Thursday, March 12, 2009

ya..itu cuma fantasi

Aku pasti setiap seorang dari kita mempunyai 'cinta fantasi' masing-masing. Maksud aku kasih dan minat yang tinggi terhadap seseorang yang kita gelarkan, selebriti. Tak kira selebriti dari dalam atau luar negara. Hollywood, Bollywood atau plywood sekalipun, asalkan namanya selebriti.

Pokok pangkalnya si polan itu mempunyai ruang khas di dalam hati kita masing-masing. Orang yang kita minat. Adore. Atau mungkin idolize.

Kita semua ada keunikan tersendiri bila memilih seorang untuk kita 'puja' dan tengok. Unik maksud aku adalah kriteria dan karakter tertentu yang boleh menyebabkan kita suka kepada selebriti tersebut. Selebriti di sini merangkumi berbagai jenis manusia. Penyanyi, pelakon, ahli sukan, ahli muzik, rockstar, pelakon porno, tokoh politik, ketua kampung malahan pembaca berita sukan sekalipun. Senang cerita, mereka itu adalah seseorang yang agak dikenali ramai.

Kenapa setiap dari kita akan ada seseorang selebriti yang kita suka? Setinggi mana tahap minat tu terpulang - aku tak nak ambil tahu. Yang penting, aku yakin setiap orang ada "cinta fantasi" mereka masing-masing.

Kenapa?



Senyuman ini sentiasa buat aku tersenyum



Kerana paras rupa? Gaya percakapan? Atau disebabkan attitude yang tersendiri?

Dulu, aku selalu war-warkan aku suka sangat pada Agnes Monica. Ya, sekarang pun aku masih suka kepada dia cuma agak mengabaikan dia sejak kebelakangan ni. Maafkan aku, Nez.

Sebenarnya itu adalah salah satu mekanisme pertahanan yang aku cipta untuk menjauhkan diri aku dengan perempuan. Dulu aku menolak dengan sebarang jenis bentuk hubungan romantis dengan kaum Hawa ketika aku masih dalam proses "penyembuhan". Untuk mencipta satu dimensi hubungan yang unik dengan kaum berlawanan, aku menemui Agnes.

Suara dia lunak. Aku suka dengar dia ketawa di dalam peti televisyen. Aku suka dengan senyuman yang paling manis pernah dimiliki oleh seorang manusia. Bagi aku, wajah dia dalam video clip 'cinta mati' bersama Ahmad Dhani, adalah ibarat wajah seorang dewi.

Bagi aku juga, ciri fizikalnya menghampiri sempurna. Tidak sempurna kerana itu suatu yang mustahil. Ingat, ini adalah ruang litup fantasi aku. Jangan pandai-pandai nak cakap dia begini atau begitu.

Dia menjadi ikon atau 'dewi' untuk aku suka dan puja. Untuk aku mendabik dada, aku suka pada Agnes Monica tanpa segan silu. Bukan aku anggap dia sebagai objek. Bukan begitu. Cuma, itu tindakan yang tidak aku rancang . Cuma sejak baru-baru ini aku mula perasan kenapa aku amat gilakan dia sebelum ini.

Bila aku mula sedar tentang hal itu?

Bila aku mula buka ruang hati aku untuk 'perempuan alam nyata'. Bila tumpuan aku sudah beralih, maka ruang untuk Agnes Monica bermaharajalela semakin berkurangan. Malahan kadang-kadang tu, langsung terus aku lupa yang aku pernah suka gila babi kepada Agnes Monica.

Adakah sebelum ini aku hidup dalam denial? Denial sebab aku menutup ruang-ruang itu kepada kaum hawa yang nyata?

Entah. Aku anggap itu hanya proses normal yang berlaku bila seorang pria seperti aku pernah disampahkan oleh seorang dara.

Sesuatu yang tidak nyata dan hanya berlegar dalam fantasi tidak banyak songeh. Hanya perlu ada 'aku, dia dan fantasi'. Tiada sebarang sempadan. Namun fantasi sepatutnya kekal hanya di dalam fantasi. Ianya sesuatu yang agak mustahil walaupun ada kebrangkaliannya yang kecil, tapi kita boleh anggap semua itu sangat mustahil.

Mungkin bila kita kenal manusia yang kita puja itu dalam dunia realiti, kita mungkin akan kecewa. Atau sakit hati. Atau marah.

Kenapa? Kerana mereka itu hanya manusia biasa. Dan lebih malang lagi, bila mereka tidak menepati expectation yang kita letakkan kepada mereka yang selama ini kita cipta dalam ruang litup minda dan fantasi kita tersendiri.

Apa yang berlaku dalam minda, biarlah kekal di dalam minda. Apa yang berlaku di dalam internet, biarlah kekal di internet. Apa yang berlaku dalam bilik air, biarlah kita seorang yang tahu, kan?

*aku dah makin meroyan ni

Bagaimana dengan kamu? Pernah sukakan selebriti tertentu? Sejauh mana kamu sukakan dia?

Lelaki dan perempuan mungkin berbeza. Tapi aku rasa, lebih kurang je kot.

Aku ada baca sebuah petikan di dalam internet yang bunyinya lebih kurang macam ni:

"girls who strongly idolized a male celebrity had more experience dating, reported secure and preoccupied attachments to same-age boys, and were rated higher in materialism. Higher idolizers also engaged in more interactive and sedentary activities. Girls who strongly idolize male celebrities thus like boys more in general and buy into other aspects of commercial culture."

ERKKK!

Betul ke?

1 comments:

ThE_D@Y Go_nO_oNe said...

Oo...cni ko ambur suma taik2 ko ah...xpa2...hahahaha