Tuesday, January 26, 2010

Music when the light out

Sekarang umur dah meningkat lagi.Bila banyak waktu yang kita semua jalani,banyak benda yang kita terpaksa lalui.Tapi ada kalanya waktu itu kita memang tidak mahu terus berjalan.Kadangkala kita hanya ingin 'stay' pada satu tahap.

Dulu waktu gua kecik-kecik gua pernah fikir yang tidak mahu membesar dengan cepat.Gua suka zaman kanak-kanak gua.Penuh ceria,belum perlu fikir pasal tanggungjawab.

Tapi sewaktu gua pergi masuk sebuah tempat hiburan,Gua tidak dibenarkan masuk kerana umur gua masih lagi dibawah umur.Gua pun sakit hati.Rasa tidak sabar pulak melangkah masuk ke umur yang seterusnya.

Bila umur mula meningkat naik begini,jarang benda yang gua dapat gembira.Bila lagi gua terpaksa melangkah banyak masa-masa lelah dan sakit pada dunia sendiri.

Sekarang gua cuma akan gembira bila bersama famili sendiri,kawan-kawan lama yang bagi gua lebih memahami cara hidup gua.

Muzik adalah hidup gua.Hampir setiap masa yang gua langkah kebanyakkan berkisar pada hidup dalam muzik.Bagi gua muzik adalah cinta.Sesuatu bentuk hati yang sukar dizahirkan dalam bahasa manusia.

Muzik dapat memainkan banyak perasaan yang terbuku dalam hati.Tidak hairanlah kalau semua kawan-kawan gua terdiri dari mereka yang gila muzik.Gua rasa famili gua pun ada yang macam gua.

Sekarang gua rasa muzik adalah kawan dan teman wanita.Tapi tidak bermaksud gua tidak akan jatuh lagi.

0 comments: