Saturday, September 19, 2009

Entri khas pagi raya

Sini gua mahu keluarkan rasa hati gua pada pagi raya ini.
Satu bulan kitaorang puasa,dan ada juga yang tidak puasa.
Tapi itu bukan topik gua mahu cakap.Tentang perasaan gua.

Pagi raya gua sudah plan mahu tutup HP.Tapi gua rasa tidak patut gua
buat macam tu.Sebab kalau gua on pun ni Hp peratus orang mahu kol gua memang tidak
sampai 50% pun.Jadi gua on jam 1200PM.Lepas tu gua dapat banyak sms dari kawan-kawan lelaki dan pompuan.

Gua bangun.Mandi dan basuh baju.Dua hari rendam.Bau baju pun bukan macam bau sabun lagi.Gua jemur baju.Lepas tu gua pasang ni laptop.Pasang lagu keras supaya gua boleh lupa hari ini raya.Gua ambil baldi dan pergi basuh motor.

lepas itu gua cari baju raya baru.Gua cari sana sini.Tapi tidak jumpa.Hati gua makin panas.Sampai tahap memaki pun ada.Gua kasi lupa kejap.Lepas tu gua pergi cari selipar baru gua.Pun tiada.Gua diam.Cuba ingat dimana gua letak.

(ketawa)

gua baru ingat,gua mana ada beli baju sama selipar baru pulak.Gua ketawa seorang diri.Gua pakai baju RAMONES di sepadankan dengan seluar jeans warna kelat gua.Ambik kunci motor dan bertolak ke bank BSN di stadium.Sepanjang perjalanan hati gua tersentuh.Seluruh rumah disini nampak ramai orang.Famili semua ada.Gua teringat kampung halaman.Tapi gua gagahkan ke stadium untuk keluar duit.

Sampai bank,gua kasi keluar rm1000.Buat makan untuk hari ini.Gua pergi isi minyak dan beli top up.Susah gaklah cari top up.Banyak kedai tutup.Sampai city plaza yang selalu busy pun tutup.Gua pergi 7eleven.Lepas tu gua balik.Singgah sebentar di kolej.Gua tengok sunyi.Macam baru kena tsunami.Gua tidak jadi masuk.Gua balik rumah dan kol member-member.

Gua kol ibunda dan abahanda gua.Series,gua punya mata berkaca-kaca.Baru gua sedar,dah lama air mata gua tidak jatuh.Tadi pun hampir jatuh.Tapi sebagai anak lelaki yang rock gua tabahkan jak lah.

Gua keluar lagi ke kedai sebelah rumah.Gua ambil barang.Gua bayar.lepas tu balik rumah.Pasang lagu kuat-kuat sambil makan roti yang baru gua beli.

Raya yang tiada makna bagi gua.2 tahun berturut-turut.Nasib gua bukan jenis meminta duit dari parent.Dulu ya lah tapi sekarang rasa macam malu itu tebal dah.

Gua mahu tidur dulu.

siapa yang gua kol tu sebab gua rasa banyak buat dosa sama kamu.Mulut gua ni macam mesin gampang.

0 comments: