Friday, August 28, 2009

hari ini hari jumaat

adik gua dan rapidin (classmate gua kecik-kecik dulu)




Hari jumaat.Macam biasa bulan ini bulan puasa.Member rumah yang lain balik rumah.Cuti 1 minggu geng.Kalau gua di sabah pun gua balik rumah.Waktu ini yang best lepak dirumah oswald mat bunga itu.Gua suka buat onar dibulan puasa ini.Lebih-lebih lagi mengenakan si mat bunga.Tapi sekarang amat berbeza.Jadi perantau.Gua cuma duduk diam sambil layan chatting.Gua sudah ada Wimax sendiri.Gua nama gua sendiri.Ada promosi gua angkat satu.Lagi pun gua memang mahu ambik sebenarnya.Bosan.

Hari ini budak negeri lepak kat rumah.Tidak terasalah sunyi sikit.Semalam gua dengan budak mata sepet jak,macam gay pun ada,tapi gua jiwa keras,tak mainlah gay-gay ini.Satu hari hujan.Bangun pagi gua basuh pakaian walaupun diluar hujan.Malas dah mo tangguh-tangguh kerja ni.lepas itu nasiq budak mergong datang rumah.Gua kenal dia dari budak oldskol.Dia ni jenis lawak-lawak sikit.Gua senang kawan dengan dia.Sememangnya gua jenis suka berkawan.gua tolong dia isi borang spa.Kesian gak nasib dia.dia bermula ok tapi pengakhiran dia tidak berapa baik.Itulah nasib,qada dan qadar yang manusia mesti pasrah.

petang gua chatting adik gua.Sebenarnya gua rindu sama dorang.gua rindu sangat.Gua rasa bila kami bejauhan baru rasa kehilangan yang teramat sangat.Adik lelaki gua satu lagi akan berangkat ke egypt.Gua doa dia berjaya lah.Dulu gua ingat kalau dia jadi pergi jepun gua mau lawat dia setiap tahu tapi dia pergi egypt.3 orang adik beradik gua ada sana.Yang gua ini masih berpijak di malaysia.

Gua dengan adik gua yang rock cam gua cerita pasal plan masa depan kami.Banyaklah plan dari rumah sampailah kehidupan sendiri nanti.Gua rasa tidak sabar lagi.Gua rasa mahu kasi ok keputusan exam ni.Ada 1 sem lagi gua belajar.Lepas tu dah posting.

Kadang-kadang gua banyak fikir.Apalah maksud hidup gua ini kalau tiada muzik.Bukan cara hidup tapi sebahagian hidup gua.Hidup mati muzik tapi balance dengan akhirat,baru hebat..

0 comments: