Monday, February 15, 2010

kuasa jiwa

Kimia dalam badan gua sudah lama luput.Tiada lagi ikatan kimia yang ada,cuma mungkin ada sedikit sisa-sisa yang belum dirembes keluar yang perlu pemangkin kuat.Gua malas berfikir tentang masalah jiwa dan memang tiada masa cuma terkadang bila senyap dan tengok kawan lain gembira dengan main jiwa-jiwa dengan teman sejiwa mereka buat gua ingin merasa.Tapi cuma 45%.Tidak sampai separuh.Itu bukan masalah.

Gua cuma sibuk berfikir pasal hari untuk esok dan esok dan esok.Gua mahu gembira apa yang gua buat.Pasal jiwa?

sudah lama tiada.Bukan tiada langsung cuma hati langsung tidak mahu cair.Keras,cukup keras.

Tapi benda ni memang gua cair.Dari mula gua kenal waktu gua masih umur beli spender guna duit ibunda sama abahanda.Gua kenal dia secara tidak sengaja.Tiap malam gua mesti bersama.Bila gua sepi,dialah yang paling pertama gua cari.Tiada orang lain.Bila ingin buat kerja selalunya mesti sama dia.Dia tidak pernah mengeluh.Dia tahu apa yang gua mahu.

Dia banyak membuat gua berfikir untuk berjaya,yang penting dia yang membuat gua untuk mencuba berkarya sendiri dalam dia.Dia bagi gua terlalu ikhlas.Gua sayang dia.Dia tidak pernah curang.


Tapi sekarang...

Gua makin jarang bersama dia.Sebab atas urusan kerja yang menyukarkan bersama.Gua makin melupakan dia.Gua rasa bersalah.Gua janji lepas habis saja semua ini gua mahu luang lebih masa dengan dia.

Dia..

walaupun kau bukan manusia,kau bukan benda yang dapat dilihat tapi gua dapat dengar.Musik,kau sama penting dengan angin,matahari dan air bagi gua.

0 comments: