Wednesday, October 28, 2009

When sun goes down

Lama tidak memblog pulak.Ramai member tanya 'lu pesal mat?semenjak akhir-akhir ni macam mood tidak berapa ok,lu ada masalah ka?'.

Masalah?macam tiada.

Sebenarnya aku terbanyak fikir,aku malas jadi seorang sarkastik.Kadang-kadang manusia ni bukan semuanya pandai menilai tahap keperibadian orang lain.Memang aku akui semenjak akhir-akhir ni aku mood tidak berapa ok.

walaupun aku bukan jenis orang camni tapi tahap keegoan lelaki macam aku ni hampir sampai tahap yang orang kata klimaks.Aku mahu gaduh.Aku mahu rebel.Tempat yang aku tuju bukan sini.Hati aku bukan sini.Jadi tidak hairanlah aku moody sikit.

Aku terus terang semakin lama dalam bidang ini aku makin suka,Tapi suasana yang aku diami sekarang bukan sama dengan cara jalan hidup aku.Bayangkan kau terpaksa menghipokritkan diri,tunjuk bukan diri kau sebenar.Tapi bila tunjukkan diri sebenar fikiran orang semacam menidakkan setiap jalan yang kau jalani.

Aku suka tidak kemas,cakap suka lepas tapi itu hanya bergurau.Tapi bila bersama orang-orang disini itu jadi satu perkara yang komplikated.Gurauan itu bermaksud perang.Nasib aku jenis pengalah bukan sebab lemah tapi sebab rasa hormat perasaan orang masih ada dan tidak mahu menghadkan pergaulan sesama sendiri aku mengalah.Ya,aku setuju semua orang bukan sama,tapi itu bukan jadi alasan sebab kau sendiri tahu,kau berada ditempat yang penuh dengan bagai fiil manusia,jadi kau harus terima,ini mungkin menyebabkan ketidak adilan terhadap privasi atau menghadkan pergaulan sesama sendiri.

Memang definisi yang aku buat ini mungkin tidak boleh diguna pakai,Tapi jika kau memahami cara untuk bergaul kau akan megiyakan.Satu hari nanti kalau kau mula berjalan dari satu tempat ke satu tempat kau akan jumpa bagai jenis orang.Series aku cakap yang aku tidak akan kekok bila jalan seorang diri di satu tempat.Sebab aku banyak belajar dari ramai orang.Bukan mahu bagi tahu yang aku ni hebat,tapi belajar cara bergaul dengan berbagai jenis orang akan buat kau senang melangkah dari tangga ke tangga yang lain.

Jangan sesekali mulakan perang,sebab kau mungkin akan kalah bahkan terima kekalahan yang lebih teruk dan semestinya sedikit sebanyak psikologi kau akan down.Waktu ini betapa senangnya kau akan jadi bahan ujikaji manusia.

Mungkin mulut kau kata yang benda sebegini tidak akan berlaku,tapi kau mesti ingat kata-kata berkuasa penuh terhadap dunia liberalisasi atau mana-mana ideologi sekalipun.Kau akan jatuh dan terus jatuh.percayalah.

Cukup megarut.

Aku meluat sama lelaki megi,Macam mahu ludah saja muka.Aku tidak faham,manusia hipokrit macam ni pun ada orang yang memperjudikan hati sama ini manusia.Sila sedarkan diri kau.Masih sempat.Bukan mahu merosakkan hubungan orang tapi sila faham situasi kau sekarang.Lelaki macam begini tidak sesuai untuk kau.Lelaki yang baik lagi kau boleh dapat,series.Mungkin kau cakap,aku tidak tahu apa-apa pasal dia.Ya,series memang aku tidak tahu.Tapi lelaki macam ini hanya memperbodohkan diri dia sendiri,lelaki jenis ikut belakang,bukan sifat lelaki yang betul lelaki.
Aku meluat,bila kau ke depan dia akan cari jalan mahu terus ikut kau dibelakang,lepas tu buat topik yang bodoh untuk mulakan cerita.

Lelaki jenis hipokrit.Meluat aku.Ya meluat.Research yang aku buat,hampir semua penduduk bumi ini memang meluat dengan manusia ini.Kau?fikirkanlah.Tapi kalau kau cuma berkawan dengan dia,kau harus memperhadkan cara kau bergaul dengan dia.Sebab dia sudah mempertaruhkan segala tanah,harta untuk kau.Aku paling benci perfume yang dia guna.Macam bedak 'sakura' yang dibuat untuk main karom,billiard lepas tu bila cerita dengan orang macam dia anak raja.Memperolokkan orang lain tapi tidak sedar betapa teruknya dia.

Hipokritkan.Banyak lagi kau belum tahu pasal dia.Sebab semut yang dia pijak depan kau pun tidak mati.


tulisan yang gua jumpa dibawah kerusi gua,memang tip top punya luahan..lu masih boleh lari lah..

0 comments: