Saturday, February 20, 2010

terima kaseh sampai hujung bintang

aku lelaki sama macam kamu lelaki-lelaki yang diluar sana.Setiap hari akan timbul masalah yang memang kita tidak hendak jadi,tapi akan jadi juga.Inilah yang dinamakan hidup,tanpa masalah itu bukan hidup.Kita hidup memang untuk menyelesaikan masalah.Tanpa masalah mungkin kita bermasalah kemudian.Okay,siap disini.

Bila aku ada masalah,aku cuba lari dari masalah itu walaupun bagaimana sekali pun tanpa memalukan diri sendiri,itu perkara yang paling penting aku buat jika bermasalah.Aku akan sedaya upaya ttidak melibatkan orang lain bila bermasalah,biarlah masalah yang aku cipta,aku sendiri selesaikan.Tapi bukan semua benda dapat kita selesaikan sendirian.Mestikan ada pihak ketiga yang akan jadi pendengar dan penasihat mahupun pembagi jalan.

Kalau ada satu 'award' yang terkhas untuk diberikan aku akan bagi kepada abahanda sama ibunda.Mereka adalah orang yang pertama sekali aku cari walau bagaimana pun besar atau kecik masalah.Kadang-kadang aku kasihankan tahap mereka ambil berat sesuatu perkara itu,semacam terlebih ambil berat pun ada.Kadangkala terasa bila aku mempunyai masalah,bila bagi tahu abah sama ibu mereka lebih risau berbanding aku sendiri.Mereka tidak pernah abaikan tanggungjawab mereka.Sampai satu masa aku berfikir aku lebih rela hidup bersama mereka selamanya bahkan salah satu impian terbesar pernah aku fikir adalah untuk memberi segala kebahagian kepada mereka suatu hari nanti.

Bagi aku abah dan ibu adalah manusia yang mengilhami aku dari segala perkara,dari segi pemikiran yang abah sentiasa bawa,sikap keterbukaan dalam mendidik kami,dia tidak pernah memarahi apa yang kami adik beradik minat seperti muzik.Tapi mesti dalam cara yang betul dan boleh diterima.Aku suka cara abah,dia tetap ada cara sendiri dan dialah orang yang amat berhak menerima kesenangan dunia akhirat tidak lupa juga ibu.Abah seorang lelaki yang mempunyai fikiran kehadapan,mementingkan persahabatan,mempunyai plan sendiri yan bijak bagi keluarga dan seorang bapa yang paling mengambil berat dalam hal pelajaran.Dia tidak kisah untuk bersusah payah menguruskan hal pembelajaran kami walaupun dalam pada masa yang sama terpaksa melayan karenah anak-anaknya yang pelbagai dan dalam diam aku amat mengkagumi abah.Pernah satu ketika abah sakit dan terpaksa dimasukkan kedalam Wad rawatan kecemasan kerna sakit hipertensinya melonjak naik disebabkan penat menguruskan hal pembelajaran adik aku ke luar negara.Itu belum pasal kerjanya lagi,memang tidak menang tangan.Itulah sebab aku selalu nasihatkan adik-adik yang lain,bila berjaya nanti kita belum berhak untuk merasai segala kesenangan hidup dulu sebelum kita semua menyenangkan ibu dan abah.

Ibu selalu berpesan,jangan silap mencari pasangan dan itulah perkara yang paling ibu takut.Bagi aku mempunyai ibu dan abah yang bersikap terbuka adalah baik,baik dalam semua.Tadi aku punya masalah kewangan.Memang masalah yang paling teruk dalam umur dalam angka 20 ini.Aku memang ingin mengelak dari masalah ini.Aku malu untuk meminta apalagi dengan ibubapa sendiri bila umur sudah menginjak 20 kerna bagi aku ini masa adalah waktu untuk kita membuktikan pada mereka kita sudah boleh berdikari sendiri dan bukan bermaksud kita membuang mereka tapi kita dapat meringankan beban mereka.Biarlah masa ini kita bagi peluang untuk adik-adik kita pula untuk diberi perhatian kecualilah kau itu anak paling kecil.Aku cukup terharu bila kesanggupan mereka untuk menunggu didepan bank sekadar untuk menunggu mesin deposit online semula.Waktu ini aku sungguh memaki mesin deposit bank itu.Aku lebih rela menyuruh mereka balik daripada menunggu.Aku cukup terharu setiap pengorbanan abah sama ibu.Ibu seorang yang penyayang walaupun ibu seorang yang suka cakap banyak.Cakap banyak bukan bermaksud jahat cuma anak-anak tidak mengerti.Aku sendiri akan membalas balik kata-kata ibu bila dia mula berkata-kata tapi percayalah itu bukan niat melawan cuma sekadar seorang anak yang ingin perhatian dan memang habit seorang anak memang begitu kecualilah kamu itu jenis anak yang sungguh berbudi bahasa.Tapi ibu masih lagi seorang yang 1st class bagi aku.1st class dari setiap sudut.


Terima kaseh sampai bulan,bintang dan langit yang jauh tidak nampak untuk abahanda sam ibunda.Aku doakan semua yang terbaik bagi kamu.
.

0 comments: