Saturday, October 17, 2009

Heavy smoker

'Hang ni jarang senaman,tak keluar peluh..satu lagi,jantung hang ni banyak sangat hisap rokok,kalau boleh hang berhentilah merokok,sat lagi kalau hang dah tua mesti sekejap letih'

Tukang refleksologi cakap sama gua itu malam.Gua boring itu malam,member gua nasir yang juga kerja sebagai pengurut kaki lepak rumah,gua pun mintalah dia tolong urut gua.

Gua rasa cakap dia ada betul.Gua memang heavy smoker,bukan gua tidak sedar tapi tahap kecanduan gua sama rokok memang tahap kritikal.

Lepas makan mesti cari rokok,lepak kejap mesti rokok,tension kejap rokok..Asal buat kerja sikit mesti rokok.Nasir sound lagi,gua bakal mengubat orang tapi diri sendiri tak berjaga.Ada betul juga.

Bukan tiada niat untuk berhenti rokok sebenarnya.Memang niat mahu berhenti rokok.Karen,Heyho,ibunda,abahanda semua suruh gua berhenti rokok.Tapi kadang-kadang bila benda itu kita sudah terbiasa,ia jadi macam kebiasaan,seperti makan nasi kalau sehari tidak makan lebih rasa macam sesuatu yang tidak kena.Tapi gua lebih sanggup tidak makan berbanding tidak hisap rokok.Astagfirullahalazim.

Seingat gua,mula ambil rokok ini waktu zaman gua sekolah rendah lagi.Tapi waktu itu sembunyi-sembunyi.Curi-curi hisap rokok.Sampailah umur gua sekarang.

Sekarang,bangun awal pagi mesti sarapan dengan rokok,balik rehat pagi mesti rokok,rehat tengahari mesti rokok,balik petang rokok sampai ke malam.Setiap hari.Gua bayangkan jantung gua yang makin kelat dan berat dengan tar.

Tapi selepas nasir sound semalam gua berfikir panjang.Memang banyak benar cakap dia.Gua terfikir benda-benda masa depan.Gua mahu hidup yang sihat.Duit pun boleh save lagi.Baik gua guna duit itu beli benda-benda lain.Disebabkan background gua sekarang,kawan-kawan yang terdiri dari perokok tegar,gua rasa peratus untuk memberhentikan merokok itu jauh.Jadi gua plan berhenti perlahan-lahan.Mulakan dengan hisap rokok daun.Walaupun beza asap yang dihasilkan tidak sama tapi gua rasa inilah cara yang baik untuk berhenti secara perlahan-lahan.

Adakah rokok yang tidak membahayakan kesihatan?

0 comments: