Kalau dulu,tiada kisahlah kalau henpon tinggal dimana sekali pun.pergi mana mana tidak kisah sebab hidup masa dulu komitmen untuk diri sendiri saja sekarang gua mesti fikir pasal si mami juga.Gua punya risau menjadi jadi.Tambah pula outstation di tempat yang siaran langsung telepon sangat terhad.Dalam satu kampung itu kadang kadang mengambil masa lagi untuk berjalan cari line telepon.Pernah satu subuh gua berjalan sendiri ditengah gelap belukar cari line.Dulu gua tiada kisah benda ni.Sekarang sudah natural untuk menanya khabar si mami.
Mengambil iktibar hal ini gua mula mempercayai kata kata orang orang pandai zaman dulu.
'sayang adalah segala galanya,tidak kisahlah lu rock,samseng,mata duitan,ahli politik,kaki kipas,penyamun,kaki eskep sekalipun kalau sudah sayang cair macam coklat yang kena panas'
Pedulilah apa orang kata sebab hidup ini mesti ada komitmen untuk bahagia dunia akhirat sekalipun kita rock pakai selekeh rabak segala.
Buat si mami,ini bukan main main punya sayang.kalah sayang kinabalu lagi.sebab hati gua sudah hundred percent lu ambik.
Series,gua sayang lu.
*mode romantis*
Saturday, April 21, 2012
Dunia zaman batu
Posted by fabrizio morreti at 7:56 AM 0 comments
Wednesday, January 4, 2012
i wish you knew how much i love you.
Dalam hidup ini banyak benda yang tidak dirancang.Unplanned.
I love you so much.I really love you.Ya,its you.
Posted by fabrizio morreti at 8:50 AM 0 comments
4th january 2012
There are something word cant explain with any beautiful human words i can explain it.Ya,fall in love.I thought im too strongest than any wall in this world but this day im so melting and i choose her be my life.All my life is about her seriously,i dont care if hurt.
before.
gua rasa hidup ini cuma muzik yang boleh buat gembira,gua tidak perlu hati walaupun ada yang datang singgah.Gua benci pada lagu yang mendayu dayu merayu,meluat,jijik dan gua tidak suka pada 'relationship' yang dibina atas dasar setia suka sama suka,gua tidak faham kenapa perlu ada rasa cemburu,sayang pada manusia atas dasar cinta yang dipanggil mereka mereka semua.Gua memang ada rasa suka pada manusia lawan jenis zahirnya cuma gua tidak suka semua semua ini.serius sangat tidak suka dan menjadi seorang rockers itu sudah menjanjikan gua satu hati yang konkrit.
After.
Hari ini gua sudah punya hati yang sangat merah,gua punya cemburu yang sangat tinggi secara batinnya kerana rasa sayang yang mendalam,sekarang gua faham betapa seninya lagu yang merayu mendayu dayu,gua mula mencair menjadi cecair yang sekejap lagi boleh menjadi gas yang bakal melayang di ozon atmosfera kerana rasa sayang yang mendalam,gua mula merasakan betapa hidup ini indah dan sangat cantik pencaturannya yang telah dibukukan oleh Allah buat hambanya ini.Sekarang gua mula percaya bahawa tanggungjawab terhadap hati yang kita suka itu benar benar mula mematangkan kita,sampai satu ketika itu banyak benda yang tidak dapat dizahirkan dengan kata kata,hanya satu perkataan saja yang mungkin dapat meng'klu'kan maksud tersirat sang hati mungkin perkataan 'love' walhal benda yang ingin dimaksudkan itu bukanlah dapat menzahirkan seluruh maksud hati kita keseluruhannya.
Sekarang gua tidak lagi perlu mencari apa-apa dalam hidup ini melainkan keredhaan dari yang maha Esa dan mencari sebanyak mungkin kegembiraan buat dia.serius,gua sudah benar benar jatuh cinta.
Untuk pertama kali gua berani memberitahu semua teman teman rapat yang gua sudah jatuh cinta dan gua tidak kisah anggapan orang.
Posted by fabrizio morreti at 8:25 AM 0 comments
Wednesday, April 13, 2011
4/4/2011
Aku bangun pagi ini dengan emosi yang stabil.
seusai sarapan musik pengeras diri,aku mandi.
Duduk seketika memikirkan diri.
Ya,lelaki kurus ini perlu pedoman juga pada zahirnya masa yang mulai memaksa untuk digest waktu-waktu penting dalam diri.Baru 2 hari setelah bergaul semula dengan orang yang lebih tua dari umur aku.Aku masuk kembali ke dalam dunia orang besar.
Cuba masuk dalam dunia yang lebih realistik.Umur aku bukan lagi dizaman hingusan cuma wajah yang nampak kebudakan sebenarnya bukan untuk aku banggakan seperti yang sebelum ini.
Aku lebih memikirkan ruang hidup aku yang sempit waktu sekarang ditambah dengan keperluan hati yang benar-benar menyesakkan dada aku setiap masa.Semalam aku duduk seharian diluar rumah sehingga lupa akan masa yang berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.Ya,aku semakin memikirkan faedah yang aku dapat setiap sesaat masa yang berlalu.
Aku fikir adakah selama ini aku hanya mengikut rentak orang lain?
Tapi dalam kepala aku ligat berkata selama ini aku sendiri yang merentakkan hidup aku.Sebab aku bukan jenis suka ikut rentak manusia lain zahirnya.Bagaimana pun aku sedar semenjak dua menjak ini aku lebih banyak mengikut rentak hati sendiri tanpa berpada-pada.Yang aku dapat kegagalan.Tapi fikir positifnya,banyak kekurangan itu ada pada tempat aku.Dari fizikal paras hingga ke hidup atau mungkin budaya yang berbeza.
Sekarang,aku cuma ada beberapa ribu jam lagi untuk meninggalkan zaman belajar aku dan tidak pasti bila lagi aku sambung belajar.Dan aku mula terfikir apa benda yang aku tinggalkan dan pencapaian terbaik yang aku sudah buat yang pasti tiada pencapaian terbaik lagi setakat ini sebab aku tidak pernah berjuang bersungguh sesuatu dalam hidup aku kecuali baru-baru ini dalam misi aku memenangi sekerat hati yang sudah pun menemui kegagalan dan menginfeksi seluruh jiwa aku untuk tidak lagi mencuba untuk berusaha dalam bidang jiwa jiwa.Sakit,pedih,gila,air mata semua sudah tumpah pasal sang hati.Baru aku tahu sakitnya bagaimana.kasihankan.Semua kegagalan aku puncakan dari diri sendiri.
Dalam masa muhasabah diri,aku terfikir semula pasal angan dan impian aku sebelum ini yang hampir aku jadikan kenangan iaitu muzik.Kadang-kdang aku fikir apa ada dengan impian aku yang tidak hebat ini.Tapi bila aku fikir dalam dalam,kepuasan aku ada pada muzik.Tapi aku tidak mahu jadikan impian aku merosakkan diri aku sebelum dan selepas.
Aku sekarang seperti orang yang baru saja mengalami kemalangan teruk dan sedang proses penyembuhan.Trauma dan parut semua masih jelas.Aku semakin banyak membaca,semakin cuba mematangkan diri dan cuba nampak biasa seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku sebelum ini walhal dalam hati aku sedang mengalami trauma yang berpanjangan.Betapa seriesnya sakit itu.
Baru aku sedar,betapa manusia ini bijak mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah walaupun dalam sedar kau semua sedar akan benda ini namun jika hati kita sudah membutakan,semua nampak seperti berbaloi dan baru aku sedar teman teman yang terdekat betapa bodohnya dahulu.Sanggup mengadaikan ringgit,masa dan cakap cakap orang demi mendapatkan benda yang disukanya dan akhirnya menemui jalan buntu.Aku faham dan tahu perasaan itu semua setelah diri sendiri terkena.
Kadang-kadang aku sungguh cemburu pada mereka yang punya luck dalam hidup mereka.Semua benda yang di ingini sungguh mudah mendapatkannya berbanding dengan aku yang terpaksa bermati-matian untuk mendapatkannya.Sekarang yang aku mahu penyesalan tapi bukan aku,untuk mereka-mereka yang pernah mempersampahkan aku.
Sekarang,aku mesti teruskan semuanya kembali.Aku harus melihat kedepan dan menjadi se'cool' seperti dahulu tanpa memikirkan kekurangan diri.
Aku mahu dikenali,mahu di hormati dan dicemburui oleh mereka mereka yang sebelum ini memandang aku sebelah mata.Aku janji akan berusaha mendapatkan sebuah benda yang dapat aku banggakan.Yang penting benda itu tidak lari dari nilai hidup aku sebagai seorang hamba kepada Tuhan yang maha esa.
Dan setiap kali aku jatuh,lagu ini memaniskan semula hati aku yang kelat.Ya,inilah sebabnya aku sangat menyukai muzik.Ia sebuah terapi.
Posted by fabrizio morreti at 9:42 PM 0 comments
Thursday, March 31, 2011
Pada satu hari..
Pada satu hari..
pergh..Gua hampir lupa menulis.
Biasalah hidup selalunya berubahkan.Dulu kau semua janji itu ini.Selepas itu benda itu bukan sampai macam yang kau kau semua harap termasuk gua lah.
Gua baru lepas mati dan sekarang hidup semula.
Sekarang sudah benar benar keras balik.
Gua menyesal pula berazam benda macam ini.Bila berazam,apa yang kau azamkan tidak dapat dapat jadi gua janji tidak mahu berazam.Apa gila berazam benda benda tidak steady,mo kena karate leher?
Sebenarnya gua
Patutlah mat bunga hari itu hempas telefon pasal awek,gua hampir bunuh diri.maknanya gua lagi teruk.
SSHHH..jangan bagitahu mat bunga nanti gua kena balas bala.
Tapi gua sudah rock balik.Series!tengok kening gua bersambung.
Posted by fabrizio morreti at 12:26 AM 0 comments
Monday, January 31, 2011
Darurat
Egypt darurat.
Abut darurat.
Ando darurat.
Ibu darurat.
Abah darurat.
Bro-bro darurat.
Gua darurat.
Adik-adik darurat.
Mak cik mak cik darurat.
uncle uncle darurat.
Burung burung darurat.
Unta unta darurat.
Posted by fabrizio morreti at 4:48 AM 0 comments
Thursday, January 27, 2011
Shit happen sometimes
forest gump say 'shit happen sometimes'.
But i said 'shit happen everyday and you can smell it'
shit!
research gua hilang pasal silap format.
shit!
gua kena mengorat!
shit!
gua belum bayar wimax.
shit!
gua baru tau rumah sebelah ada pondan tegap!
Posted by fabrizio morreti at 10:02 AM 0 comments