Wednesday, July 22, 2009

hidup ini macam roda,Alah..ayat cam ni budak-budak pun pandai guna...

keberangkalian untuk gua balik raya ini tahun 10/100..
tahun lalu lagilah..0/100,cis..

*

Takut pula jadi Tanggang zaman moden ini,jadi batu?
lepas tu orang akan masukkan aku dalam youtube..
publisiti murahan betul.Gua dah bagitau orangtua gua.Tidak dapat balik.
Alah macam tidak biasa pula,Gua kan rock..
tapi kadang-kadang jiwa rock gua kacau akhir-akhir ini..
Abah gua sakit.Masuk 'emergency'.Sebab hipertensi.
Mungkin Abah gua banyak fikir.Aku lagi risau,sebab di rumah tinggal ibu,abang sulung dengan adik bongsu aku.Semoga abah sihatlah.


*


Hujung tahun ini gua bawa 2 orang member semananjung gua balik rumah.Bagi dorang rasa
kehidupan seorang rockers.gua plan bawa dorang pergi ke gunung kinabalu,boring-boring gua 'support' pergi hollywood.Itu pun kalau gua ada mood lah.Saja bagi dorang rasa hidup Orang borneo macam manakan.Hujung tahu ni gua dengan line up band gua mahu rekod.Mahu rakam single.Band gua sekarang masuk pasaran UK,Us dan negara-negara barat yang lain.Saja tidak mahu jual kat malaysia.Apa barang jual malaysia?Jual sayur lagi baguskan..

*

Gua tidak sabar lagi ke tahun 2011.Gua dah malas jadi student.Gua nak kerja,nak bermuzik,bantu orang sakit,bantu famili gua.Plan untuk ber'kapel' gua tolak tepi.Cukuplah cinta gua buat ****** yang dipersampah.sekarang masa untuk 'revenge'.
Yang penting sekarang 'MONEY'.nanti gua kerja mahu beli rumah.Bawa member-member tinggal sama.Sebab dorang pun macam gua juga.Rock.kalau pasal awek?satu orang pun tidak ada hati,kadang-kadang gua syak dorang ni gay.Gua bukan gay,gua straight punya orang.Cuma awek yang gua suka tidak pernah layan dengan gua.Ini pasallah gua mahu kerja cepat.Mahu simpan duit banyak-banyak.Cukup 1 juta,gua akan berlagak depan dia.Masa itu hati gua tertutup dah.Jadi silalah ambil tindakan awal-awal bagi sesiapa yang sudi.

*

kriteria awek pilihan gua:

rock
tidak hisap rokok
tidak poyo
belum pernah disentuh atau melayan nafsu lelaki lain
fashionable (street wear)
tahu pasal agama
suka dengan famili gua
famili dia suka dengan gua
pandai main gitar
cantik
rambut panjang
kulit putih
pandai cakap orang putih
berkerja
sayang gua sampai mati
pandai masak


*

gua rasa memang dunia ini sedang berputar.Kadang-kadang gua diatas tapi selalunya dibawah.


P/s:selamat kahwin cik nurol hernani..

0 comments: