Saturday, October 10, 2009

KAHWIN



Minggu lalu kalau tidak silap gua,ibunda kol.
Dia inform yang kakak sepupu gua yang di netherland(sempadan ranau dengan tambunan)kahwin.Kakak jannah.gua dikhabarkan lebih dari setengah penduduk borneo utara datang yang juga merangkap ahli kerabat keluarga besar bahagian abahanda datang.diberitakan kapasiti kenderaan yang datang pada hari itu tidak cukup ruang untuk di'parking lot'kan Gua rindu dengan kampung halaman abahanda.Disini cuaca sejuk,nyaman,jarang dengar bunyi bising,sosial masih lagi ditahap membanggakan,tidak akan terlihat lelaki pakai subang,perangai manusia masih lagi berpegang teguh kepada hukum manusia,hutan yang masih hijau dan sungai-sungai yang masih lagi mempunyai hidupan semulajadi dan dijaga.Gua yang diperantauan ini mulalah teringat pada zaman kanak-kanak.Edu dan aki masih lagi hidup.Ikatan adik beradik dengan sepupu pun masih lagi boleh dibanggakan.Bukan apa,bila umur sudah meningkat begini,gua semakin segan dengan sepupu yang lain.Tidak lagi seperti dulu,yang boleh bergurau senda.Gua ingat lepas ni gua mahu rapatkan balik jurang yang tercipta yang menyegankan ini.Gua mahu darah-darah yang ada kaitan dengan gua kuat,jangan dipijak dan jauh dari racun dunia.
Gua rasa benda ini penting.Satu hari nanti kita mesti akan hadapi masaalah yang tidak dijangka,kalau bukan keluarga siapa lagi akan 'back up' kita?

*ketawa*

sebentar tadi bersamaan tarikh hari ini dikalendar gua 10/10/2009,kakak sepupu gua sebelah ibunda telah melangsungkan perkahwinan.Gua tumpang senyum dari jauh.Satu lagi ahli keluarga gua tamatkan zaman suka-suka.Dibuat di kampung sebelah ibunda di barat london(tenom).Gua kol abahanda tadi.Dengar bunyi bising.Abahanda infom yang kakak nini kahwin hari ini.Dalam kepala gua cuma ada gadis-gadis lawa.Kira sepupu gua sebelah ibunda ni lawa-lawa lah juga.Tapi,takkan gua mengorat sepupu sendiri.Nanti gua bagi kenal dengan member gua yang ada kriteria bakal jadi jutawan sama lu orang.Hamba wang.

Gua rasa memang beruntunglah siapa bakal suami kepada kakak sepupu gua ni.Dia jenis tidak banyak jalan,komitmen terhadap keluarga yang tinggi,sifat keibuan perfect,memang sesuai jadi bakal bini solehah.Dan yang penting rupa pun ada.

*ketawa*

Abah selitkan sikit pasal adik gua yang mahu berangkat 17hb ke egypt kalau gua tidak silap pasal tarikh inilah.Adalah sikit-sikit benda yang kitaorang bualkan.Gua rasa macam mahu lawat dia sebelum berangkat inilah?

Gua kira-kira tarikh hari tu..bukan waktu cuti.Gua terpaksa tidak akan jumpa dia selama berapa tahun kemudian.Mungkin 5 tahun atau 6 tahun.Gua doakan keberjayaan kamurang disana,bro ed,bro abut sama bro endu.Kalau gua kaya gua lawat korang disana.Insyallah.Gua tunggu korang disini.

Gua pulak.

Bila fikir pasal kahwin ni gua risau.Bukan niat gua mahu kahwin tapi bila gua teliti pasal cara hidup gua sekarang banyak lagi yang kurang,terutama pasal Ketuhanan.Gua makin banyak lupa pasal ini.Gua mahu berubah kalau boleh sekarang.Rok yang seimbang.
gua tidak mahu anak-anak gua nanti jadi macam gua.Semua orang pun macam tu kan.
Gua ada kenal ramai perempuan.Tapi dalam hati gua tiada satu pun yang mencairkan.Gua tunggu masa untuk lari.Secara aman dan damai.Komitmen gua tidak sampai 10 peratus untuk benda ni.Tapi ingin mencuba selalu ada.Cuma dalam jangka masa yang singkat,tapi gua tidak mahu kecil hati sesiapa.Gua mahu lari dengan aman tanpa melukakan apa-apa dari diri orang.

Gua masih lagi fikirkan jalan macamana mahu dapatkan Nikon ni.Bilalah dapat jalan ini.Waktu sekaranglah benda ni penting untuk rakam saat-saat penting.Apa kata korang derma rm1 seorang sama gua?

0 comments: