Monday, August 17, 2009

sepetang dirumah baru


gua dengan budak oldskol dah kuar dari rumah sewa lama.Kitaorang pindah rumah.Dengan suasana baru dan 2 orang penghuni baru.Budak mata sepet dengan budak motor besar.Budak macho dengan budak kiut masuk hostel semula.Rumah sekarang lebih ceria dan enjoy berbanding dengan rumah lama yang terlalu kongkong jiwa gua sebagai rockers.

sekarang setiap petang gua lepak depan rumah,hisap rokok sambil tengok awan.Fuhh..syok.Ketika inilah banyak persoalan timbul dalam benak yang terdalam gua.Mula dari masaalah kritikal dunia,h1n1,cerita-cerita member,kewangan dan yang paling menusuk dalam ialah cerita pasal hidup gua sendiri.

budak mata sepet sound gua.

'wei,lu umur sudah kira 20an ni napa tak da awek?'

diikuti ketawa mengejek beliau.Gua ketawa sambil memikir kebenaran kata-kata beliau.Gua kisah apa.Tapi benda ini ada benarnya.Gua single.Adakah gua volunter menjadi single selama hayat gua?

jawapan yang gua bagi 'tidak'.Gua suka merendah diri.Bagi gua awek-awek ni bagai merak kayangan dan gua cuma burung gagak dirimba.Layakkah gua ini untuk mereka?semestinya tidak.

gua kaitkan dunia realiti dengan dunia gua.

dari tukang kebun sampailah ke ahli politik.Semuanya mempunyai pasangan jiwa.Member-member gua yang bagi gua tidak sekacak dan secomel gua sekurang-kurang mempunyai 2 orang awek,DALAM MASA YANG SAMA!!Apakah perkara ini betul dikepala otak gua sekarang??semestinya tidak.Gua tidak pernah menyalahi diri gua,tapi gua salahkan sikap perempuan sekarang.Gua prejudis tahap maut dengan sikap perempuan sekarang walaupun gua sering dinasihat oleh Manzoskin supaya tidak memprejudis sedemikian rupa.Bagi gua,dia bukan tahu pasal gua.

Gua masih lagi macam dulu bro.Susah hendak dipecahkan dinding prejudis dalam diri gua.Lu cuba fikir,betapa terasanya hati gua dipersampah suatu ketika dulu.Luka yang kronik walaupun dulu bersifat akut.Gua sudah janji,dendam mesti dibalas satu hari nanti.Gua jenis suka diam,tidak suka menzahirkan marah gua yang sering diperkotak katik oleh member lain.Gua tidak kisah sebab gua penting member gua lebih dari seorang perempuan.

Gua panas.panas tahap gila babi.Gua bukan sampah.Gua bukan penjahat.Jangan samakan gua dengan manusia ataupun makhluk lain.Hati gua berpandangan liar,Menjudge sesuatu perkara melebihi tempurung kepala.

Gua sudah plan baik-baik hidup gua sekarang.Sekarang gua tengah cari jalan memperototkan body gua sekarang.Baru boleh mengamuk dibandar-bandar.Korang tunggu dan lihat sajalah.Sebab gua pun tidak pasti plan gua berjaya atau tidak.

Yang pasti gua mahu revenge dua makhluk tidak berhalkum yang memandang gua semacam sampah.Kenapalah makhluk ini melabel gua seperti sampah.Gua mahu bagi korang tengok yang sampah ini adalah satu kuasa regim zalim lebih kejam dari zionis.


*ketawa

p/s:Gua tulis pasal perasaan gua time lepak-lepak petang diluar rumah setiap petang.Gua pinjam wimax dari Skinnyman dari koBE untuk satu minggu.Boleh gua bermain dialam maya seminggu ni.Aiyak..exam minggu depan dowhh..

2 comments:

John Lanun said...

ada girlfriend,katakan single ka bro?hehe

fabrizio morreti said...

mana ada bro..tiada ni..series