uncle lah ni.Gua cuma doakan yang terbaik buat kami semua,pencorak generasi anak-anak yussof.

Bro besar bagitahu temuduga dia sudah berjaya,Alhamdulilah gua tanda syukur.Terus benda pertama gua fikir pasal penat lelah abahanda sama ibunda yang berjuang mati-matian untuk kami semua.

Dulu kalau gua pilih jalan jadi pemuzik mungkin gua sudah terbelakang dari semua bro-bro gua.Tapi kadangkala hidup kita ini mesti ada pengorbanankan.Bukan kadangkala lagi selalunya.Hanya mahu hati yang deras sahaja memintas semua.

Lepas tu gua ada bagi sedikit perkataan yang mungkin berbentuk nasihat dan idea kepada bro besar.

'Jangan siok dulu,kasi siok dulu abah sama ibu'

Itulah sebaiknya.Gua tidak mahu jadi macam orang lain.Bila dapat sesuatu,paling jadi keutamaan mereka diri sendiri,mereka terus lupa pada mereka yang banyak membantu dalam kejayaan mereka.Ibubapa itu Tuhan bagi kita sebagai anak-anak.

Gua terus teringat nenek gua atau lebih mesra kami sekeluarga panggil 'aru'.Ibunda bagitahu aru dalam keadaan tenat,makan guna 'ryle's tube'.Gua dalam bidak mekanik badan ni sudah tahu tahap ketenatan aru.Aru pun sudah berumur 80 keatas,bayangkan ibunda sekarang sudah menginjak umur 50an,sudah mula sakit-sakit apatah lagi aru.

Gua tahu perasaan ibunda sekarang,tiada senang.Kasih ibunda dan adik beradik ibunda sama aru sangat mendalam.Lu orang tidak boleh bagi kalah rasa sayang dorang,series gua cakap.keluarga ibunda naik pasal aru.Dia banyak memberi inspirasi dalam hidup sehari-hari ibunda dari cara mengasuh dan nasihat.

Gua tersangat bersyukur akan adanya aru dalam hidup ibunda dan kami semua.

Gua bagitahu ibunda untuk terima apa sahaja keadaan yang akan terjadi.

sedar tidak sedar dalam hidup sehari-hari gua ada saja benda yang terjadi dalam bentuk baik dan buruk.Ini pula dinamakan roda hidup.Kadangkala dibawah,dan kadangkala diatas.


Hidup lu semua didunia paling atas mesti lu letak keluarga,barulah benda-benda lain,tapi gua beza sikit sebab gua sudah pilih muzik diatas sama dengan keluarga.Dua benda yang sama penting walaupun gua tahu satu hari nanti gua akan pilih salah satu,dan semestinya gua pilih keluarga.

Tidak semestinya kau buangkan?
Jadi apa kata kalau gua terus rock lagi..

0 comments: