Saturday, September 19, 2009

Dum dam dum dam..Diam..



Masa ini bro ed ada egypt sana.Gua syak bro makan unta punya daging mix dengan ketupat.Tahun ini bro sama adik dia,abut yang juga adik gua.Gambar ini kena ambil waktu raya pertama tapi gua lupa tahun bila.Makhluk yang separuh muka tu pun adik gua,bukan 'benda' lain.


Ok.Dikesempatan ini gua minta maaf zahir sama batin secara live dari atas tilam rumah sewa alor semadom,bandar alor star,kedah darul aman.Gua dengar khabar angin waktu gua pergi baazar ramadhan tadi besok akan raya,bukan kemungkinan,tapi memang esoklah.


Kawan-kawan senegeri kebanyakkan sudah pulang sabah.Gua seorang masih baring-baring atas tilam sambil tengok siling rumah.Rumah?lepas habis kuliah semua berangkat pulang.yalah kan,kalau rumah gua tidak payah naik flight gua sanggup jalan kaki.Ini takkan mahu berenang melintasi laut.Kompas pun tidak berfungsi cari daratan.

Ramai kawan satu kolej bawa beraya dikampung masing-masing tapi gua tolak.Bukan apa,gua tidak suka beraya dengan suasana tidak selesa.Tempat orang.Gua malas jadi pendiam.Awal pagi raya takkan gua join menangis peluk parent diorang.Jadi gua ambil keputusan duduk dirumah sewa.Lagi selesa.Bangun dan tidur saja kerja.Famili sini pun ada ajak balik rumah tapi gua malas.Gua janji nanti.Nanti tu gua pun tidak tahu bila.


Mulai Pagi raya esok gua akan off HP selama 3 hari.Malas mahu layan orang yang ucap raya ni.Tiada masa.Lepas solat raya esok gua mahu duduk rumah.Tidur.Bangun.lepas tu gua mahu gubah lagu untuk rekod hujung tahun ini.KOnsep garage sikit.Oklah.



playlist:
hujan feat raihan-salam aidilfitri ayahanda dan bonda (kalau gua tidak silaplah)


p/s:bazaar hari ini ramai awek lawa.Baru balik kampunglah ni.Lawa-lawa gak tapi plastik sikitlah.Farid kamil gua buat-buat tidak kenal di baazar stadium tadi.Eleh,kalau brad pitt pun gua tidak pandang ini lagi lokal..

2 comments:

PANDA said...

em...
mintak maaf kalau ada terkasar bahasa..
ko paham la,sy ni kasar sikit..Laser pun sy jugak!

SELAMAT HARI RAYA!!

fabrizio morreti said...

maaf?
ingat senang???
duit raya..baru bleh..