Wednesday, July 22, 2009

bermula era baru,dan aku sedang rindukan rokok era

aku berlari laju.cari tempat yang selamat.Dan aku ternampak sebuah rumah di tepi sawah.Rumah itu berwarna kekuningan seperti warna standard sebuah hospital kerajaan.Aku menuju ke pagar rumah itu.

tidak berkunci.Aku berlari masuk kedalam kawasan rumah itu.Aku bersembunyi disebalik kereta BMW berwarna biru.Aku lihat segerombolan wanita-wanita sedang liar mencari aku.Dan mereka terus berlalu pergi.

'oh,selamat lagi kali ini'

ini kali ke 165 aku dikejar seperti ini.Dimana-mana tempat yang aku pergi,mesti akan terjadi kejadian seperti ini.susahnya menjadi pujaan ramai.Aku telah banyak lukakan hati mereka.Dengan alasan aku belum sedia.Apa jadah mereka inginkan aku?
Tidak layak sama sekali aku dengan mereka.Aku cuma penganggur biasa,tanpa rupa yang kacak tapi punya harta berbilion ringgit.Hasil dari peluh aku sendiri.

Sedang aku duduk mengelamun disebelah kereta BMW,yang bagi aku kereta itu hanya layak untuk tukang kebun aku,datang seorang gadis.

'nak curi kereta kah?'

wah,cabul sungguh mulut gadis tu.Tidakkah dia kenal dengan siapa dia tengah terjah ni?lelaki kabaret zaman 2109.Lelaki yang menjadi pujaan datin,janda,gadis-gadis seluruh dunia?Mesti gadis ini ketinggalan.Tapi tidak mengapa,lagi selamat aku sekarang.

'bukan nak curi kereta,cuma kagum sikit dengan kereta ni"

aku saja bagi dia rasa bangga sikit.setakat BMW,50 biji pun aku boleh belilah,kataku dalam hati.Aku pandang mata gadis tu.Cuba mencari unsur-unsur chemistry.Inilah power aku yang menjadi ilham banyak lelaki didunia.CNN news datang temuramah aku hari tu pasal keboleh pancaran mata aku.Tapi aku saja tidak layan.Malaslah publisiti murahan begini.Cukuplah publisiti murahan artis malaysia zaman ini.Tidak rock langsung.

*

bersambung...



P/s:waktu baru ini gua mahu format hidup gua balik.

0 comments: