Thursday, July 23, 2009

KONSPIRASI JAHAT CUBA JATUHKAN AKU

gua pergi ke bilik senior di tingkat 2.
member gua cakap dia ada benda mahu marah.Gua dengan hati baran gua pergi sepantas kilat ke bilik senior tu.Ingat gua di tingkatan 2 takut denga dia yang dah tingkatan 5?Tapi apa kesalahan gua dengan budak-budak senior?rasanya tidak ada pun.Nak cakap buang selipar senior,kunci senior dari luar bilik pun tiada?hmm..

Gua tengok bilik yang ingin dituju.Lampu masih pasang.Gua sedia inform seorang member gua supaya bagitau konco-konco gua di luar hostel.Kalau ada apa-apa terjadi kepada gua,minta dorang 'revenge' untuk gua.sampai depan bilik senior,gua tendang pintu bilik dorang,biar dorang rasa gentar sikit.Badan gua masa itu masih lagi berketul-ketul bukan macam sekarang.Kurang zat betullah.Nama saja 'undergoverment' tapi makan pun tidak cukup..cis..

Gua sidekick pintu bilik senior tu.Gua tengok ada 6 orang senior didalam.Badan mereka lebih besar dari gua.Dalam hati gua,biar kalah yang penting maruah.Lepas tu gua masuk dengan gaya seorang tukang tarik kereta datang.Gua berdiri didepan mereka semua.


Lepas tu gua salam abang senior semua.Bagi salam.Lepas tu minta maaf sebab terlanggar pintu time masuk tadi,kononya tidak sengaja.Dalam hati gua,tunggulah konco-konco gua datang.

semua senior tadi pandang aku macam tidak puas hati.Salah seorang dari mereka keluar bilik.Dan seorang lagi memadam lampu.Apa jadah taktik perang mereka guna ni?hati gua makin panas.Tapi gua masih lagi diam.Gila kah?dah lah semua didepan besar-besar dari gua.Dalam hati gua cuma bacaan hafalan gua dan ilmu pengasih yang gua belajar dari seorang member.Gua baca dengan tenang.

tiba-tiba gua rasa dibelakang ramai dah makhluk.mereka macam mengelilingi gua.Matilah gua kali ini.Tiba-tiba..



BUZZZ!!!


yarrrkkk...busuk sungguh air ni.Lampu dipasang.Gua tengok member-member gua semua ni ditepi sambil ketawa.

'selamat hari jadi'

mereka ucapkan kepada gua.

sial korang.dari hati yang panas gua sejuk.Tapi apa kejadah siram gua dengan air busuk ramuan senior ni?cubalah siram dengan air coke ka?

Konspirasi jahat member-member gualah.Sebenarnya gua tipu seorang member yang gua befday besoknya,padahal gua saja supaya dapat makan kfc ke?mcdonald ke?

tapi yang gua dapat hanyalah air yang busuk.


*

birthday member gua:

dia menangis sebab gua dengan member lain angkat time tidur ke dalam stor yang gelap dan tiada pengudaraan.Memang hororlah tempat itu.Besoknya kami kena panggil dengan warden sebab ada bekas air kencing dalam stor tu.

0 comments: