Friday, July 24, 2009

Kertas itu kuasa



cuti minggu ini aku keseorangan dirumah.Budak macho,budak kiut dan budak oldskol ada agenda masing-masing cuti minggu ini.Aku diajak oleh budak oldskol balik ke kampungnya.Aku tolak mentah-mentah.Aku penat dan mahu mencerahkan semula kulit aku yang cantik ini.Lepas tu budak kiut ajak aku pergi camping.Aku tolak lagi sebab sen aku tidak mengizinkan.Kalau aku join tentu tidak hidup aku sampai gaji ini.Last sekali budak macho.Aku bagitahu aku nak ikut dia.Tapi dia pula tolak aku mentah-mentah.Cis..

Aku dirumah sewa keseorangan.Hanya ditemani laptop dan telepon bimbit.Tapi inilah nikmat hidup sebenar.Inilah masa aku bertafakur sambil muhasabah diri.cis..ayat cam budak berpidato pula.

Aku lapar.Bahan-bahan makanan ada,cuma tinggal untuk dimasak lagi.Apakah ini satu ujian?

bila masa bakat memasak ada pada aku pula?tapi aku relak.Basuh beras macam ibu buat.Lepas itu sukat mengikut ukuran.Lepas masak.

fuh..

memang berbakat rupanya aku ini.Keturunan tukang masak di zaman silam mungkin?
sambil menunggu nasi masak aku pergi ke kedai sebelah rumah.Ambil bahan makan yang patut.Lepas itu aku nyanyi sebuah lagu dendangan p.ramli.Macam sebiji.
kedengaran pula ketukan pintu.Cis..dalam hati aku.

'siapa pula ketuk pintu ni,nak beli barang bukan sinilah'

oppss..abang india sebelah rumah.Suruh aku senyap sikit.Anak dia nangis-nangis dengar aku nyanyi.Rasa nak sidekick pula dengan bro ni.Tapi tidak apa,aku hormat jiran.Aku syak anak abang itu terharu dengar aku nyanyi.Aku senyum bangga sambil melompat-lompat tanpa mengeluarkan bunyian bising.

Aku tengok nasi.Dah masak.Tapi...

**

aku pergi ke kedai sebelah rumah lagi.Kali ini beli maggi dan telur.
Alhamdulilah.kenyang jugak akhirnya.


p/s:nasi sudah menjadi bubur.Kenapa aku benci peribahasa ini?tukarlah nasi sudah menjadi nasi gorengkah?sesiapa boleh tolong masakkan untuk aku silakan.Hadiah misteri menunggu dan semesti gambar dan tandatanganku dibagi free.Jangan berebut ok..

0 comments: