Friday, October 30, 2009

when sun goes down part 2

Dengar-dengar lelaki megi sudah tamat pengajian dia sekarang.rasa meluat dengan dia masih trbuku-buku.
Sekejap sahaja rasa.Dulu waktu mendaftar dia adalah orang yang paling 1st aku Pangkah.
Sebab kehipokritan dia.Kedunguan dia,perfume dia dan sebab dia macam anjing yang kejar tuan.Akan terus berlari ikut belakang.

Kau pula macamana?adakah masih tahap yang sama atau sudah punya fikiran luar tempurung kepala?Ya,aku cuma gurau,tapi tidak semestinya benda itu bukan benda yang ternyataan.

Semalam Ded kol aku.Dia tanya pasal bila aku pergi melawat dia,sebab dalam hujung tahun ni dia akan balik ke kampung semula selepas tamat pengajian.Ded khabarkan kau sudah jauh dan jauh.Peduli apa aku.

Yang aku tahu dulu kau cool,rendah diri dan hormat orang lain,tapi bila engkau naik anak tangga lain kau mula tentang arus dunia sendiri.Aku tahu pasal apa.Tapi itu kau.Aku lain dan engkau lain.

Sekarang aku ada di dunia yang berbeza,sekali sekala tergelincir dari landasan.Betul,tapi aku masih simpan niat untuk naik landasan semula.Kau kasihan.Sungguh kasihan.

Si lelaki megi?
sudah lama tidak dengar khabar dia.Mungkin dia sudah beraya dengan hidup dia.Aku pula baru mula kembali.


sebuah lagi helaian kertas dijumpa..

0 comments: