Tuesday, March 16, 2010

Gua isytihar jalan cerita bunga-bunga

Hari tu aku balik dengan hati penuh bunga-bunga.nama nini aku sisip kemas ke dalam poket baju aku yang berbutang. Takut cicir.muzik waktu itu aku sudah set playlist yang boleh terbang,tiada lagi suara malas julian.

Sampai rumah. Mandi. Makan?Tak payah.Dah kenyang masa tengok muka nini tadi. Budak umah aku tengok aku macam nak lempang muka aku. Aku dah angau. Semangat nak pergi kerja meningkat secara mendadak. Dah pikir mo kerja dekat nini.

Malam itu dengan penuh senyuman aku searching nama dia dalam fesbuk.
aku add.Dia approve.Aku hantar komen.

"Hai nini,suka mata u"

komen ni memang tak boleh blah. Salam pun tak bagi.

ada tanda merah di atas kanan page fesbuk aku.

"Hmm.Saper ni?"

Lupa pulak aku nak bagitau aku sapa. Dia bukan tauaku sepa walaupun keja sama tempat. Ni amalan yang kurang bagus Jangan amalkan. Mengambil barang orang tanpa pengetahuan seumpama mencuri. Berdosa.Walaupun bukan mencuri.

"Saya budak satu keja dengan u. "

"Ooo..****..Oh ya.ada apa2?" Dia mereply.

Ada respon tu. Usha sikit jari beb. Ada can.

"teda,semua ok,i sihat,u?."
Alasan biasa la. Ayat nak pancing memang cenggini. Dia reply lagi.

"Ok.No problem.:) So,ada apa2 lg yg sy leh tlg?"
Tanpa ayat yang berbunga-bunga aku secara direct selling dengan dia:

"Saya nak berkenalan dengan awak la nini"

Hah!Itu ayat yang paling bodoh aku pernah taip dalam sejarah hidup aku. Macam budak sekolah. Sebagai nasihat jangan pakai ayat ni secara meluas,terbuka dan membabi buta. Kesannya amat jelas dipenghujung nanti. Dia membalas komen.

"Ooo.Ok ok.Kenapa awak nak berkenalan dengan saya?"

Soalan ni lagi susah aku nak jawab berbanding soalan matematik masa SPM 2005 dulu. Berpeluh jugak aku pikir nak jawab.

"Sebab mata awak comel." Ringkas jawapan aku seperti mana jawapan aku dalam paper matematik dulu.

"Hmm.Habis tu kalau semua awek comel,awak nak berkenalan ke?

Jawapan balas bercampur soalan bonus untuk aku jawab. Habis terus peluh aku dalam badan. Kering dan membasahi permukaan kulit secara meluas. Aku dapat merasai kegagalan seperti mana aku rasa masa menjawab paper matematik dulu. Baru 2-3 soalan aku dah rasa macam nak gagal. Belum masuk bab formula-formula lagi tu. Belum sempat aku membalas,dia potong dengan satu komen:

"Ok.Saya sibuk skit skrg.If ada apa2 problem awak bole inform saya ye"

"Ok.No hal. Next time saya msg awak." aku membalas dengan harapan lepas ni boleh SMS gudnite or sweet dream kat dia tiap-tiap malam. Sweet kan?Harapan tinggi betul. Baru jak mo try wish gudnite dengan takecare.




Harapan?

***
aku tengok punya banyak dia punya komen tempat lelaki kacak.


Hancur...


Lelaki tidak kacak sering jadi mangsa bunga-bunga.Itu pasal kalau kau semua sedar napa banyak penyanyi tidak kacak nyanyi lagu macam bunga berdengung-dengung.

Aku?

Ini baru cerita jiwa-jiwa sepenuh hati aku kedua.



plastik plastik plastik..

0 comments: