Friday, July 31, 2009

sekali sekala bernostalgik apa salah?

Kali ini, aku ingin berkongsi dengan kalian semua tentang pengalaman aku putus cinta satu masa dahulu.sekali sekala apa salahkan?yang aku tahu post kali ini aku akan padam pada masa yang cepat.Malu jugalah wei..

Aku dengan member-member yang lain baru sahaja selesai dari terkena hukuman dari sang cikgu disiplin atas kesalahan yang tidak berapa besar.Dan aku lupa pula pasal apa.Time aku melintasi satu kawasan yang yang dipenuhi pelajar-pelajar yang sedang bersedia diperiksa kuku,baju dan apa jadah semua,aku terpandang seorang gadis.Aku memandang dia lama sehinggakan aku rasa tiada apa benda yang berlaku didepan atau disekeliling aku.Yang aku tahu dia dan aku saja ada di waktu itu.Otak aku melopong seperti tidak ada satu benda pun yang telah berlaku.

Itulah, dia, cinta pertama dalam hidup aku. Aku masa tu sangat naif. Jauh aku fikirkan tentang masa depan aku dengan dia. Sangat jauh. Aku pun tidak faham kenapa aku sangat bodoh dan optimis tak tentu pasal. Masa tu bagi aku, dia adalah yang pertama dan yang terakhir. Tiada dua. Tiada tiga. Hanya satu. Demi Tuhan ketika itu aku tak dapat bayangkan hidup dengan orang lain selain dari dia. Ya, sampai begitu sekali.

Itulah jawapan kepada kenapa aku memilih untuk single selama 6 tahun. Selepas 6 tahun tu baru aku sedar. Aku ada masalah. Masalah yang menghadiahkan aku sebuah saiz impak dan kesan yang maha besar dalam hidup aku. Kesan yang aku akan heret sampai mati. Sejak dari kecil, aku ada masalah untuk 'letting go'. Tak kiralah ianya tentang perihal romantis atau persahabatan. Atau mainan sekalipun. Tapi bila aku dah tak suka aku akan pantas melupakan. Aku ada masalah untuk lepaskan perkara yang sepatutnya aku lepaskan.Dulu aku sangat suka menoleh ke belakang. Itu fiil yang kononnya sebati dengan diri sejak dari dulu. Aku akan buka kitab sejarah lipatan hidup bila mula berseloka. Bila mula mulut, aku cenderung memberi omong tentang perihal adam dan hawa. Malahan lirik bagi semua lagu EP pertama band aku adalah tentang ketidakpuashatian aku terhadap apa yang dia buat pada aku.

Dulu aku fikir aku sangat sayangkan dia. Aku susah nak lupakan dia. Tapi aku silap. Sayang itu bagi aku, akan hilang dimamah masa. Ianya tidak akan sama. Matematiknya bukan begitu. Apa sebenarnya yang terbuku dalam hati aku selama 6 tahun itu adalah rasa tidak puas hati. Aku tak puas hati dengan jawapan dia berikan pada aku ketika mahu meruntuhkan satu ikatan yang bagi aku sangat suci. Aku tak puas hati sebab diperlakukan seperti sampah. Kerana dia membohongi aku dan tidak jujur pada hubungan kami. Aku tak puas hati sebab aku seorang sahaja yang kecewa memakan diri sedangkan dia sedang bergelak ketawa dalam pelukan seorang adam lain. Aku tak puas hati sebab dia tidak hormatkan aku. Aku sangat tidak puas hati.

Tapi, apa sebenarnya yang ingin aku puaskan? Puaskan hati sendiri? Puaskah aku jika aku dapat membalas stiap detik kecewa aku kepadanya kembali? Begitu?

Kenapa aku biarkan diri aku terhenti pada satu titik sedangkan dia laju mara ke depan? Kenapa aku seksa diri aku sendiri pada tempoh itu? Untuk apa?

Bila umur sudah hendak masuk 20an ni,bagi orang lain umur ni masih muda,tapi bagi aku waktu inilah bermulanya sistem baru pergolakan minda aku,baru aku sedar...

Sebenarnya...

Aku sedar...

Aku sudah berjaya...

Sudah lama aku lepaskan dia. Cuma aku sendiri yang tidak sedar.

Kita boleh bahagia jika itu yang kita mahu.

Kata kalian?

tapi prejudis menghalangi..

2 comments:

PANDA said...

waahhh!!!!

15 years old ko sudah berchenta??
maha dasyat ko neh!

fabrizio morreti said...

mana ada..hahaha