Tuesday, September 29, 2009

Karya bro abut

when we stop driving
and stop dreaming
stop talking about it
we dont care

sometime feeling so hurt
and time never waited
just remember this night
and we will revenge

dont be forgotten
We always in last
we dont had enough happiness
just on dreaming

so i can be first
so i can be last
just like me
act like average guys

p/s:Bro lu cuba seni-seni ni tulisan kasi jadi lagu.

Dasar buaya

I wish i was her
Semenjak gua tidak pernah jumpa dia selepas habis sekolah menengah hari tu (4 tahun lalu),gua banyak berdoa supaya dapat jumpa dia lagi.

Gua Suka dialah.Suka sangat-sangat sampai lirik-lirik lagu gua buat berkisar hal dia.Ini bukan lagu cinta tapi cerita suara hati gua.Macam bunyi oswald pun ada,jiwang bunga-bunga.

Doa gua kena makbul.Tapi dalam versi alam maya.Gua ada akaun FS.Dia ada.Baru-baru pasal boring gua buat akaun FB.Gua taip nama dia.jeng jeng jeng...ada jugak.

Dia sekarang semakin terbang tinggi.Dia yang gua gila-gila dulu sudah banyak berubah.Bertambah cantik,makin jauhlah harapan gua untuk dekat dia.hahaha..

**************

Disini gua mahu berdoa secara alam maya supaya Tuhan bagi gua kekuatan untuk menembak sasaran baru walaupun mustahil.

Gua rasa macam mahu teriak sama dia yang gua suka dia sampai gila-gila dari dulu sampai sekarang.

sampai sini saja cerita pasal buaya.


series wei,kalau gua kaya nanti gua mahu tanya dia supaya kawin sama gua.Walaupun mustahil.


playlist:marjinal-cinta itu pembodohan.

Gua pun orang juga.Macam kamu semua.Ada hati sama perasaan.Ini sebab gua susah cari orang lain.Sebab dialah ni.cis..

Monday, September 28, 2009

diskusi chinta




Lepas gua makan,rindu pula sama ibunda.Tapi gua tiada point mahu kacau ibunda ini time.Jadi gua saja cipta satu diskusi.Pasal cerita chinta.Gua sms sama ibunda.



********

em:assalamualaikum,ma em ada kenal sama pompuan.Amacam ni?

ibunda:Em jangan macam-macam.Siapa tu perempuan?kerja apa?

em:Dia cina.Sama em juga.Dia ngorat em kan.Em pun orang juga.(gua saja buat cerita)ala,apa pulak ni?memilih kerja pula mami ni.Jangan jadi macam nilah.

Ibunda:bukan apa,em nikan jenis yang pilih sedap mata saja.Dulu mahu yang seksilah apalah.Dari em jaklah.Yang penting hormat sama ibu sama abah.Lepas tu pandai jaga hati abang sama adik-adik em.Tapi fikir dulu umi sama atul ni.Siapa lagi mahu support dorang?si endu pun mahu jalan dah pigi egypt tu.

Em:Haha,em gurau jak bah.Mana ada awek.Tengah ngoratlah ni.ooohh..jadi bilalah ibu kasi cari em awek ni?

ibunda:aiya,ingat ni benda boleh buat guraukah?Alah,perangai em ni siapalah mahu?umur dah mahu tua dah tapi perangai macam budak-budak lagi.Hepi jak selalu.Impian em mahu buat studio macamana?

Em:tidaklah mahu berawek sekarang.Tapi kalau ada pun em sound-sound juga bah.Suruh ibu pigi adjust famili dia kah?kan..Bah mahu pigi study jap ni,kirim salam sama abah.

Ibunda:bah yalah.Ingat masa depan sendiri tu dulu,Rokok tu kurang-kurang sikit.Jadi janda muda nanti bini em nanti.Kalau chat dengan abut atau e.d kirim dorang.Bagitau si endu tengah kursus tatanegara sekarang di tanjung ru,selangor.

Em:bah,ya lah mami.Jangan lupa adjust cikgu pelatih yang pigi posting tempat ibu.Cari yang lawa sikit.haha..


p/s:diskusi yang sungguh disguisting.Ohya..buat bro-bro gua..Ibunda kita kirim salam secara live dari tanah borneo utara.Kamu pun patut cari awek untuk gua.

Exam

Gambar hiasan yang memang hiasan

Dari dulu lagi gua macam ni.
Tiada perkembangan.
INSYALLAH.



Bertukar..

Saturday, September 26, 2009

penat yang panjang

Mula kelas.
mula sibuk.
Najib pun tidak sibuk macam ni.

Hujung minggu ni gua kena bawa main gig di penang.Gua dijemput join masuk band 'last son'.Band sungai petani main 'punk rock'.Hari tu dorang bawa gua main lagu trash.Gua accept.Sebab gua masih boleh layan lagu macam ni.Gua jadi second guitar,tapi baru-baru ni dorang suruh join band ni sebab tiada second guitar.Gua bukan apa,tapi gua tidak berapa minat punk rock ala kadar ni.Walaupun root muzik background gua ada sangkut paut sama ni genre tapi gua tidak boleh layanlah.Band yang main gig hujung minggu ni pun boleh dikira besar jugaklah.Couple ada main.Gua masih fikir samada mahu join tau tidak,sebab bulan ini gua akan sibuk mahu ready untuk 2 exam besar semester ini.Gua punya hati tidak berapa 'bitin' sangat.Lainlah kalau band gua sendiri akan main waktu ini 'last stick'.Gua rindu sama ini band.Line-up yang sama-sama membesar sama gua.

Apa lu orang fikir?


pasal apa gua tidak risau pasal exam kali ini?

Thursday, September 24, 2009

orang lain hanya mampu berangan

sila bagi gua empat nombor dalam seimbas kepala.

Tuesday, September 22, 2009

Palat

Gua tunggu satu minggu punya lama.Last-last dapat berita nikon d3000 gua order reject.
Gua sakit hati.

tidak lama lepas tu gua pergi ambil seluar gua jahit hari yang sama waktu gua order nikon d3000.Auntie tu buat muka macam taik.Berlagak punya muka.Gua tanya seluar dah siap ke belum.Baru terpinga-pinga cari.Belum jahit lagi.

Gua dalam mood tidak baik cakap lepas sama itu auntie.

'janji siap 2-3 hari,ini mahu dekat satu minggu sudah oo.Aiya,kalau tahu begini lama sudah tidak pergi sini tau.Hari tu janji datang 2 hari lepas tu,tapi hari ini benang pun masih ikat ketat lagi.Bagi balik seluar,biar p kahit tempat lain,jangan harap datang sini lagi.'

Tapi auntie tu balas macam-macam.Gua tidak kisah sudah.Pedulilah ini tempat lu.

Palat.

Manusia-manusia.Bagus jadi anjing laut.siput BABI kah.

Monday, September 21, 2009

sesi menjeles bersama Gua

Gua jeles.


pasai pa hang mai penang tak habaq?



Alah setakat lelaki ada kereta,gua tidak kisah.


tiba-tiba gua jeles.


megan fox-megan fox.

raya kedua sama anak-anak kecil

masih mood raya.
Walaupun mood raya gua malas layan,tapi demi menjaga hati kakak sepupu,gua terpaksa akur.

Gua bertolak jam 11am dari alor star menuju ke jitra.Gua naik motor member gua yang berkuasa kuda belang.Walaupun masih belum ada lesen tapi gua relaks.Gua bawa motor genap 4 tahun tanpa lesen.Belum pernah kena saman.Gua bukan bangga tapi gua tidak faham sistem ambik lesen ni.Bagi macam IC dah lah.

sampai rumah kakak sepupu,gua terus konvoi sama diorang pergi ke rumah mak andak.Pertama gua makan lontong.Kalau disabah,lontong ni kira bagi makan untuk orang lu benci lah,biar mati tu orang.Tapi lontong sini lain,ada kuah kacang,kuah sotong dan kuah sayur.Tidak tahu tempat lu camna kan.

Ramai gak orang masa tu,tapi gua jenis relek and steady punya orang.Gua makan macam gua makan dirumah.Masa ini anak-anak buah gua masih kool lagi.

kakak sepupu datang dekat dengan gua.Dia bisik.

'em,perempuan yang disana kirim salam sama kau'

Gua tengok koloni-koloni perempuan yang duduk kerusi panjang luar.Semua gua syak didalam umur lepasan sekolah menengah.Semua senyum tengok gua.Gua senyum balas balik,niat dalam hati supaya jangan ganggu gua makan.Tapi diorang buat isyarat nombor telepon pulak.

sebagai lelaki yang penuh rasa syak wasangka sama kaum ni,gua tidak layan permintaan diorang.Gua rasa ada 3-4 orang patah hati waktu itu.gua minta maaf secara batin.
lepas tu kami berpindah ke rumah seterusnya merangkap rumah bapa mentua kakak sepupu.
Rumah banglo.Kucing bulu tebal harga ribu-ribu,pasu import,lampu ikea,sofa order oversea,kereta mercedes,BMW,dan kereta honda vios yang gua syak orang tiada guna dan bini baru.

masuk rumah ni,anak buah gua sudah menunjukkan kelakian sebenarnya mereka.2 orang kanak-kanak kecil yang mempengaruhi keadaan sekeliling.Dari pasu mahal,kucing ribu-ribu,kereta mahal dan tandas semua di aniaya mereka.Gua dalam pada yang sama jadi baby keeper untuk mereka masa ini.Dari disimbah air sirap,digigit tangan,digusti sampailah mengejar mereka diluar rumah sudah perkara biasa bagi gua waktu itu.Gua suka tapi penatlah sikit.

tapi pasal apa pulak waktu ramai orang anak-anak kecil beraksi.Gua penat.
lepas tu kakak sepupu marah sikit kedua hero kecil.Tapi gua tengok,cuma Tuhan saja yang dapat memberhentikan anarki yang mereka lakukan.Gua suka.

lepas tu kakak sepupu bisik sama gua.

'em,pompuan yang rambut panjang kirim salam'

kakak sepupu cakap sambil ketawa kecil.Gua pancar sikit mata perempuan yang kakak sepupu maksudkan tu.Boleh tahan.Nampak urban sikit.Dia senyum sama gua.Tapi macam biasa gua senyum lepas tu kejar anak-anak kecil.seronok.

sekali lagi kakak sepupu bisik gua.

'em,dia minta nombor telepon ko'

masa itu kakak sepupu sudah jadi macam posmenwati.Gua senyum dan bagi tahu gua tiada telepon.Gua syak lepas ni,awek tu tidak keluar rumah selama sebulan.

Kitaorang pindah rumah lagi,kali ini di kampung kuala pisang.Gua tidak tahu pasal apa kampung tu nama cam tu.Yang penting gua tidak nampak pun sebatang pisang disana.Orang pertama jumpa kampung tu nama pisang mungkin.Disini rumah tok wan suami kakak sepupu.Rumah oldskol sikit,nampak kemelayuan.Disini walaupun anak-anak kecil beraksi baik tapi gua tidak kisah sangat sebab kawasan rumh tok wan luas.Gua tengok anak-anak kecil berguling-guling ditanah.Gua biarkan.Baru kenal dunia punya budak.

waktu ini gua penat.Tidur sekejap.Anak-anak kecil ini gua tengok boleh dikategorikan kanak-kanak yang comel dan aktif.Berbekalkan wajah yang comel,dua anak-anak kecil ni mungkin bila besar boleh apply jadi model ataupun angkasawan.Tapi jangan jadi kumbang penghisap madu sudahlah.Gua dalam diam doa sama ini anak-anak kecil supaya tidak hanyut sama dunia bila mereka besar.

Rumah yang last.Rumah tok wan sebelah emak suami kakak.Masa kami datang,banyak kereta diluar.Semua kereta mahal.Berflat nombor penang,kuala lumpur,selangor dan sabah.Gua ikut masuk.Gua macam tidak diambil peduli.Macam anak kucing yang kena buang pun ada.Tapi kakak sudah sound sedia.Dalam rumah ni semua berpangkat.Gua faham.Manusia jenis dunia punya sikap.Alah,duit hang bawa mati pun takpa lah,tengok ada bantu atau tidak dalam hati gua.

Gua duduk didalam.Kira-kira ada ramai juga orang.pompuan lagi ramai.Kakak datang sambil senyum-senyum.dia berbisik,kali ini bunyi dia lain sikit.Adakah patut diorang konfius gua ni lelaki atau perempuan.Bila kakak bagitau gua lelaki,baru diorang kirim salam sama gua.Macam biasa gua cakap sama macam tadi.

lepas tu kakak tanya gua.Dia tanya gua ada awek atau tiada.Pertanyaan dia pelik sikit.

'em,ko ada awek disini?'
gua jawab tiada.

'disana (sabah)'
tiada.

Gua rockerslah.Belum ada masa untuk ini.Tapi sekarang macam ada.Tapi siapa gua tidk tahu.Antara agnes monica atau megan fox.Anak-anak kecil beraksi baik.

Lepas rumah tu gua surrender mahu jalan lagi.Gua penat kejar anak-anak kecil,malas layan peminat.hahaha.


p/s:gua kena tanya,raya sini dengan sana ada beza?mana best?jadi secara psikologi gua jawab sini best.Dalam hati gua cakap,tempat sendirilah best,gua yang mengorat.

Saturday, September 19, 2009

Entri khas pagi raya

Sini gua mahu keluarkan rasa hati gua pada pagi raya ini.
Satu bulan kitaorang puasa,dan ada juga yang tidak puasa.
Tapi itu bukan topik gua mahu cakap.Tentang perasaan gua.

Pagi raya gua sudah plan mahu tutup HP.Tapi gua rasa tidak patut gua
buat macam tu.Sebab kalau gua on pun ni Hp peratus orang mahu kol gua memang tidak
sampai 50% pun.Jadi gua on jam 1200PM.Lepas tu gua dapat banyak sms dari kawan-kawan lelaki dan pompuan.

Gua bangun.Mandi dan basuh baju.Dua hari rendam.Bau baju pun bukan macam bau sabun lagi.Gua jemur baju.Lepas tu gua pasang ni laptop.Pasang lagu keras supaya gua boleh lupa hari ini raya.Gua ambil baldi dan pergi basuh motor.

lepas itu gua cari baju raya baru.Gua cari sana sini.Tapi tidak jumpa.Hati gua makin panas.Sampai tahap memaki pun ada.Gua kasi lupa kejap.Lepas tu gua pergi cari selipar baru gua.Pun tiada.Gua diam.Cuba ingat dimana gua letak.

(ketawa)

gua baru ingat,gua mana ada beli baju sama selipar baru pulak.Gua ketawa seorang diri.Gua pakai baju RAMONES di sepadankan dengan seluar jeans warna kelat gua.Ambik kunci motor dan bertolak ke bank BSN di stadium.Sepanjang perjalanan hati gua tersentuh.Seluruh rumah disini nampak ramai orang.Famili semua ada.Gua teringat kampung halaman.Tapi gua gagahkan ke stadium untuk keluar duit.

Sampai bank,gua kasi keluar rm1000.Buat makan untuk hari ini.Gua pergi isi minyak dan beli top up.Susah gaklah cari top up.Banyak kedai tutup.Sampai city plaza yang selalu busy pun tutup.Gua pergi 7eleven.Lepas tu gua balik.Singgah sebentar di kolej.Gua tengok sunyi.Macam baru kena tsunami.Gua tidak jadi masuk.Gua balik rumah dan kol member-member.

Gua kol ibunda dan abahanda gua.Series,gua punya mata berkaca-kaca.Baru gua sedar,dah lama air mata gua tidak jatuh.Tadi pun hampir jatuh.Tapi sebagai anak lelaki yang rock gua tabahkan jak lah.

Gua keluar lagi ke kedai sebelah rumah.Gua ambil barang.Gua bayar.lepas tu balik rumah.Pasang lagu kuat-kuat sambil makan roti yang baru gua beli.

Raya yang tiada makna bagi gua.2 tahun berturut-turut.Nasib gua bukan jenis meminta duit dari parent.Dulu ya lah tapi sekarang rasa macam malu itu tebal dah.

Gua mahu tidur dulu.

siapa yang gua kol tu sebab gua rasa banyak buat dosa sama kamu.Mulut gua ni macam mesin gampang.

Dum dam dum dam..Diam..



Masa ini bro ed ada egypt sana.Gua syak bro makan unta punya daging mix dengan ketupat.Tahun ini bro sama adik dia,abut yang juga adik gua.Gambar ini kena ambil waktu raya pertama tapi gua lupa tahun bila.Makhluk yang separuh muka tu pun adik gua,bukan 'benda' lain.


Ok.Dikesempatan ini gua minta maaf zahir sama batin secara live dari atas tilam rumah sewa alor semadom,bandar alor star,kedah darul aman.Gua dengar khabar angin waktu gua pergi baazar ramadhan tadi besok akan raya,bukan kemungkinan,tapi memang esoklah.


Kawan-kawan senegeri kebanyakkan sudah pulang sabah.Gua seorang masih baring-baring atas tilam sambil tengok siling rumah.Rumah?lepas habis kuliah semua berangkat pulang.yalah kan,kalau rumah gua tidak payah naik flight gua sanggup jalan kaki.Ini takkan mahu berenang melintasi laut.Kompas pun tidak berfungsi cari daratan.

Ramai kawan satu kolej bawa beraya dikampung masing-masing tapi gua tolak.Bukan apa,gua tidak suka beraya dengan suasana tidak selesa.Tempat orang.Gua malas jadi pendiam.Awal pagi raya takkan gua join menangis peluk parent diorang.Jadi gua ambil keputusan duduk dirumah sewa.Lagi selesa.Bangun dan tidur saja kerja.Famili sini pun ada ajak balik rumah tapi gua malas.Gua janji nanti.Nanti tu gua pun tidak tahu bila.


Mulai Pagi raya esok gua akan off HP selama 3 hari.Malas mahu layan orang yang ucap raya ni.Tiada masa.Lepas solat raya esok gua mahu duduk rumah.Tidur.Bangun.lepas tu gua mahu gubah lagu untuk rekod hujung tahun ini.KOnsep garage sikit.Oklah.



playlist:
hujan feat raihan-salam aidilfitri ayahanda dan bonda (kalau gua tidak silaplah)


p/s:bazaar hari ini ramai awek lawa.Baru balik kampunglah ni.Lawa-lawa gak tapi plastik sikitlah.Farid kamil gua buat-buat tidak kenal di baazar stadium tadi.Eleh,kalau brad pitt pun gua tidak pandang ini lagi lokal..

Friday, September 18, 2009

Lagi cerita sama

Pada penghujung ini, kita boleh bersetuju bahawa politik adalah satu permainan yang kotor.

Apa yang kita perjuangkan? Adakah pemimpin yang kita pilih perjuangkan benda yang sama? Adakah orang yang mereka pilih ikhlas berjuang demi satu bentuk "perjuangan" seperti kita?

Kita semua selalu beranggapan yang orang yang terlibat dalam politik hanya mahukan kuasa dan wang. Dan bila mereka dipilih, mereka akan dapat kuasa dan wang.

Gua tak ada masalah dengan pemimpin sebegitu. They got what they wanted. Juga dengan macai-macai mereka yang berkepentingan. They got what they wanted, too.

Bagaimana kita yang di bawah? Yang berpenat lelah? Yang disembur dengan gas pemedih mata? Yang ditangkap?

Apa yang kita dapat? Adakah perjuangan politik kita hanya kepuasan?

I don't think so.

Gua akan terus bersikap sinis. I don't trust anybody. Except myself.

And at this juncture, I really, really, really need a fucking drink.

Raya dunia indie

lagu raya versi abang-abang basah

walaupun gua tidak layan sangat ini band,tapi gua bagi 5 bintang.

run rabbit run

Gua cuba satu permainan.
main sama itu hati.
gua cuba jadi air.
suruh dia jadi paip.
dua benda yang sangat berkaitan.
Apa-apa pun cuba sebaik mungkin.
sebab bibir dia manis.

Thursday, September 17, 2009

PENGUMUMAN RAYA

Raya tahun ini diberitakan akan ditunda tahun depan.
Emak bulan belum mahu beranak lagi,dikhuatiri beranak tidak cukup bulan.
Jadi dengan ketundaan raya ini diharap tidaklah berlaku tangan putus akibat main mercun,tiada adegan sedih-sedih dipagi raya dan yang penting tiadalah kemalangan dijalan raya.


tapi realitinya gua tidak balik raya.

Tunda raya tahun ni pergi bulan disember?amacam?setuju?

Tuesday, September 15, 2009

Gua bukan dari kiri,juga bukan dari kanan.

serius wei,politik ni gua tidak layan.
Tapi gua tidak mahu penindasan.
yang betul disalahkan.
yang salah dibetulkan.
bahaya.

negara kita tinggal sekejap lagi kena perang.
jadi sebagai rakyat jiwa takut perang,gua mahu aman.

raya dan cinta baru


raya tahun ni gua konfom tidak balik keningau.
Bertahun-tahun lama rasa tidak balik raya ni.
Gua tidak kisah.Bukan tidak rindu dengan famili tapi sudah jalan gua susah akhir-akhir ini.

Sempena hari yang mahu menjelang raya ni,semua orang mahu benda baru.
gua juga sama.Mula-mula gua ingat mahu angkat Mr.orville les paul custom baru.Tapi gua fikir-fikir baik lagi gua ambik nikon d3000.

ok.

lepas ini gua makan megi banyak-banyak selama 2 tahun.

Friday, September 11, 2009

Manusia setengah Dewa


wahai presiden kami yang baru
kamu harus dengar suara ini
suara yang keluar dari dalam gua
gua yang penuh lumut kebosanan

walaupun hidup adalah permainan
walaupun hidup adalah hiburan
tetapi kami tak mahu dipermainkan

dan kami juga bukan hiburan
turunkan harga secepatnya
berikan kami pekerjaan
pasti ku angkat engkau manusia setengah dewa

masalah moral
masalah akhlak
biar kami cari sendiri

urus saja moralmu
urus saja akhlakmu
peraturan yang sihat yang kami mahu

tegakkan hukum setegak-tegaknya
adil dan tegas
tak pandang bulu

nikotin+tar+sedikit bahan pewangi

bahan penting disetiap titik perjalan

Wednesday, September 9, 2009

suka sama jenis macam anjing dengan babi yang bersaudara

Tidur peluk-peluk,cium-cium mulut,cakap macam bisik-bisik,gaduh nangis-nangis,pujuk-pujuk.Dua orang yang gagah diluaran.





haram.

sial.

setan.

Kaum Luth

politikus belakang tabir

Kita orang semua ada otak.
yang penting kaji-kaji dan terus kaji.
jangan sebab orang tua berpihak pada yang biru kita harus ikut.
kita guna otak,pilih mana yang betul.

kita semua ada otak.
jangan sebab media berat sebelah kita buta.
kita kaji-kaji dan siasat.
ini sebab kita makin mundur,makin bodoh.

kita semua ada otak.
kita mahu siapa kepala?
yang ikut sunnah rasul atau ikut kepala sendiri.
tapi semua sekarang sudah lambat.mata sudah gelap.

Gua macam kamu semua.
cakap-cakap macam di kedai kopi.
tapi kita mesti merubah.
kita mesti lawan.

Gua ada ditengah-tengah.
sebab gua rasa yang biru terlalu haram.
sebab gua rasa yang merah hanya mampu kritik.
kita harus rombak.Bina semula yang baru dan padu.

playlist:
marjinal-negri ngeri


p/s:negera kita makin hapus kedaulatan dan semakin kearah kesialan.Apa kita boleh buat?lawan sambil sembunyi tangan.(ketawa)

Sunday, September 6, 2009

cerita abang mat bunga



mat bunga:Hello assalamualaikum?

em:walaikumsalam,hah!kenapa?gua tidak balik raya ni.Hujung tahun baru balik.

mat bunga:Tiket lu berapa harga?gua support sikitlah?Tapi tolong gua sikit?

em:Tidak pa la..Lu makan pun serupa macam tidak makan,ada hati?Tolong apa?

mat bunga:Begini,gua guna henpon ekspres music,baru gak tapi kira cam mo tukar lah bro,lu tolong cari henpon ekspres music yang baru model 5800?amacam?

em:cam taik,ok sedia duit.gua tunggu 1 abad kemudian.

mat bunga:Serieslah.Lu belum tau gua sekarang ada kereta,tengah kumpul beli set drum lagi.Gua punya bos mau bagi 4wd,tapi gua tidak mahu sebab tiada lesen.Aiya.

em:hmm,sudah-sudahlah wol.Berubahlah.Cakap mahu pergi jepunlah,tidak percaya perempuan lagilah,Kena offer kerja jaga bisnes sepupu lu la.Aiya,lu sama gua bukan baru kenal semalam,lu berhingus lagi sudah gua karate-karate lu la.Nasib gua ada kedah.Ok,mahu tidur jap.


sampai bilalah fiil mat bunga terus begini.Cakap serupa besar dunia senang mahu pegang,tapi habuk pun tiada.Dapat seringgit tapi cerita macam dapat sejuta.Gua bukan benci sama ini orang tapi dah kenyang sama ayat besar ini orang.Tapi gua rindu sama lu lah.Boleh karate leher lu.Tunggu gua balik nanti.


playlist:
naif-kontak jodoh
muck-hello sunshine
begundal-kami bukan sampah
the vines-aint no room

Saturday, September 5, 2009

hati yang tanpa senang rasa

malam sudah lama
langit hitam
bagai macam dalam hati
rasa tiada senang

baring macam semalam
hati tiada senang
mungkin sudah waktu
untuk aku merubah

lagu bising jadi teman
hidup tanpa tuju
bukan dunia tapi selepas
aku harus sujud semula

dunia dunia
bagai hidup dalam rumah sewa
bebas mundar mandir
pergi depan,pergi belakang

hamba perlu cuba
untuk selalu bersih
bersih dari dosa
semoga cahaya terang dari depan

hamba mahu ucap
selamat cuci tangan
pada jiwa sunyi
pada hati besi


p/s:Lelaki tidak mahu berlakon layar.

Thursday, September 3, 2009

music lover dan 'quit smoke'

sebagai music lover.
indie?bagus tapi budak-budak sekarang ini buat macam satu trend.Fuck.Apahal yang pop pun konon mengindiekan diri?trend,yah,fuckin trend.Gua tidak pernah layan musik baru lagi sekarang.Tiada yang dapat mengalahkan underground 'kopi sechewen' yang gua rasa kompilasi underground paling last gua layan sampai sekarang.Sekarang kualiti tiada.Baru dengar the strokes dah buat lagu ikut sama.Fuck.Attitude tiada.Setakat pakai skinny,cermin mata besar rayban fake,pakai selendang dan bergambar ala-ala pandang atas,kaki bagi berdepan lepas tu tulis konon 'Jiwa saya jiwa indie'lah apalah segala.FUCK.Dengan ini gua bagi kenyataan gua makin suka layan band-band luar.Undergrond luar.Malaysia is all about fake,the new band,crowd,all this is only same as rubbish for me especially new band.

Perjuangan fahaman musik,attitude,aliran musik semua tiada disini.Gua rasa menyampah cam sampah.LONG LIVE UNDRERGROUND.


I QUIT SMOKE

Gua sedang rehab.Kerana rasa sayang kepada kehidupan,gua memutuskan untuk berhenti rokok.Sekarang sedang tempoh percubaan.Gua mula hisap rokok daun.Langkah pertama.Lepas tu,lupakan semuanya secara perlahan.Walaupun susah tapi gua mahu cuba.Mahu paru-paru yang masih merah.jantung yang hepi berkerja seharian.mahu bibir yang kepinkan.Mahu nafas yang segar dan gigi yang memutih semula.Gua tafakur sekarang.nggngg..

bitch..(astagfirullah,bulan puasa..)

gua ada facebook.Saja buat,sebab ada orang suruh buat.Gua nampak budak junior ada dalam FB.Junior gua itu pompuan,dan senegeri dengan gua.Sekali lagi gua cakap sama lu semua dia PEREMPUAN.

Ok.gua bukan mahu prejudis sama diorang,tapi ada benda gua tidak puas hati.Biasalah,gua ini suka pada benda-benda yang mendatangkan tidak puas hati.First gua tidak kisahlah pasal gambar-gambar diorang ni sampailah gua tertengok ada gambar yang buat mudarat sama karier diorang.Gua bukan suka ambik kisah hidup pompuan jenis camni sebenarnyya,tapi gua masih ada hati perasaan dan semangat kenegerian punya pasal gua sound.

Gambar diorang tu cam ni.Lu orang imagine jaklah ok.Pakai baju uniform yang menampakkan dia ni ada kaitan dengan kesihatan.Semua perempuan.Semua dari sabah.Semua junior gua.Lepas diorang buat isyarat "fuck" guna jari tengah.Untuk diorang mesti diorang rasa kool.Sekali lagi gua cakap sama lu semua gua tidak kisah sebenarnya,Tapi pasal sifat brootherhood terpaksa gua akur.Gua sound sikit jaklah.Cam biasa guna sindiran yang pedas tapi halus.Iman yang paling busuk diantara iman-iman semua.

Tapi bitch tu jawap camni bunyi "goin 2 dlete some of pic bcoz of a bunch of idiots!!damn!".okay.This bitch just say im an idiot.Jadi?sebagai lelaki yang mementingkan ego gua sound dia banyak-banyak sampai dia mengiyakan dan langsung tidak mempertikaikan komen gua.Sekarang gua ada plan yang tidak berapa mo jahatlah buat dia.

dari prospek gua sendiri pasal diri gua pula lain.
Kenapa sejak akhir-akhir ni gua banyak tengok hidup daripada hidup sendiri.Langsung tidak boleh jalan punya hidup.Gua makin suka benda yang benci-benci.Gua suka benda yang dapat merosakkan hubungan orang lain dengan niat orang itu tidak layak dengan dia.Haram.Boring-boring gua call kawan-kawan,nombor-nombor yang pernah singgah dalam henset gua lepas tu kacau hidup seharian awek-awek dengan sms yang berbaur tiada motif langsung.Hidup macam tiada titik fokus.

p/s:sabarlah semua,gua lagi sedang cuba hibernasi.Sedang lagi cuba format kepala hotak sendiri.Benda-benda penting gua sudah save.

Tuesday, September 1, 2009

Kalau duit itu macam daun kari yang hidup meliar...

'selamat pagi abang'

Seorang budak india bagi ucap selamat pada gua.Gua pandang dia lama-lama.Gua berdiri cekak pinggang sambil sengetkan sedikit bahu.Gua tunjukkan henpon gua kepada dia.

'wah,cantik awek abang'

cit..gua tengok balik henpon.Tiada gambar awek pun.Gambar kurt cobain hempas gitar adalah.Gua sound.

'hah,mau apa..tak tengok jam kah?dah jam 6.45 petang dah,bukan selamat pagi..selamat petang,Ngok..'

Budak india tu diam.Dia bagi isyarat tangan.Jari telunjuk dan dia buat isyarat fulus.Cit,dia minta duit sama gua rupanya.Gua panggil dia.Ceramah-ceramah dia sikit.Ada 30 minit gitu.Baru gua suruh dia jalan.Lepas tu dia lari-lari anak sambil berpaling pada gua.Dia teriak.

'kalau tak nak bagi tak pe la,ni nak ceramah pulak,pirah..'

Gua ketawa sambil acah-acah nak kejar budak india tu.Fuh,laju dia lari.Tahu takut.
Lepas tu gua balik rumah bawa juadah berbuka.


p/s:Gua ceramah budak india itu,kalau duit itu macam daun kari,senang-senang boleh petik bila-bila masa gua boleh bagi dia.Tapi duit ni bukan boleh dapat kalau setakat bagi ucap selamat pagi.Kalau nak,jadi penyambut tetamulah.Lepas itu gua minta dia punya cokelat sebijik.Amacam?ganaskah?