Tuesday, August 18, 2009

Nekad

setelah hampir 2 jam gua begaduh dengan akal sendiri,Gua ambik keputusan.Gua sudah nekad yang nekad yang lebih nekad dari nekad nekad gua sebelum ini.Gua sudah kira berapa banyak gua punya jiwa terkorban.

Sebagai seorang lelaki yang beriman pada qada dan qadar gua mahu maju ke hadapan.Gua sudah survey-survey kereta import.Gua sudah cari tanah sesuai untuk buat rumah,gua sudah cari bahan untuk studio gua satu hari nanti.Lepas ini tiada lagi makhluk tanpa halkum selain ibu gua.Ini bukan janji tapi nekad yang gua rasa paling afdal buat masa ini.Sebelum ni mungkin bidaah semata.

sebagai lelaki yang berdarah kacukan orang puteh yang gua kira moden,gua akan lebih utamakan kesihatan terutama body gua.Dulu gua rasa kool berbadan sebiji gitar kapok tetapi gua mahu sesuatu yang lebih berotot supaya gua dapat kawan lebih banyak makhluk anpa halkum untuk menjana kewangan gua.Ini bukan janji tapi nekad.Sekali lagi gua ulang,INI NEKAD GUA.

Gua mahu hidup gua tiada halangan dari jembalang dan makhluk-makhluk semacam ini.
hidup dalam khayalan ini kadang-kadang ajar gua banyak benda,lalu gua ambil sedikit sebanyak cara mahu hidup senang.Itu pun kalau dapat.Sebab itu gua percaya qada dan qadar,jodoh gua buang jauh sikit.Gua masuk 30 baru mula cari.babai,roger n out.

entri ditulis selepas housemate sudah tidur,takut dicium plan B gua.

0 comments: