Saturday, July 10, 2010

Air mata


Gua seronok bila ramai member-member gua sudah kerja,walaupun tidak kisah apa jenis kerja mereka.Gua seronok dengar cerita mereka ditempat kerja.Lainlah kalau cerita si mat bunga,cuma 40% saja yang boleh dipercaya selebihnya Allahualam.

Lantas gua terimbas balik cerita masa tahun-tahun yang lepas.

Gua masih ingat zaman gua sekolah.Gua ingat lagi part-part penting dalam hidup gua macam part ambik spm dan tidak lupa part jumpa 'van'.Bagi gua itu part paling penting dalam hidup gua,bukan sebab apa cuma itu part yang boleh gua cakap sama lu semua part yang buat seluruh perasaan gua bergerak macam mesin,setiap kali terlihat 'van' ada tindak balas berlaku tidak kira dari kaki sampailah ke kepala.

Berbalik pula masa sekarang,banyak benda sudah berubah.Dulu budak-budak yang gua boleh buli sudah besar,ada yang besar dari gua.Awek-awek sekelas gua pun sudah banyak yang kahwin bahkan ada yang sudah beranak.Gua seronok tengok.Bukan awek saja,member-member gua sendiri pun sudah ada yang kahwin.Jodoh.


Dan yang paling penting,dulu aru masih ada.Dulu kecik-kecik,gua suka balik kampung ibunda.Gua suka suasana kampung,gua suka musim buah dalam masa itu,ibunda melepaskan rindu dengan aru.Aru akan bercerita pasal ceritanya tapi gua sudah lupa.Aru juga nenek paling terakhir gua sebab bahagian abah dua-dua sudah tiada.Masa ada aru,ada saja kenduri yang dibuat untuk meraih apa-apa saja majlis macam hari ibu,hari keluarga, masa itu baru keluarga besar semua berkumpul dan masa yang sama gua dapat kenal keluarga-keluarga gua sendiri walaupun gua ada sedikit kekok untuk bergaul dengan mereka.Mungkin sebab perasaan malu.

Sekarang,aru sudah tiada.Gua tidak tahu arah tuju selepas ini keluarga ibu.Masih adakah majlis yang macam dulu tanpa aru?atau semua bawa diri masing-masing?Tapi gua harap seseorang jadi penyelamat.

Gua lupa bila masa terakhir air mata gua jatuh.

Tapi selepas aru pergi,air mata gua jatuh.

Gua mahu hidup teratur.Gua mahu cari awek macam aru.Gua mahu jadi baik.Air mata itu nikmat kalau lu semua fahami.

0 comments: